/Piala Suratkhabar

Piala Suratkhabar

Forkey Doe malam tadi macam pensyarah Seni Halus ITM Shah Alam gayanya. Cukup berseni dia mengajar pelajar UITM yang ‘repeat’ main di Paroi dalam saingan piala FA. Bebudak ITM ni dah datang dah marin, dah di ajar, tapi mereka memang suka belajar, terutama dari yang bijak pandai, mako, malam tadi, NS Matrix buat lagi kelas tambahan dengan kemenangan 2 gol tanpa balas.

Orang nak belajar, kito ajar. Inilah adat dan budayo adat Perpatih yang kito banggokan.

Ketika banyak pasukan sedang meningkatkan suhu permainan (bak kata almarhum Hasbullah Awang) ada 2 pasukan yang Jang tengok sedang bersaing di dada akhbar dan di pejabat FAM. Hal itu pula di tokok tambah lagi bagai memberi perisa oleh beberapa tokoh pelakon tambahan. Pahang tak gentle la, JDT kuat mengadu la, FAM tak professional la dan sebagainya. 2 pasukan ini dan beberapa tokoh tambahan tadi seperti Khalid Ali, Jamal Nasir dan Shebby pula begitu seronok bersaing memberi kenyataan di dada akhbar. Ada piala pusingan Berita Harian ke? Ada liga Harian Metro ke? kenapa tak ajak pasukan lain main sama?

Masing-masing ada pendapat sendiri, bak kata Larry Flynt dalam salah satu kes mahkamahnya, “pendapat ini bagai lubang bontot, semua orang ada satu”. Jadi semua nak bagi pendapat mereka sendiri. Hmmm.. fikir-fikir semula, memang dah ragam umat manusia zaman ini, semua nak beri pendapat, tak kira la pendapat mereka itu busuk atau bercebok!

Apapun, kemelut (di muara kasih) di antara kedua pasukan ini dan juga FAM (dan beberapa nasi tambah) eloklah di selesaikan di meja gusti lengan. Tak manis kalau saling memberi ‘pendapat’ di suratkhabar. Secara tak langsung memberi impak negatif kepada keseluruhan pasukan yang bersaing di dalam liga kecuali NS Matrix sebab mereka tak baca suratkhabar picisan.

…dan NS Matrix kebal berita negatif.

kitar_berita

Jangan sampai Nas Ahmad terjah!