April 19, 2024

Piala FA: N.Sembilan tambat feri P.Pinang di Paroi.

3 min read

OhTuhanku! Masih meremang bulu tengkuk Jang setiap kali visual malam keramat di Paroi bermain dikotak minda Jang yang bijaksana ini. Inilah yang Jang selalu sebutkan dan ceramah ke telinga kau semua;- Bola sepak kita adalah tentang momen dan harapan. Malam itu, sama ada kau sedar atau tidak, dua perkara inilah yang berlaku dalam diri kita semua. Momen dan harapan, dan bukannya skil.

Momen kita semua tak sabar menunggu hari perlawanan, momen kita beratur membeli tiket, momen hari semakin gelap dan umat manusia mula membanjiri perkarangan stadium Paroi. Cukup meriah! Kemudian kita beratur untuk masuk melalui pintu sempit yang menyempitkan. Kita nikmati perlawanan yang mendebarkan, kita marah bila banyak bola yang dihantar disia-siakan. Passing serupa tak sekolah! haha. takpa, ini semua momen dan emosi dan Jang dah ingatkan, ianya tidak pernah tentang skil.

16 ribu kehadiran yang direkodkan (yang tak rekod?) bukti kita semua masih ada cinta yang mendalam dengan bola sepak Negeri Sembilan. Mengikut maklumat, 6 ribu dijual dari jam 2 hingga 6 petang sementara lebih 10 ribu terjual dari jam 6 hingga 9 malam. Kau nampak pattern tu? Segala lapisan penyokong, tua, muda, lama, baru, berkeluarga dan anak kecil yang dikendong, semua menolak tepi rintangan dan rutin demi mahu melihat anak didik Asri+Jorg meratah pasukan lawan. Selama ini mereka hanya memerhati dari jauh, selama ini mereka merajuk dan tak boleh lagi dipujuk tapi akhirnya mereka sepakat untuk rujuk semula secara berjemaah dengan Negeri Sembilan. Jang melihat senario ini dengan rasa sebak kerana inilah yang Jang dan rakan-rakan seperjuangan mahu lihat – kehadiran luarbiasa.

Jang tak mahu mengulas secara terperinci momen perlawanan kerana ianya sudah diulas dengan baik oleh rakan Jang, Izzul dan Hizamy. Kita sebenarnya harus berbangga dengan back four Negeri Sembilan yang kesemuanya adalah pemain tempatan. Mereka sudah matang menyerap asakan pihak lawan tetapi dalam masa yang sama, masih melakukan kesilapan basic. Jang nampak, kesilapan membuat hantaran kepada kawan dan kelemahan membuat clearance akan menjadi satu faktor mental kepada Lee Tuck dan Bruno. Yelah, Lee Tuck dah melakukan larian dengan mengharap Faizal (contoh) membuat hantaran kearahnya. Faizal pula, tanpa sebarang gangguan menyepak bola terlalu jauh dan terkeluar dari padang permainan. Lee Tuck yang dah berlari tadi mesti frust. Sekali dua takpa, kalau 4,5 kali, tak mental jadinya?

Seperti yang Jang ulas dalam artikel https://www.ultrajang.com/liga-perdana-kenapa-negeri-sembilan-begitu-power/ , yang membezakan pasukan Negeri Sembilan dengan pasukan lain adalah komitmen, kerjasama dan semangat mahu menang, dan terbukti sekali lagi malam itu kita disajikan dengan sikap luarbiasa ini. 90 minit masa permainan, Pulau Pinang lebih menguasai permainan terutama dibahagian tengah dan ini menimbulkan resah dihati penyokong. Fizikal dua tonggak pertahanan import Pulau Pinang yang cukup besar begitu mudah menggasak pemain kita yang rata-rata bersaiz sederhana dan Syed Adney pula bermain baik (bukan cemerlang) untuk memaksa tambahan masa perlawanan. Lucunya, ada penyokong yang bangun ingin pulang bila wisel penamat 90 minit ditiupkan. Biaso la tu.

Jang suka kedudukan kekal 1-1 dan masa tambahan diberikan kerana mahu momen serupa seperti di stadium Selayang berulang (dimana kita menang penalti 5-4 keatas Selangor) turut dirasai oleh 16K penyokong lain. Jang mahu semua merasai debaran perlawanan ini kerana Jang dah bagitau – semua perlawanan kalah mati adalah perlawanan akhir. Kita mungkin menang dan kita juga mungkin akan dikalahkan. Bagaimana Jang nak hadapi kekalahan pertama pasukan Negeri Sembilan dihadapan 16k penyokong? Koyak!

Tetapi sungguh Jang tak sangka, apa yang Jang akan lihat di Paroi jauh lebih mempersonakan dan diluar jangkauan Jang. Mana Jang tau Lee Tuck akan mengganas melakukan hatrick dan satu stadium orgasm dengan 3 gol keramat beliau! Satu stadium bangun dan menyanyi bersama ultras! Satu stadium ikut menghidupkan lampu pada hp mereka, berdiri dan melompat riang! OhTuhanku! Masa itu Jang sebak! Bulu roma dilengan tegak! Kami semua berpelukan ketika Lee Tuck menyumbat gol demi gol untuk Negeri. Beliau bagaikan dirasuk sako Kobau, berlari tanpa henti, mendada dan melakukan uturn sebelum berjaya menewaskan Syed Adney yang cukup degil malam itu. Boom! Paroi meletup! 4-1 sonyum lebar! Sungguh Jang kehilangan kata-kata sesuai nak gambarkan Paroi pada malam itu. Terlalu sentimental untuk Jang.

Penyokong hanya mau pulang selepas Minang Clap dilakukan! Ahh! Sekarang Jang nak tanya, betul tak Jang katakan bola sepak kita adalah tentang momen dan harapan?

p/s: Untuk rekod; Jang dah berdamai dengan Syed Adney dan mendoakan beliau berjaya dalam karier.

Hobin Jang Hobin!

Musuhnya Habis Binasa!

#BolasepakKitaWajahKita

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.