April 19, 2024

Piala Malaysia | Kedah ajar kita berkubang di lopak sendiri

3 min read

Pembuka tirai Kumpulan A bagi kedua dua pasukan ini hadir dgn misi yang berbeza apabila Kedah tampil mahu meneruskan momentum kejayaan mendakap Piala FA 2019 tempoh hari manakala Negeri Sembilan meneruskan tradisi pasukan Liga Malaysia dengan me’rehat’kan Mat Zan Mat Aris sejurus gagal ke Liga Super 2020 tampak dengan menyatakan mahu bangkit pada saingan Piala Malaysia.
Kedah yang dilihat sebagai pasukan pilihan bersama Terengganu yang akan layak dari Kumpulan A tidak menurunkan Edgar Bernhardt antara penyumbang assist tertinggi dalam carta Liga Super digantikan dengan wira Final Piala FA Fadzrul Danel.
Piala Malaysia kini boleh dilihat sebagai ‘Pra-Musim’ bagi sesetengah pasukan mencuba bakat baru dan yang kian lama tidak beraksi sepanjang liga.
Negeri Sembilan pula dibawah kendalian Jurulatih berpengalaman pula menurunkan barisan pemain yang hamper sama seperti kebanyakan perlawanan Liga.

Penyokong Kedah yang telah sekian lama disajikan dengan permainan hantaran pendek, kreatif dan menarik waris pengendali Tan Cheng Hoe kini berubah cara permainan dibawa kendalian Aidil Sharin Ishak. Kedah kini bermain dengan gaya permainan lebih ‘direct’, counter attack dan berorientasikan wingplay pantas selepas menyerap serangan lawan.

Negeri Sembilan sepanjang musim juga lebih tertumpu kepada kelincahan pemain veteran Almir Neto yang mampu berfungsi sebagai penyerang utility yang baik di posisi 11,9,7 dan 10. Muhammad Feris Danial Mat Nasir juga antara pemain sandaran tempatan apabila sentuhan pertama dan kepantasan beliau amat ditagih kala keadaan menyerang.

Jika dijangkakan perlawanan ini menjadi hambar, persepsi anda salah sama sekali.
Penyokong disajikan dengan gol jaringan Fernando Rodriguez Ortega sekitar minit ke 4 hasil dari hantaran lintang yang ditanduk menewaskan Kaharuddin. Gol awal ini adalah hasil daripada kepincangan di barisan pertahanan dalam menangani hantaran lintang.
Kegagalan Norhafiz Zamani dan Matheus Vila menangani hantaran lintang dilihat punca gol Kedah terhasil.
Gol Kedah membangkitkan semangat NS utk kembali mencari gol penyamaan dimana Almir Neto dilihat menjadi pencetus serangan merbahaya dari belah sayap kanan dan juga kiri padang. Walaubagaimanapun , Renan Alves dan Shakir Hamzah ditemani Bek Kanan Kiri Alif dan Rizal Ghazali dilihat tenang menangani serangan NS.

Gol kedua Kedah pada separuh masa kedua adalah sebaik baik latihan yang dijalani pasukan Kedah kerana ‘counter attack’ berjaya di laksanakan bermula dari Shakir Hamzah sendiri dan dihabiskan beliau utk meletakkan Kedah 0-2 dihadapan. Jika dilihat pada pergerakan yang disudahkan Shakir, barisan pertahanan NS perlu diperbaiki terutama sekali apabila menangani serangan balas pantas. Situasi yang berlaku pada ketika jaringan gol adalah 3 vs 4.

Berulang kali Negeri Sembilan hampir menjaringkan beberapa gol hasil gerakan Ferris Danial, Almir Neto dan Izuan Salahudin yang masuk menggantikan Dzulfahmi Abdul Hadi pada babak pertama dan awal babak kedua. Walaubagaimanapun, Ferris Danial berjaya menghasilkan gol merapatkan jurang apabila menerima hantaran melepasi pertahanan Kedah.

Gol ke3 Kedah pula hadir hasil sepakan penalti yang dihadiahkan akibat kekasaran yang disengajakan Matheus Vila didalam kawasan penalty yang secara lazimnya menghampakan penyokong dan rakan sepasukan sendiri. Matheus dilihat dengan sengaja mengasari Farhan Roslan dengan menolah jatuh dari belakang.

Secara kesimpulannya, Kedah bermain secara kolektif dan memenuhi kehendak bermain dan mencari 3 mata berbeza NS yang sebenarnya secara umum mampu menandingi pasukan lawan tetapi seringkali dihampakan keupayaan bertahan secara baik. Disebalik keputusan yang tidak menyebelahi NS, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghadapi saingan Liga Premier 2020
– Kepentingan tenaga dan bakat muda yang harus diketengahkan seperti Danial Hadri yang beraksi dengan baik di posisi no2 (Bek Kanan). NS juga punya barisan pemain muda spt aiman Khalidi dan Danish Haziq
Kedah pula dengan Fadzrul Danel, Fayyadh dll.
– Evolusi permainan yg kini lebih pantas dan teknik
al juga perlu seimbang atau searas dgn pemilihan pemain yg keupayaan lebih pantas dan kuat fizikal.
– Tiada petanda jelas mahu menyimpan bola atau build up dari bawah mahupun midfield combination yg jelas mampu menghasilkan gol.

Jika Man Utd menggunakan ayat ‘defence wins titles’ jadi sewajarnya semua pasukan liga Malaysia bersama.

Oleh : Black Fairuredza RK

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.