/PKNS 5-3 Negeri Sembilan (Matchday 18 Liga Super 2018)

PKNS 5-3 Negeri Sembilan (Matchday 18 Liga Super 2018)

Tidak manis jika kita mengabaikan Liga Malaysia yang berlangsung semalam walaupun seluruh dunia sedang dilanda wabak demam Piala Dunia serius. Sebagai seorang penganut bola sepak beradat, kekalahan Negeri Sembilan kepada PKNS sewajarnya diwar-warkan ke seluruh pelusuk negeri supaya para pemain tahu, mereka tidak boleh memandang enteng kepada amanah yang dipertanggungjawabkan dan beranggapan sekalian rakyat tidak peduli dengan pasukan kesayangan mereka. Ceritanya, stadium Shah Alam berpesta jaringan setelah PKNS menundukkan Negeri Sembilan 5-3 di hadapan *ehem* ratusan penyokong yang hadir.

Jalan ceritanya hampir sama seperti ketika bertemu Pahang dan Terengganu sebelum ini. Memberi tentangan sengit sebelum tunduk melayu setelah pengadil perlawanan meniupkan wisel yang terakhir. Sehinggakan segelintir penyokong merasa ghairah untuk menunggu perlawanan seterusnya. Kononnya, kalau game plan seperti ini ditampilkan untuk next game, kita mampu memperoleh kemenangan. Namun hakikatnya, sudah berapa kali perkataan ‘kalau’ disebut, resultnya tetap sama. Begitulah kata orang, jika terlalu berpegang kepada ‘kalau’ ini, sudah tentu neymar sudah menjulang piala dengan berguling sahaja. Di saat-saat genting ini, apa yang pasukan perlukan adalah positive result supaya gabungan 3p tidak goyah.

Berbalik kepada perlawanan malam tadi, gawang gol Negeri Sembilan dibocori seawal minit ke-10 sebelum Khairul Anuar menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudian. Gol berpunca dari usaha Fakrul Aiman yang tidak berputus asa mengejar bola yang terlepas dari kawalannya sebelum melakukan satu cut-back, menuju ke arah Nico Velez yang merembat ke arah muka penjaga gol, dan disudahkan oleh Khairul Anuar. PKNS kemudiannya menjarakkan kedudukan dengan dua gol berturut-turut, sebelum Flavio menutup tirai separuh masa pertama dengan tandukan gol ke arah gawang yang tidak dikawal setelah penjaga gol PKNS tertewas dalam usaha menyelamatkan sepakan percuma Kim yang terkena palang untuk kedudukan 3-2. Bersambung babak kedua, PKNS sekali lagi mendapat gol pantas dan Guirado cuba memberi harapan kepada para pemain dan penyokong selang beberapa minit kemudian dengan menanduk masuk sepakan sudut Kim, namun Khyril Muhymeen yang menggantikan Safee Sali di penghujung babak kedua, menamatkan sisa-sisa perjuangan Negeri Sembilan dengan gol kelima pada minit ke-90 permainan.

Di manakah kesilapan Negeri Sembilan sehingga melepaskan lima gol? Adakah penjaga gol tidak berkualiti sehingga membiarkan bola masuk ke dalam gawang dengan sewenang-wenangnya? Sudah tentu tidak. Ilham sekurang-kurangnya menyelamatkan dua clear goal chance opportunity PKNS. Separuh masa pertama, Ilham mengorbankan diri untuk mendapat kad kuning dengan bertindak keluar dari kotak D untuk menghalang Safee Sali dari terus mara ke hadapan dengan pemain pertahanan yang terakhir sebelum itu, gagal untuk mengekang kemaraan Safee Sali. Separuh masa kedua, Ilham menyelamatkan sepakan penalti Safee Sali yang diperoleh setelah pengadil melihat kekasaran yang dilakukan Nasriq Baharom ke atas Safee Sali ketika sepakan sudut diambil.

Oleh itu, adakah wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya ke atas barisan pertahanan? Atau barisan tengah yang tidak mematikan ancaman PKNS dari mula? Ini bukanlah masa untuk menuding jari tetapi lebih kepada masa untuk memperbaiki. Tiga gol pertama PKNS diperoleh kerana pemain Negeri Sembilan gagal track back pemain PKNS yang terlepas selepas perangkap offside yang tidak menjadi. Malah, pemain PKNS bersahaja melakukan square pass di dalam kotak D untuk menewaskan Ilham dengan mudah. Backline Negeri Sembilan bermain agak tinggi namun para pemain perlu sedar, dalam usaha untuk membantu serangan, kawalan pertahanan tidak boleh dilupakan. Sekadar cadangan dari amatur, Negeri Sembilan mungkin boleh bermain tiga pertahahan jika mahu menambah extra man dalam bahagian serangan selain mampu untuk memberi backup kepada partner yang sering hilang position.

Inilah risiko yang perlu diambil jika bermain secara high line. Barisan pertahanan perlu arif dalam melakukan tracking back dan kedudukan posisi adalah penting dalam melakukan perangkap offside. Taktikal offside trap yang baik adalah para pemain tahu di mana mereka perlu berada ketika taktikal tersebut mahu dilaksanakan, seorang komander yang mampu mengarah dan membimbing rakan-rakan lain untuk sentiasa bersedia, dan pemain yang pantas dan keras untuk memintas pemain lawan yang terlepas angkara offside trap yang tidak menjadi. Jika dahulu, Negeri Sembilan memiliki gandingan Shukor-Aidil untuk melakukan taktikal ini, dan gandingan sebegini perlu dicari/dijelmakan jika Negeri Sembilan mahu meneruskan game play yang sama.

Sepanjang 18 perlawanan yang dilalui, hanya tiga kemenangan yang dicatatkan, tiga seri dan dua belas kekalahan. Seharusnya perkara sebegini mematangkan para pemain yang den percaya, memang dah matang pun. Apalah yang kita dapat dengan melepaskan kemarahan ke kaki lawan yang tidak memegang bola, menolak kepala musuh ketika perebutan bola dan kemudian memarahi pengadil yang meniup wisel. Dan jika bermain bola sekadar mengambil sepakan sudut, sepakan percuma dan melakukan hantaran jauh, lebih elok jika mengikut jejak langkah David Beckham ke LA Galaxy.

Kongsi artikel ini: