/Penyokong membidankan kelahiran jersi Rhino di Negeri Sembilan

Penyokong membidankan kelahiran jersi Rhino di Negeri Sembilan

Pencinta bola sepak Negeri Sembilan ini memang real padu dan jelas cinta itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Menangis teresak-esak Jang ditiang Pasaraya Mydin S2 semalam melihat penyokong berbaris panjang untuk membuat pembayaran jersi mereka. Mereka membuat pembelian 2 jam sebelum jersi Negeri Sembilan ditayangkan! Osah gilo amek-amek! Kat sinilah Jang kalah pada penyokong Negeri. Bolum tengok camna rupo bentuk jersi, dah beratur bayar! Dah la pre-order saja! Kat situ Jang tau dah spirit –Selamanya Negeri Sembilan selagi Sangkalala belum ditiupkan! begitu kuat mengalir dalam jiwa anak Nogori.

Jang tabik pada penyokong Negeri Sembilan. Mereka memenuhi setiap ruang legar 3 tingkat Pasaraya Mydin semalam menunjukkan sokongan. Jang gembira melihat penyokong dapat dekat dengan jurulatih dan pemain. Seperti Jang dah koba dulu, bila penyokong rasa dekat dengan pemain dan jurulatih, mereka akan turun ke stadium beri sokongan. Pemain tidak perlu rasa tinggi diri nak meyombong. Senyum dan bergambarlah dengan penyokong, nescaya mereka akan sayang, terutama penyokong kanak-kanak yang sentiasa memuja mereka.  Bukan roket sains dan bukan kajian Tasauf Tarekat pun untuk cari titik kerjasama ini. Simple!

Jelas, walau dilakukan ditempat awam dan terbuka bersama ribuan penyokong, majlis tetap berjalan lancar, selamat dan bermaruah tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk sokongan yang beradat mulia.

Jersi Negeri Sembilan dirasmikan secara simbolik oleh Yang Amat Mulia, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Hadir sama Presiden Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri; Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Pengerusi Rhino Sea, Nizamuddin Hamid dan Timbalan Presiden PBNS, Dr Razali Ab Malik.

Hal design jersi bagi Jang sangat subjektif. Tetapi melihat respon dan jeritan keterujaan penyokong semalam, terutama semasa video ditayangkan, Jang berani simpulkan bahawa mereka sangat suka dengan design jersi musim ini. Menurut laman FB Rhino Southeast Asia lebih kurang 1000 helai jersi Home Negeri Sembilan telah pun terjual semalam. Mereka menutup kaunter jualan pada pukul 6 petang. Harga juga sangat subjektif dan memainkan peranan. Bagi Jang, harga jersi tidak boleh terlalu murah kerana nilai jersi tersebut akan jadi rendah. Harga mestilah kompetitif baru barang akan dihargai. Maksud Jang, bak kata pepatah Cina, cheap things no good, good things no cheap.

Jang suka crest Negeri Sembilan yang sedikit berwarna emas. Nampak mahal dan bermutu. Tapi kalau boleh Visit Negeri Sembilan tu letak kat belakang jersi dibawah nombor. Logo SALAM (Hospital) dan NR (Negeri Roadstone) pula letak di lengan (sleeve) kiri dan kanan, bukan atas bahu. Mesti nampak lebih kemas dan solid. Tapi Jang dapat bayangkan bagaimana poning kepala Rhino nak dengar bermacam pandangan dan pendapat pasal design jersi. HAHAHA. Biasolah tu.

Menurut Rhino SEA, mereka akan membuka store jualan mereka di Wisma PBNS Jalan Rahang pada 15hb Februari nanti. Penyokong boleh datang ke store tersebut untuk terus membeli dan membuat pilihan jersi. Ada home, away dan 3rd kit. Jang suka jersi penjaga gol berwarna hitam dan grey, merah dan putih pun cun. Hmmmm. Macam kono boli 2 lak haa.

Jang rasa, jika mood di Mydin diambil sebagai kayu ukur, ribuan penyokong akan membanjiri stadium Paroi Sabtu, 2hb Februari ini untuk perlawanan pertama Negeri Sembilan. Dengan syarat, page-page power seperti PSNS, UN9, State of 9 dan banyak lagi page bola Negeri Sembilan terus memberi laporan dan promosi perlawanan. Jang sangat percaya pada sumbangan page-page bola tidak rasmi ini banyak membantu menaikkan spirit penyokong. Page rasmi pula janganlah ambil mudah hal engagement ini.

Semalam Jang sempat buat-buat sibuk dibelakang pentas berbual dengan Zizi Kirana. Jang tanya dia, kenapa dia tak pakai jersi Negeri Sembilan sewaktu perform atas stage? Zizi menjawab manja “Zizi ic 12 bang” (Sabah). Mata kami bertentangan dan suasana bising menjadi sunyi seketika seolah-olah hanya ada Zizi dan Jang sahaja yang ada dalam Pasaraya Mydin itu. Inikah yang dinamakan cinta pandang pertama? Jang cepat-cepat babap Zizi untuk sedarkan dirinya. Hmmmm. Jang puji sikap sebegini. Walau Zizi dibayar untuk perform tetapi dia tetap hanya mahukan jersi Sabah untuk membaluti tubuhnya yang seksi. Apo yang Jang nak cubo kobakan ini ialah, berbanggalah dengan jersi pasukan kita sendiri. Jika kita tidak sayang dan cintakan jersi pasukan kita, siapa lagi?

Dapatkan jersi original Rhino Negeri Sembilan atau berhadapan tindakan babap dari Jang!

Ingat! Selamanya Negeri Sembilan selagi Sangkakala belum ditiupkan!

Jang,
Buapak Bolasepak Beradat

kredit gambar : Utusan