April 24, 2024

Persoalan mengapa Pahang tewas, terjawap!

3 min read

KUANTAN 24 January 2015. Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan. NSTP/Luqman Hakim Zubir

Ini adalah satu laporan kemas tentang perlawanan diantara Selangor lawan Pahang hari itu. Saudara AHMAD KEVIN yang pergi menonton distadium sebagai penyokong bolasepak neutral dan sebenar melaporkan apa yang beliau lihat berlaku diatas padang. Persoalan beliau memang masuk akal tetapi perkara ini memang selalu berlaku dalam bolasepak kita. Apabila ketinggalan, pemain kelihatan tidak mahu menyerang, hairan kan? Adakah unsur luar menentukan keputusan perlawanan? Jom baca.

Ahmad Kevin.

Aku berkesempatan untuk ke stadium menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2015 antara Selangor dan Pahang malam tadi, dan sebagai seorang yang neutral, pastinya aku mengambil tempat duduk jauh dari kedua-dua penyokong dan berlagak seperti bookie.

Secara keseluruhannya, memang puas hati tengok perlawanan ini sebagai neutral, sebab kedua-dua pasukan memang bermain habis-habisan. Aku tak kisah ada orang cakap perlawanan ni dah diatur.

Selangor memang layak untuk menang kerana 3 faktor;

i) pertahanan yang solid dan gebu,
ii) barisan tengah yang rajin membuat kerja,
iii) barisan serangan yang bijak memanfaatkan peluang.

Sewaktu Guilherme (tak reti aku eja nama dia) menjaringkan gol, pasukan Pahang seolah-olah tidak bersedia untuk menerima serangan. Lantas dengan satu tendangan yang tidaklah berapa kuat tapi tepat ke tepi gol Pahang, Selangor mendahului. Noktah.

Selepas itu Pahang cuba, cuba, cuba dan terus mencuba untuk menjaringkan gol tapi gagal kerana barisan pemain pertahanan Selangor yang berada deep di bawah dan sentiasa bersedia untuk menerima bola. Andai ada pemain Pahang yang cuba meng’shoot’ pastinya ada pemain Selangor yang mem’block’. Menarik.

Separuh masa kedua, Selangor sekali lagi menjaringkan gol hasil dari kealpaan barisan pertahanan Pahang, apabila mereka tidak menjaga dan merantai Hadi Yahya – mungkin kerana menyangka Hadi Yahya itu tidak berbahaya – yang mudah melorongkan bola kepada Nazmi ‘Bad Boy’ Faiz untuk menjaringkan gol tepat di penjuru gawang. Power.

Selepas gol kedua Selangor, Pahang cuba melancarkan serangan secara pantas atau dengan kata lain bola lambung ke atas, tambahan pula Damion Stewart turut naik ke atas sebagai penyerang untuk menantikan bola lambung dari bawah.
Yang jadi masalahnya ialah, bila main bola lambung begitu, jarak antara barisan serangan dan barisan pertahanan jadi terlalu besar. Malah tiada pemain Pahang yang berada di antara kedua-dua department tersebut dan memberikan kelebihan kepada Selangor yang telah memparkirkan Nazmi Faiz untuk menerima bola rebounce dari bawah. Setiap kali Pahang counter, begitulah jadinya.

Aku pun hairan. Takkan Abang Zainal tak nampak gap yang tersangat besar seperti tasik kenyir tu?

Lagi satu, kalau dah ketinggalan 2 gol, apa guna bertahan lagi. Lancar je ‘all out attack’ football. Ketika menyerang, tinggalkan dua pertahanan tengah di bawah, wing back kejar naik ke atas. Tapi Pahang tak buat macam tu.
Wing back stay di bawah menjadi full back dan tidak memeberi sokongan kepada winger untuk membuat serangan sampaikan pemain tengah terpaksa meninggalkan posisi mereka untuk support winger. Abang Zainal tak nampak ke?
Kalau Haji Bakri Ibni yang jadi jurulatih Pahang ni, mesti kena maki on the spot wing back Tok Gajah sebab ‘Coca Cola time’ diorang.

Itu sahajalah kehampaan aku bila tengok liga Malaysia. Kebanyakan wing back seolah tak pandai nak overlap sampai ke atas. Itu baru wing back. Belum masuk posisi lain lagi. Kadang-kadang aku tertanya, diorang ni training ke tidak?

Hmmm…elok orang Pahang jawap persoalan ni (admin)

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.