/Perseteruan Liverpool dan United, Perseteruan Jantan Yang Sebenar

Perseteruan Liverpool dan United, Perseteruan Jantan Yang Sebenar

Perseteruan antara Liverpool dan Manchester United ini sebenarnya bukan sahaja di dalam lingkungan bola sepak. Mereka telah bersaing pada setiap benda yang mereka boleh diukur. Setiap individu yang bergelar United tidak akan berdamai dengan Liverpool sampai bila-bila. Ini adalah hukum alam yang tidak boleh dinafikan. Biarlah salji turun di Kuala Lumpur ataupun PTPTN akhirnya dimansuhkan. Dendam sesama mereka akan berkekalan sehinggalah matahari terbit dari arah barat.

Persaingan mereka ini bermula sejak zaman perindustrian lagi. Pada zaman itu, Liverpool merupakan sebuah kota pelabuhan yang agung. Kaya dengan harta benda, budaya, seni dan paling utamanya kehebatan bola sepak. Manchester yang terletak bersebelahan Liverpool pula merupakan bandar perindustrian yang baru membangun. Banyak kilang-kilang telah dibina dan kemudian hasil kilang-kilang tersebut dihantarkan ke Liverpool untuk didagangkan. Manchester mulai cemburu dengan kejayaan Liverpool dan cuba untuk meniru setiap kelebihan yang Liverpool ada. Mereka membuka Manchester Ship Canal untuk melawan pelabuhan Liverpool, menubuhkan kugiran Oasis (Liam Gallagher) untuk menandingi The Beatles. Ini termasuklah membina sebuah pasukan bola sepak yang kemudiaannya kekal sehingga ke hari ini. Maka bermulalah persaingan sihat antara mereka.

Liverpool yang berjersi warna biru pada awalnya mendominasi liga bola sepak Inggeris. Situasi ini berkekalan sehinggalah kedatangan Sir Matt Busby. Matt Busby ini telah berjaya membawa United menang UCL yang pertama dan kejuaraan liga beberapa kali. Sebab itu budak-budak United selalu menjulang Matt Busby ni. Cuma Matt Busby ini adalah bekas pemain Liverpool. Kira United berjaya hebat masa tu disebabkan Liverpool. Ada naik turun antara mereka. Ini berlarutan sehingga perang dunia pertama dan kedua. Era ini pada dasarnya, adalah milik Liverpool. Maka Liverpool 1-0 United.

70-an & 80-an merupakan zaman emas pertama Liverpool. Mereka dibimbing oleh pengurus yang ulung seperti Bob Paisley & Bill Shakley. Mereka menakluk Eropah dan juga England. Pemain seperti Kenny Dalglish, Ian Rush dan Alan Hansen telah merobek setiap jiwa pasukan lawan. Lagu digubah dan patung diukir ke atas kejayaan mereka. They are invincible! Liverpool sekali lagi mendahului United dengan 2-0. Namun, bola sepak ini ada rodanya. Prestasi mereka mula menjunam selepas peristiwa Heysel & Hillsborough. Mereka didenda tidak boleh bermain kejuaraan favourite mereka iaitu kejuaraan Eropah. United mula mencilok Liverpool secara perlahan-lahan.

Kedatangan Sir Alex Ferguson ataupun nama singkatannya SAF jelas meremukkan hati penyokong-penyokong Liverpool. Beliau telah merealisasikan zaman keemasan Manchester United. SAF telah berjaya menggegarkan Eropah, England malah Scotland. Lantas meletakkan United sebagai kuasa besar bola sepak dunia. Siap menang treble! Pada waktu itu Liverpool berada di alam kegelapan. Pemain demi pemain meninggalkan Liverpool. SAF semakin hebat di persada liga. Sehinggakan beliau berkata kepada wartawan, “Kejayaan terhebatku adalah menenggelamkan ego Liverpool”. Ini menyemarakkan rivalry di antara mereka.

Perseteruan mereka diteruskan oleh Neville, Gerrard, Carragher dan etc. Ejek mengejek. Kutuk mengutuk. Tidak pernah padam, tidak pernah berkurang. Setiap kali gol di Old Trafford pemain Liverpool akan menunjukkan jari lima tanda 5 kali menang UCL. Gary Neville telah celebrate di depan penyokong Liverpool sebagai tanda bakar line. United secara jelas mendahului Liverpool pada era ini. Maka United 1-2 Liverpool.

Kini, kemunculan taikun-taikun mula merencatkan era dominasi Liverpool dan United. Kelab seperti Chelsea dan Manchester City telah mula ‘membeli’ Liga Perdana Inggeris dan terus merampas takhta yang dahulu direbut oleh mereka. Selepas SAF mengundurkan diri, pengurus demi pengurus silih berganti cuba mengekalkan kemegahan United. Namun tiada yang sehebat beliau. United terus jatuh dan jatuh sehinggalah ke hari ini. Liverpool yang tadi kelam telah mula menampakkan cahaya.

Ketibaan Jurgen Klopp terus menaikkan spirit semua pemain-pemain malah penyokong-penyokong Liverpool. Dia berjaya menobatkan Liverpool sebagai juara Eropah yang sebenar semula. Anfield kembali menjadi lopak kubu. Saham surat khabar The Sun kembali menurun. Tambang-tambang feri di pelabuhan Liverpool kembali murah dan kuasa jahat dari barat kembali resah. Memenangi UCL dan Super Cup dengan jayanya. Lantas meletakkan Liverpool kembali ke depan Manchester United dengan pasukan paling banyak memenangi piala taraf tinggi di England. Mata akhir, Liverpool 3-1 Man United.

Sekarang perseteruan ini hanya tinggal nama. Rival Liverpool sekarang adalah orang lain. Manchester juga cuma namanya berbeza di belakang, Manchester City. Manchester United juga mempunyai rival yang baharu. United juga tapi nama depannya lain Newcastle United. Sekian persengketaan Liverpool dan Manchester United.

P/S: Kami di Ultrajang telah berevolusi kepada dunia digital. Ada video dan artikel digital. Terima kasih kerana bersama kami sentiasa dan goodluck to United fans untuk game minggu ini!

Photo by Tembela Bohle from Pexels