/Pemain bola masuk Penjara

Pemain bola masuk Penjara

Pemilihan pemain dalam sesebuah pasukan boleh menjadi penentu kepada hala tuju dan kejayaan pasukan itu. Banyak kita dengar kaedah dan cara pemilihan yang baik, salah, pelik dan pilih kasih. Membeli pemain dengan melihat aksi dalam video juga selalu berlaku. Kaedah menggunakan talent scout selalunya paling baik tetapi jarang diguna pakai di Malaysia.

Paling biasa pemilihan pemain dilakukan melalui ‘availability’ . Kalau pemain A dah tak diperlukan dalam pasukannya, dia dikira available dan pasukan lain boleh ambil. Jarang pasukan bola di Malaysia membeli pemain yang masih dalam kontrak. Bukan budaya, katanya. Tak manis la, orang tu ada kontrak lagi, nanti apa kata persatuannya. Lagipun kene bayar lebih, buat apa?

Pemain bola Malaysia ni macam kerja kerajaan juga, mereka susah nak dibuang kerja. Lagipun persatuan bola mereka pun berlindung dibawah kerajaan negeri. Ramai pemain dipilih berdasarkan simpati – kalau tak ambil kang, dia nak kerja apa? Anak bini nak bagi makan apa? Lalu diserap juga dalam pasukan. Inilah masalah bila bolasepak tidak diswastakan.

Kriteria pemilihan pemain juga berdasarkan kerja mudah ahli persatuan. Takda maknanya mereka nak turun ke semua daerah untuk meninjau bakat muda. Baik duduk kedai kopi depan Wisma PBNS. (contoh!) Buat satu saja pemilihan di Seremban, siapa rasa power dan nak cuba, turun Seremban. Pemilihan hari Jumaat petang dan pemilihan akhir hari Sabtu. 2 hari cukup la. Bukan nak tengok apa pun, sebab semua ini lakonan saja. Bila kita nak pilih nanti, kita pilih pemain yang ‘available’ dalam scene liga saja. Mereka dah ada pengalaman. Kerja pun mudah.

Ini berlaku selagi bolasepak dibawah pentadbiran  kerajaan dan bukan swasta.

Dulu pun dalam program TV MyTeam, Shebby pilih pemain yang ada speed saja. Power macamana pun dribble, ball distribution, blabla, kalau lari 100 meter atas 12 saat, Shebby tak pilih. Bahana ikut style Arsene dan Arsenal. Akibatnya ramai talent yang bagus terpaksa balik gigit but. Shebby pun masa main lari bukan laju. Vocab pun ala kadar aje masa mengulas.

Surat panggilan pemilihan pemain Jabatan Penjara ini sepatutnya tulis;

Kelayakan ; Lelaki yang bermain bola menggunakan akal dan bijaksana (19-25 tahun), bersedia untuk dirotan, dipenjarakan jika mengambil rasuah, gaji lumayan dan tetap, disiplin tinggi dan bersedia mendengar arahan dan tunjuk ajar. Tahan maki.

Barulah yang akan datang nanti pemain yang ada kesedaran yang mereka layak, berdisplin, jujur dan bersedia untuk dimaki. Siapa rasa dia layak, pergi pemilihan ini.

Jang tau la, Jang biasa tengok pemilihan pemain untuk Negeri Sembilan.