/Pamoga Qu Puteh The White Warrior

Pamoga Qu Puteh The White Warrior

“Bakpo la putih belako pitih ni?”

Strategi marketing Qu Puteh memang ‘A’. Loreal dan Max Factor pun mungkin tidak menjana pendapatan dan populariti sepantas beliau. Banyak syarikat penaja yang melabur dalam bolasepak Malaysia tetapi langsung tidak mendapat populariti sehebat Datuk Vida bersama Qu Puteh. Beberapa tahun lepas, Piala Malaysia ditaja oleh Watson namun dari segi marketing dan promosi percuma, nama Watson masih jauh ketinggalan berbanding Qu Puteh. Perlu diingat! Qu Puteh baru kata nak menaja, belum taja betul-betul lagi.

Jang pernah menulis satu artikel tentang penajaan bolasepak melibatkan Qu Puteh lama dahulu. Sila baca di link ini http://www.ultrajang.com/kerjasama-negeri-sembilan-fmllp-dan-qu-putih/

Jika mengambil contoh Watson dan TM (atau beberapa penaja lain lagi) sebarang penajaan dalam sukan, jarang memberi pulangan besar kepada penaja dari segi jualan produk, menaikkan nama syarikat dan promosi. Ini berbeza jika pelaburan itu dibuat dalam bidang hiburan. Langkah Qu Puteh menaja Gegar Vaganza adalah contoh terbaik. Datuk Vida dikatakan membelanjakan RM3 juta untuk Gegar Vaganza. Hasilnya, satu Malaysia kene tengok dia buat aksi trademark Qu Putih, barulah putih. Tagline ini meletop! Pelaburan beliau menjadi.

Berapa ramai peminat bola pergi beli barang di Watson sebab mereka penaja Piala Malaysia? Berapa ramai yang masukan talian telefon dan internet ke rumah sebab TM menaja Piala Malaysia? (masukkan pun sebab TM monopoli) Soalan yang sama Datuk Vida kene fikirkan sebelum beliau mahu menaja pasukan Kelantan. Dari segi marketing dan mentaliti penyokong, kemungkinan untuk mereka membeli produk Qu Puteh amat tipis. Melainkan mereka memang nak putih atau ada sentimen kenegerian.

Dalam kenyataan Datuk Vida di akhbar Berita Harian, beliau menyebut NS Matrix sebagai contoh penukaran nama pasukan untuk Negeri Sembilan. Sebagai penyokong Nogori, Jang nasihatkan Datuk Vida jangan mengubah apa-apa, baik nama atau warna stadium. Ianya tidak akan diterima oleh penyokong. Tan Sri Vincent Tan juga dikecam apabila cuba menukar nama dan warna pasukan Cardiff City. Ianya adalah warna dan nama tradisi. Letak saja nama syarikat pada baju, seluar, stokin dan teres stadium, itu sudah cukup.

Bolasepak Kelantan kepunyaan Gu, Demo, Mek, Abe dan semua rakyat Kelantan, bukan Qu Puteh atau Nuor Muso atau Najib atau PAS. Penajaan cukup atas dasar cukai atau promosi syarikat dan produk, bukan nak jadi kepunyaan. Ada beza. NS Matirx pun dah berubah menjadi Negeri Sembilan semula selepas kenyang dimaki selama satu musim.

Qu Puteh juga menjadi contoh baik kepada semua pasukan negeri bahawa penaja boleh dicari jika mahu. Banyak syarikat kaya dan boleh menyumbang tanpa minta balasan projek dan menjadi kroni. Kene cari lah..buat kerja sikit. Kalau asyik guna mentaliti makan gaji kerajaan saja memang harap ke duit FAM dan Persekutuan saja la. Persatuan begini memang tak peduli pun kemajuan pasukan dan kedatangan penonton ke stadium. Paling penting bagi mereka ialah -jemput anak sekolah waktu lunch dan balik jam 5.

Kelantan dan Qu Putih jika dapat mencapai kata persetujuan yang baik pasti akan membuahkan hasil yang menguntungkan kedua pihak. Hak penaja mesti ada hadnya walau berapa juta pun wang dibelanjakan. Jangan sampai Datuk Vida tentukan pemain pulak nanti macam kes Nike ketika menaja USD200 juta kepada Brazil, Ronaldo yang sedang cedera pun dipaksa bermain semasa world cup pada tahun ermm..bila ntah (malas nak google).

Nuor Muso pun agak-agak la nak belanja pitih tu. Jangan habis bagi makan ke import je, pemain tempatan makan budu. Tapi Jang terbayang K. Devan kene pakai Qu Putih ni… mungkin sebab Jang masih berdendam dengan beliau.

Dendam bolasepak takpa.

Kongsi artikel ini: