April 20, 2024

Pengalihan isu dan karisma pemimpin

1 min read

Walaupun Jang seorang Ns Matrix, Jang juga menonton perlawanan liga inggeris. Ini disebabkan Ns Matrix yang terkenal dengan jolokan “pelahir rappers”. Ok.

Minggu lepas Jang menonton perlawanan yang menyaksikan penonton berjumlah 56juta di seluruh dunia iaitu Chelsea lwn Swansea City. Perlawanan tersebut seri.

Apa yang Jang nak rangkumkan di sini bukannya perihal perlawanan tetapi ia melibatkan pengurusan dan kehandalan pengurus Chelsea mengawal isu tersebut.

Jose Mourinho bukanlah nama asing bagi semua peminat bola sepak. Beliau memang handal mengutuk pengurus pengurus lain yang memang tak handal mana pun.

Kes minggu lepas yang menjadi bualan semua pihak termasuklah penyokong Real Madrid adalah tentang seorang Doktor Chelsea iaitu Eve Carneiro. Beliau dikritik keras oleh Mourinho disebabkan tindakannya merawat Hazard yang sebenarnya tak sakit mana pun lantas menyebabkan Chelsea kekurangan pemain dengan agak teruk selepas penjaga gol, Curtois, dibuang padang. Hal ini bila Jang kaji betul betul sebenarnya Mourinho telah berjaya meletakkan kesalahan bukan ke atas pemainnya. Ini penting bagi meningkatkan moral dan konfiden bagi perlawanan besar selepas ini yang akan bertemu Manchester City.

Bila Chelsea di bawah Mourinho, Jang dapat lihat pemain pemain di bawahnya menjadi kebal dengan media. Berbeza benar dengan pasukan lain, contohnya JDT.

Bila JDT diserang media, yang menjadi shield adalah TMJ. Kalau bukan dia pun, Safiq Rahim.

Apo guno pengurus kau?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.