April 20, 2024

Pemain lompat pasukan ala Ahli Parlimen lompat parti.

4 min read

Senario politik tanahair tidak pernah sunyi dari pelbagai hal pelik dan meribut tanpa mahu surut. Jika politik ini sejenis sukan, nescaya Malaysia adalah juara bertahan Piala Dunia semenjak 1998! Naib juara itu negara-negara lainlah yang saling berebut. Ala, macam JDT dah 7 tahun jadi juara dan pasukan lain tenang merebut petak kedua. Baik main Liga Perdana, kannnnnn.

Begitu jelas, kenapa sukan bola sepak bukan budaya di Malaysia dan sentiasa gagal adalah kerana kita dikuasai oleh ahli politik dan mereka ada ‘sukan’ mereka sendiri yang lebih diutamakan iaitu sukan merebut kuasa, kedudukan, wang dan makwe cun.

Jang memerhati penuh minat (dan meluat) situasi politik dan sukan bola sepak tanahair. Semacam ada persamaan juga kedua bidang ini. Sama hancurnya, sama kelahinya, sama ‘self interest’nya, sama puji dan lambungnya serta peluang menjana wang melalui kroni. Tetapi fikir semula, apa pula peliknya persamaan ini, dah ianya dijalankan oleh puak yang sama dan berlandaskan ideologi politik yang sama juga.

Semalam Anwar Ibrahim membuat kenyataan rasmi mengatakan beliau akan mengadap YDP Agong pada Selasa hadapan. Tujuannya sudah tentulah mahu membawa sejumlah bilangan Ahli Parlimen yang kuat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada. Persoalannya, siapa Ahli Parlimen yang akan menyokong beliau? Siapa Ahli Parlimen yang akan melompat ‘ideologi’ demi meneruskan tugas hakiki melampiaskan nafsu kemabukan kuasa, kedudukan, wang ringgit dan makwe cun? Misteri! Sudah tentu dalam masa beberapa hari ini sehingga Selasa depan, akan sibuk berlangsung ‘perpindahan’ beberapa Ahli Parlimen dalam ‘transfer window’ yang sekejap namun bernilai jutaan ringgit.

Real juga transfer window yang dibuka oleh Saudara Anwar Ibrahim. Lantas Jang terfikir, situasi ini mungkin berlaku atau telah berlaku atau perlu dilakukan dalam scene bola sepak kita pula. Contohnya, perpindahan Sumareh dan beberapa nama lain sebelum ini yang menimbulkan misteri dan bualan warga bola. Jika nilai perpindahan Ahli Parlimen lompat ideologi (tiada bukti sahih sebenarnya, tapi kita assume aje la) bernilai jutaan ringgit ala Maguire dan Van Djik, bagaimana kita nak applykan scene lompat ideologi ini dalam transfer window bola sepak kita?

Dalam scene politik, mereka juga ada ‘transfer rumours’ dan cakap-cakap belakang tentang kemungkinan MP ini, si polan itu dan si polan ini akan melompat katak. Fuh! memang real dan mendebarkan. Scene bola kita? Takda transfer rumours ni tapi penyokong nak tendang pemain keluar dari pasukan ada la. HAHAHA! Ada pemain kita yang dah lepas berpindah ke Belgium dan Portugal pun masih menjadi bahan kutukan dan tak puashati. Cemano kita nak jadi juara bertahan jika mentaliti kita jenis tak boleh nak tahan diri dari mengeji. Jang takpa la sebab Jang sentiasa betul.

Fikir semula, sedap juga kalau Jang apply jadi agent perpindahan Ahli Parlimen. Komisen dah tentu lebat. Meeting dah tentu Sheraton atau Shangri La. Kerja belakang tabir saja. Ahli Parlimen tadi perform atau tak perform, Jang sebagai agent tak perlu kisah. Sama tak dengan agent bola?

Tapi itulah, kau nampak Ahli Parlimen duduk bersila makan kenduri kawen, kau dah menangis teresak-esak dan sebak lalu menanggap mereka ‘prihatin’ dan berjiwa rakyat. Itu sebab kerja agent senang dan Ahli Parlimen tak perlu pandai tendang bola. Sebab mereka tahu ada pengundi yang mereka boleh tendang setiap waktu. Jadi kita jangan jadi seperti pengundi. Asal agent bawa pemain kulit putih atau datang dari Brazil, semua ok. Walhal main asyik jatuh saja. Agent bukan kisah pun.

Pasukan bola sepak kita bukan parti pilihan pengundi yang berubah-ubah. Maka kita perlu ambil tahu kerja-kerja orang dalam ‘Football Club’ kita sekarang. Siapa jadi pengarah kelab bola sepak kita? Siapa lantik si polan dan si polan ini jadi pemegang saham terbesar? Kenapa dan apa kelayakan sesuatu kooperasi itu untuk menjadi owner baharu pasukan? Sampai bila sebuah FA boleh menguasai kelab bola yang baru diswastakan? Bagaimana menilai harga jualan sebuah pasukan? Apa fungsi FA selepas bola sepak diswastakan? Aihh..banyak der kalau kita nak jadi penyokong sebenar sebuah kelab bola sepak. Jang harap kau semua ambil tahu dan belajar la sikit apa-apa yang patut. Jang takpa, lama sebelum pasukan diswastakan, Jang dah swasta dahulu dari segi pemikiran dan pemakaian. Pemakaian pun swasta? Real kan? Kahkahkah. Bukan apa, ramai je Jang perati, pakaian kemain ‘swasta’ tapi jiwa masih lagi LLN. Boom!

Jang lihat penswastaan adalah satu peluang untuk bola sepak kita melepaskan diri dari cengkaman ahli politik. Jadi, walau buruk dan hancur sekalipun, biarlah kita hancur ditangan swasta, bukan Ahli Parlimen yang melompat ideologi. Sebab bola sepak kita ini telah lama menjadi tempat mereka terberak. Takkan tiap kali tukar kerajaan, kita nak basuh berak mereka. Penat la!

Sekian coretan politik Jang.

Disclaimer: Jang ok je Anwar jadi PM. Sebab dia tendang bola real sikit banding dengan yang lain dan dia ada tubuhkan akademi bola di PD. Lagipun, nanti apa kata Izzah kalau Jang bangkang. Hmmmm

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.