October 16, 2026

Piala FA| NSFC dimalukan Kelantan City Wan Kembang

2 min read

“Hola? Hay alguien ahí?”

Dimanakah salah dan silap NSFC sehingga ketika kita bersama Hadin, kito tak monang. Ketika kita melawan Hadin pula kita dikalahkan? Maknanya bukan salah Hadin lah? kan?Selepas kita ‘menang seleso’ tanpa berpeluh keatas KL City, kita layu di Melaka dibawah jurulatih berwibawa Coach Ela. Bak kata coach NJ, bermain 10 orang lebih bahaya dan susah nak dilawan ketika kita kalah melawan 10 pemain dahulu, tetapi sebaliknya pula apabila terjadi pada pasukan kita. Jadi alasan atau ulasan siapa nak kito pakai ni? NJ atau coach Spanish?

Selepas kito layu ditasik madu, kito menguncup bak semalu di Kota Bahru. Aduh deng! bakpo jadi camni ni? mano kito nak sorok muko bilo lawan pasukan A1 pun kito tak boleh nak melawan. Jangan guno alasan hujan kerana hujan bukan turun sebelah padang sahaja. Terimalah hakikat, kito bermain entah apo-apo sementara pasukan Kelantan City Wan Kembang bermain bagaikan kita pula pasukan A1 dan mereka Liga Super.

Secara moralnya, kito dah kalah walau kita akan buat comeback dengan jaringan 10 gol nanti.

Persembahan meragukan pasukan NSFC mendapat kritikan hebat penyokong yang meroyan bagaikan dirasuk hantu. Itulah petanda penyokong kito masih ado dan sayangkan pasukan dan masih demand persembahan yang menyakinkan. Jika ini berterusan, siapo nak turun Paroi melawan panas mentari demi pasukan?

Jang terfikir, entah-entah coach Dollah pun menyesal tak lawan kito hari tu di Paroi. Mesti coach Dollah fikir “camni punya gaya NSFC main, elok KL City main 10 orang hari tu pun boleh menang!” Tapi masih awal lagi untuk kito nak panik (ingat! panik button hanya Jang yang pegang) kito tunggu game Sabtu ini di Paroi lawan Star City dan kemudian Kelantan Siti Wan Kembang semula pada Selasa. Jika masih sama, kito riot!

Elok Jang nak masuk tido, masuk satu whatsapp dari seorang rakan Jang yang duduk jauh diluar negara. Mesejnya berbunyi:-“Rotate players macam main Asia!”

Sampai pagi Jang tak lolap kerana bisa ayat tu.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2026.