March 29, 2024

Pen’catur’an Bolasepak Negara – #MelodiBola

2 min read

Campur tangan politik dalam bolasepak Malaysia memang tidak boleh dielakkan lagi. Budaya bertuhankan ahli politik sebagai peneraju utama sesuatu pertubuhan/persatuan adalah punca utama yang membarah dalam sukan Malaysia. Kalau tak dinaungi oleh ahli politik/Menteri Besar, ahli Istana pulak yang diangkat menjadi ketua. Ahli sukan yang tahu hal sukan jatuh ke peringkat kedua terakhir dalam ranking orang berkepentingan (jatuh ke ranking terakhir adalah sukan itu sendiri).

Ini berlaku bukan diperingkat tertinggi saja tapi dari akar umbi (euww!) lagi. Budak kampung nak main bola, minta wakil rakyat sponsor baju, kasut dan bola. Wakil Rakyat pulak buat pertandingan merebut piala Ahli Parlimen seperti Piala Hassan Malek di Kuala Pilah. Nak main takraw, minta wakil rakyat duit nak melepa simen dan membeli net. Bila dah siap, wakil rakyat datang, timang bola takraw secara simbolik merasmikan gelanggang (timang bola pakai baju batik, songkok dan kasut Bally tu!)

Selepas kita semua tepuk tangan, wakil rakyat balik rumah di KL, baling songkok belakang kereta dan minum di coffee house sampai pagi. Kita main takraw ‘petang-petang’ sampai kiamat. Jang tau sebab Jang selalu jumpa wakil rakyat cincin besar tu di coffee house Cititel, Midvalley.

Peranan ahli politik dan ahli Istana adalah untuk tarik sponsor. Kalau lantik Jang jadi penaung, mampus kering Astro nak hulur sponsor. 7Eleven pun tak pandang Jang!

Nway,ceritanya Jang tengok Datuk Jamal Nasir ni galak betul buat kenyataan di akhbar tentang bolasepak Malaysia. Jang ok je sebab Jang pun galak kat sini. Kenyataan dia pula sepesen saja iaitu macam sebagai wakil FAM menghentam KJ atau individu/entiti ke 3. Kenyataan terbaru ialah menolak Bojan Hodak sebagai jurulatih Malaysia kerana beliau tidak layak. Jang setuju Bojan tidak layak, tapi dia menambah…

“hanya indidvidu tertentu saja yang suka Bojan dilantik menjadi jurulatih Malaysia” katanya.

Siapa individu tertentu tu? Adakah Datuk Jamal Nasir mengintai peluang besar di FAM sebagaimana biasanya kita lihat dalam senario politik sebenar Malaysia – hari ini hentam Mahathir, esok jadi Menteri?

Perebutan jawatan dan hala tuju bolasepak negara ini mereka buat macam main catur saja. Ada askar kecil, ada kuda yang sedia melompat, ada Menteri, hulubalang dan Raja. Semua digerakkan dalam menyerang dan bertahan untuk kemenangan. Bukan kemenangan di padang bola, tapi di ranking jawatan. Masalahnya, siapa pemain catur itu tadi?

Mujur ultrajang.com ada untuk membongkar semua itu. Jang akan main dart pulak dalam pencaturan ini. Jang baling saja dart tu, kalau kene tepat, markah tinggi,kalau tak tepat takpa, janji melekat!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.