/Pengadil Penentu Perlawanan: Main Ikut Wisel Atau Ikut Rasa?

Pengadil Penentu Perlawanan: Main Ikut Wisel Atau Ikut Rasa?

Rasanya masih belum terlambat untuk den ucapkan tahniah kepada JDT dan Kedah yang berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam separuh akhir Piala Malaysia 2017 walaupun hakikat eh den mengharapkan Perak dan FELDA United menang(senang nak jadi lalang pergi stadium). Dan bila den tengok game JDT lawan Perak hari tu, den tergerak untuk menulis tentang satu aspek permainan pemain-pemain baik di Malaysia mahupun luar negara.

 

Pedulikan sementara tentang keputusan pengadil untuk gol offside Perak. Den tak pernah pergi kursus undang-undang pengadil dan offside rules ni dah berubah-ubah mengikut pemahaman den untuk merancakkan lagi permainan. Tapi kalau korang memang tahu keputusan sebenar pasal keputusan gol tu, boleh lah share bersama-sama untuk menambah lagi ilmu bola sepak semua orang.

 

Dekat sini den sebenarnya nak cerita pasal kebergantungan pemain pada pegawai perlawanan. Pegawai perlawanan ni tujuan dia ada atas padang tu untuk menentukan pemain-pemain bermain secara adil dan tertib seiring dengan tagline FIFA, FIFA Fair Play dan bukannya untuk membuat keputusan yang favour kepada pasukan tak kira salah atau betul. Kalau dapat referee yang sebegitu, selayaknya penyokong jerit ‘Ref Kayuuuuuu’ je.

 

Kalau korang pembaca setia Ultrajang, korang mesti tahu tagline Jang #BolasepakKitaWajahKita. Masih ingat lagi gol Kemboja menentang Malaysia dalam Piala AFF 2016 bila pemain pertahanan Malaysia berhenti mengejar penyerang Kemboja kerana menganggap pemain tersebut telah offside? Bersungguh betul pemain pertahanan angkat tangan dengan harapan pengadil tiup wisel. Hasilnya pemain Kemboja berjaya menjaringkan gol selepas itu.

 

Dan ini pula merupakan gerakan untuk gol pertama JDT ke atas Perak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 yang lalu.

Gerakan ni kalau tengok SEA Games, pertahanan pasukan Malaysia selalu kena masa lawan Indonesia masa semi. Dan seperti kebiasaan, pertahanan termasuk Adam Nur Azlin(petik sebab dia famous) dengan spontan akan angkat tangan minta offside dari linesman. Tetapi Adam yang bukanlah natural defender, bila nampak linesman tenang je, dia akan track back player yang received bola untuk memberi tekanan. Dan untuk pertahanan Perak dalam bulatan merah, apa yang dilakukan?

Mengangkat tangan dan menghentikan larian tanpa memberi tekanan kepada pemain JDT melakukan percubaan terus ke arah gol untuk gol pertama.

Dan gol ketiga JDT adalah seperti berikut.

Pemain yang berada di dalam bulatan merah menyebabkan pemain JDT berada dalam keadaan onside. Dan ketika itu, pemain tersebut sedang mengawal seorang pemain JDT yang lain.

Membiarkan Hafizul Hakim dibuli dengan meninggalkan pemain yang dikawalnya berseorangan selepas melihat pembantu pengadil tidak mengangkat bendera.

 

Sebenarnya ia adalah satu strategi juga untuk menekan pengadil supaya keputusan berpihak kepada sesebuah pasukan. Pengadil juga adalah manusia yang beremosi. Dalam satu satu perlawanan, jika pemain bijak untuk memanipulasi pengadil, pasukan pasti akan mendapat kelebihan. Tetapi ia perlulah sesuai dengan keadaan di mana keadaan tersebut tidak membawa bahaya kepada pasukan sendiri dan bersedia untuk mendapat cemuhan dari penyokong lawan.

 

Kredit gambar Mynewshub dan Hiah Zi Qing

 

Kongsi artikel ini: