/Penswastaan liga dan pembangunan dalam bolasepak – part 2

Penswastaan liga dan pembangunan dalam bolasepak – part 2

Artikel ini Jang tulis pada 24/12/2014 dan sepatutnya dirilis dalam bentuk majalah Ultrajang pada Januari 2015 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab subversif.

– part 1 disini

Dalam penswastaan liga nanti, PBNS hanyalah sebagai badan yang menguruskan liga dalam negeri sahaja sementara Liga Super pula di uruskan oleh FAM. Pasukan yang bermain pula mestilah berstatus kelab yang di uruskan oleh satu entiti yang bebas. Kita bayangkan PBNS sedang menguruskan beberapa liga kecil dalam negeri. Liga kelab antara daerah, liga bawah 18 tahun, liga bawah 15 tahun dan sebagainya. Format liga sama saja macam liga perdana ini (atau lain). Masa tu kita ada Mantin FC, Kolopilah FC, Tampin FC dan sebagainya. Bukan jauh sangat naik bas dari Tampin ke Kuala Pilah untuk satu perlawanan bolasepak. Tak sampai sejam!! Bagaimana orang Tampin nak uruskan pasukan mereka, biar mereka sendiri fikir. Bagaimana orang Kuala Pilah nak menjana pendapatan untuk pasukan mereka, biar mereka jual cendol dan sebagainya. PBNS hanya perlu susun jadual dan perlawanan mesti di adakan. Pemain yang tidak dapat bermain bersama Kolopilah FC boleh naik Seremban untuk mencuba nasib bersama beberapa kelab di Seremban. Barulah meriah bolasepak kita! Tiap petang Sabtu ada perlawanan bola di padang daerah. Kalau di Kuala Pilah dan banyak daerah lain dah boleh main waktu malam sekarang. Masa tu agak-agaknya kita masih kekurangan bakat baru untuk di bawa ketengah atau melambak?

Siapa yang hebat dah tentu di pancing oleh NS Matrix yang bermain di liga Super. Masa itu NS Matrix di uruskan oleh satu badan bebas dan di daftarkan ke PBNS. Dalam badan bebas itu ada pengerusi, ahli lembaga pengarah, pemegang saham, pengarah teknikal bolasepak, pencari bintang, doktor perubatan dan sebagainya. Mungkin juga ada seorang dua wakil PBNS dalam badan pengurusan itu dan semestinya sponsor juga turut sama terlibat, atau mempunyai suara. Siapa buat salah, akan di tendang keluar.

Ini bukan mimpi di siang hari atau angan-angan bolasepak. Suatu masa dahulu orang dari Hong Kong datang ke negara kita untuk belajar tentang liga semi pro, tak lama lagi mereka akan bermain dalam liga professional yang di swastakan. India dah berjaya tarik nama-nama besar ke liga mereka sekarang seperti Anelka. Kita? Takkan habis kek mesyuarat yo!

Kan saya dah kata di awal tadi terlalu banyak hal dan cabang yang mahu di kupas jika kita mahu bercakap tentang penswastaan bolasepak? Ini kita baru usik kulitnya sahaja, belum kupas lagi.

Tahukah tuan-tuan semua pada tahun 2010, pasukan kito Negeri Sembilan menjadi juara Piala FA dan layak ke AFC Cup 2011 tetapi kita tarik diri. Tahukah tuan-tuan, semua piala kita dah sapu di Malaysia ini, apa salahnya kita idam piala AFC Champions league pula? Mahukah tuan-tuan rasa bangga dengan pasukan bola daerah sendiri? Mahukah tuan-tuan menjadi sebahagian dari pasukan bolasepak tuan-tuan sendiri walau hanya sebagai penyokong?

Kenapa kita kene hentikan Piala Pusingan Hassan Malek dan yang sewaktu dengannya? Tahukah tuan-tuan kisah pemain akademi yang terumbang ambing selepas tamat akademi, belajar tak pandai,main bola tak sampai ke negeri? Apa jadi pada mereka?

bersambung…

(Mungkin ada beberapa perkara yang tidak tepat dalam artikel ini atau jika anda ada cadangan, tambahan atau pembetulan, sila komen atau email)