April 18, 2024

Piala Malaysia | Negeri Sembilan menang bergaya di Paroi!

3 min read

Negeri Sembilan Meraikan Kemenangan

Bola sepak adalah tentang harapan dan kegilaan. Selagi ada harapan dan selagi ada kegilaan (passion) maka Jang akan turun ke stadium. Simple! Malam tadi Jang sampai sedikit lewat ke stadium Paroi. Usai memakir kenderaan separa mewah Jang di belakang bas Terengganu FC, Jang terdengar sorakan dari dalam stadium. Takkan dah gol kot? Hati Jang berdebar-debar bagaikan jatuh cinta kali pertama. Kemudian Jang dengar emcee membuat pengumuman jaringan gol dari Ferris Daniel. Aduh! Jang terlepas gol pemain tempatan!

Jang terus berlari menaikki tangga grandstand apabila mendengar penyokong kembali bersorak dan melihat Almir Nelto sedang bersedia untuk mengambil tendangan penalti. Gol kedua Negeri Sembilan dicetak dalam masa 5 minit pertama! Kegilaan apakah ini? Tapi masih terlalu awal untuk yakin dengan kedudukan 2-0…lebih-lebih lagi kita ada rekod mudah bolos. Melihat barisan pemain yang diturunkan, tidak banyak perubahan dari pusingan pertama ketika kalah di Kuala Terengganu cuma kemasukan penjaga gawang Hamka benar-benar berbaloi.

Hamka, penjaga gawang muda kembali diberi kepercayaan dan sesuai dengan status beliau yang masih muda, masih belum puas melakukan kesilapan. Namun Jang yakin, Hamka akan menjadi penjaga gawang yang matang dan mampu menggalas tugas menjadi penjaga gawang no.1 menggantikan Kaharuddin suatu hari nanti. Sedikit nasihat, latihan keras, pujian dan makian (oleh coach ketika berlatih) akan mematangkan beliau.

Jang lihat Kipre dikawal bersama oleh Osman dan Matheus Vila dan mereka berdua bermain senang dengan menyepak bola keluar untuk keselamatan. Bagi Jang, takpalah buruk sikit, janji gawang selamat dari diganggu serangan Terengganu. Jelas, selepas beberapa kali bola dinyah keluar dari padang, rentak serangan Terengganu jadi terganggu. Bola thru ball untuk Kipre terus dibuang keluar, Kipre pun give up dantak menjadi. Mungkin bek kita sudah belajar dari kesilapan di Terengganu, cuma pertahanan belah kiri gawang agak kucar kacir sedikit melayan asakan Terengganu.

Matheus Vila nyaris menyumbangkan penalti kepada Terengganu apabila jelas menyebabkan Kipre jatuh dalam kotak penalti selepas menerima hantaran dari sebelah kiri gawang. Ketika pengadil meniup wisel dan berlari kearah kotak penalti, Jang ingat dah penalti dan mula menaruh dendam pada Matheus Vila namun rupanya pengadil mahu beri kad kuning kepada Kipre kerana dive tak cantik. Phew! lega! tak baik Jang buruk sangka dengan Matheus Vila. (Hmmmm separuh masa kedua Matheus Vila buat lagi! mujur sedikit sahaja luar kotak penalti)

Tapi kelegaan hanya sementara apabila Osman pula membuat bentesan keras dan menganugerahkan sepakan penalti untuk Terengganu. Lee Tuck dengan tenang menewaskan Hamka dan kedudukan 2-1 menjadikan permainan semakin rancak dan tamat untuk separuh masa pertama.

Negeri Sembilan menghasilkan gol ketiga dengan begitu cantik sekali. Jang betul-betul teruja melihat mereka dengan tenang (tanpa perlu bermain laju) mengemudi bahagian tengah. Ball distribution dari kiri ke tengah dan ke kanan, membuat hantaran kepada rakan dengan bersahaja dan menerima hantaran semula sebelum melakukan percubaan dan disudahkan oleh Igor Luiz YANG BERADA  DALAM KOTAK PENALTI. Haa! kan senang main macam tu. Tak perlu terkejar-kejar main laju macam masa dah nak habis. Kita diberi masa 90 minit nak hasilkan 3 gol, lakukanlah dengan tenang, passing semua pemain dan passing lagi (possesion bro..) apabila ada peluang, shoot bagaikan orang yang berakal. Kalau possesion tak penting, takda bola sepak Inggeris nak calculate berapa peratus bola berada dikaki pemain, berapa kali hantaran tepat dilakukan dan bermacam statistik lagi. Untuk rekod, build up gol ketiga inilah yang selalu Jang idamkan dilakukan oleh pemain. Alhamdulillah, Jang dapat lihat semalam. Puashati! Kita control bahagian tengah padang dengan bergaya!

Terengganu menambah jaringan pada minit ke 92 apabila cross Lee Tuck tepat kepada Abdul Shukur untuk terus merembat masuk menewaskan Hamka.

Jang punyalah happy, terus turun ke balapan (bersama TBT) untuk meraikan kejayaan pasukan. Jang salam Lee Tuck, Jang salam bekas pemain kegemaran Jang, Khairul Bentong. Jang salam dan ucapkan tahniah kepada Kapten Nor Hafiz Zamani Misbah, Halim (tidak bermain), Ferris Daniel, coaches, sekuriti dan FRU. Pemain pula begitu aman dan seronok meraikan kejayaan dengan bergambar dengan famili dan peminat. Inilah momen kemenangan yang manis.

Negeri Sembilan masih berpeluang jika terus menang dua lagi perlawanan dan Terengganu juga menang. Tapi buat masa ini, kita enjoy dulu kemenangan sedap ini. 2216 jumlah kehadiran penyokong malam tadi dan 50% darinya adalah penyokong Terengganu. Steady!

Tahniah semua!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.