/Piala Malaysia: Takkan’ Melaka Hilang Di Paroi

Piala Malaysia: Takkan’ Melaka Hilang Di Paroi

Malam tadi Jang sampai sekitar jam 8.45 malam di stadium Paroi. Jang lihat masih ramai umat manusia beratur membeli tiket dan kemudian beratur pula untuk masuk. Jang tenang memotong barisan dan masuk melalui gate depan kubur dengan menunjukkan kad kuasa Polis BolaSepak Dunia. Sekuriti mana boleh tahan Polis…tapi Jang tengok, berlapis juga sekuriti di pintu masuk.

Sampai ke dalam stadium, Jang terperanjat Kancil (jenis terperanjat bijak) melihat jumlah penyokong Melakau yang begitu ramai di teres belakang gol. Sekitar 5 ribu penyokong mereka datang meredah gelap malam demi pasukan tercinta. Lebih memeranjatkan apabila pihak pengurusan stadium melakukan tindakan drastik menutup laluan dan 2 blok teres untuk memisahkan kedua belah penyokong. Melihat aksi drastik keselamatan ini saja dah meremang bulu tengkuk Jang dengan reputasi perlawanan Naning Derby ini.

Atau mungkin reputasi lain, keganasan misalnya tapi langkah awal keselamatan yang ditunjukkan oleh pengurusan stadium wajar diberi sedikit pujian. Bukan susah pun nak uruskan kedudukan penyokong dan membuat mereka rasa selesa dan selamat. Kalau tak, takkan satu dunia guna ayat SAFETY FIRST. Ingat suka-suka ka? Tapi itulah, sticker SAFETY FIRST ni mana pernah wujud dalam bangunan kerajaan. Jadi tidak mustahil jika mereka susah untuk menjiwainya.

Momentum perlawanan bermula terus laju dari sepak mula. Melaka nampak lebih berminat menyerang untuk mendapatkan gol awal. Corak serangan mereka juga nampak begitu yakin dan menunjukkan kedudukan mereka di atas liga Perdana bukan hal main-main. Kucar kacir pertahanan Negeri Sembilan menyerap serangan demi serangan bertali arus dan tidak lama, pada minit ke 20, gawang Negeri Sembilan bolos mudah. Kau faham-faham la maksud mudah tu.

Alex Smith bermain baik untuk Negeri Sembilan dan kelibat beliau mengubat luka dihati penyokong yang masih rindukan Nabbout dan Chianese. Dia bekerja keras di bahagian tengah mengemudi pasukan dan usaha beliau diterjemahkan dengan satu tendangan separa gunting dari sudut kotak penalti Melaka untuk gol penyamaan Negeri Sembilan. Memang cantik gol Alex Smith, terlalu cantik. Lebih 5 ribu penyokong Hobin Jang Hobin bersorak riang!

10 minit kemudian seorang pemain Negeri Sembilan dilayangkan kad merah kerana terjahan keras keatas pemain Melaka. Dari teres stadium pun Jang akan bagi kad merah untuk terjahan keras sebegitu, inikan pulak kau buat depan pengadil. Kau nak main bola ke nak hantar orang masuk hospital? Misteri betul tiba-tiba saja lakukan terjahan keras ditengah-tengah padang. Kalau minit-minit akhir perlawanan dan pasukan kau ketinggalan 0-2, nampak beremosi la sikit kau menerjah pemain lawan. Ini baru minit ke 30, permainan masih panjang dan kedudukan masih terbuka. Setan betul.

Menariknya, Negeri Sembilan bermain lebih baik dengan 10 orang dan Alex Smith menambah jaringan untuk Negeri Sembilan mendahului 2-1. Seperti dendam, dua kekalahan berturut sebelum ini harus dibayar tuntas, Henrique menyumbat gol ke 3 Negeri Sembilan untuk mengajar Melaka erti; Ini Paroi Jangan Main! Separuh masa pertama berakhir dengan kelegaan Negeri Sembilan 3-1 Melaka.

Prestasi import baru yang hitam dan botak tu sangat cemerlang sementara yang putih dan tinggi pula (Goran) sangat gampang. Entah malaun mana diambil bermain, serupa setan! Makan maki aje la kau. Bukan Jang yang maki, satu stadium! Kemudian, jurulatih Negeri Sembilan mengeluarkan beliau dan digantikan dengan Afiq, oh tuhanku!!! Apa dosa kami rakyat Negeri Sembilan sehingga dianugerahkan 2 jenis pemain serupa ini??

Kemasukan Afiq lebih kepada menghabiskan oksigen dunia dan menambah dosa penyokong Negeri yang tak berhenti memaki. Maki! Maki! Maki! Maki!!!!! Punyalah kuat mereka memaki sehinggakan iblis dan syaitan pun menutup telinga mereka kerana malu mendengarnya. Sekarang kau bayangkan betapa meluatnya penyokong Negeri Sembilan dengan gaya Afiq. Ketika Afiq tercedera (atau buat-buat injured) dan ketika pembantu perubatan mengangkat beliau menggunakan stretcher ke tepi padang, penyokong berdiri minta pembantu perubatan bawa Afiq ke tempat lain, bukan di depan mereka dan ketika Afiq diturunkan dari stretcher ditepi padang, penyokong membaling ais/plastik/botol minuman dan tepat mengenai pembantu perubatan. Afiq terus menunjukkan tanda marah kepada penyokong dan kau ingat kau boleh menang? Lebih banyak objek melayang ke dalam padang!

Jika penyokong begitu benci, agaknya macamana Afiq ni main bola di tengah padang?

Melaka menambah jaringan untuk memberi sedikit cemas kepada penyokong Negeri Sembilan. Satu tap mudah dari pemain mereka dan sekali lagi Syed Adney tidak dapat menampan bola tersebut. Maka? maka apa? maka Jang pun mula la rasa nak riot! Dalam 10 penjaga gawang, Jang yakin 9 orang mampu menyelamatkan gol kedua Melaka itu. Seorang lagi gagal itu sudah tentu Syed Adney. Sebagai penjaga gawang, kemon la…takkan semudah itu pemain lawan boleh menjaringkan gol?

D.Ting yang masuk menggantikan Hafizzuan terus menghadiahkan satu sepakan penalti kepada Melaka apabila first touch beliau didalam padang adalah dengan tangan. Ini real! Kecewa mericik lahabau cakcibau la..takkan draw atau mungkin kalah 3-4? ini jumlah gol dan jenis kekalahan kegemaran bookie. Dalam 10, Jang bagi seorang saja penjaga gawang yang mampu penyelamatkan penalti. 9 lagi tu mesti out!

Dan seorang itu adalah Syed Adney! Bloody hell!  Dia berjaya menyelamatkan sepakan penalti!! Negeri selamat! Yahuuu! Hilang marah Jang. Celaka betul!

Keputusan kekal 3-2 sehingga tamat. Tiada aksi tambahan dan dalam perjalanan pulang, rakyat Melaka kembali sedar bahawa Negeri Sembilan sebenarnya lebih power dari Melaka cuma keputusan perlawanan lain saja yang membezakan kedudukan dalam carta liga.

Nampak?