/Pre Match Manchester City vs Liverpool 2019

Pre Match Manchester City vs Liverpool 2019

Oh tuhanku. Perlawanan yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba. Perlawanan hebat dan juga mungkin ibu segala perlawanan untuk Liga Perdana Inggeris 2018/2019. Ini pre analisa abang Tom tentang perlawanan pagi Jumaat ini di Etihad Stadium. Excited bukan? Siapa tak excited dia Lukaku!

Kecederaan Dan Penggantungan

Jika diukur dari segi kecederaan dan penggantungan, kedua-dua pasukan mempunyai jumlah kecederaan dan penggantungan yang sederhana. Liverpool telah kehilangan dua pertahanan penting di bahagian tengah. Joe Gomez dan Joel Matip. Manakala vice-captain James ‘Tom’ Milner masih dalam kecederaan (Sengaja tidak masukkan Ox Chamberlain dalam list).

Untuk tuan rumah pula, Benjamin Mendy, Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan masih di dalam list kecederaan. Namun status De Bruyne dan Gundogan masih ragu-ragu. Abang Tom berpendapat ini kemungkinan mind game seperti PSG yang berlakon Kylian Mbappe (sebutan ki-li-an bukan kailan) dan Neymar cedera sebelum bermain dengan Liverpool di Liga Juara-Juara. Mungkin Neymar orang masih ragu-ragu betul-betul berlakon ke ataupun tidak sampai ke hari ini.

Fabian Delph digantung dari perlawanan kerana kad merah. Manakala Paul Pogba pula dikenakan tindakan disiplin kerana berjoget seperti __________.

Jangkaan Perlawanan Nanti

Abang Tom menjangkakan defensive game. Liverpool akan berhati-hati dan City pun akan membuat benda yang sama. Ingat perlawanan di Anfield tahun lalu? City akan cuba bertahan dan tidak memberi ruang pada ketiga-tiga penyerang Liverpool bermain. Liverpool pula tidak membuat banyak overlap dan hantaran yang direct. Abang Tom jangkakan benda yang sama akan berlaku.

Biarlah penyokong tak suka game seperti ini. Tapi inilah yang terbaik untuk kedua-dua pasukan. Kita akan lihat banyak bola atas, hantaran yang berhati-hati dan juga buang masa akan berlaku nanti. Mungkin jika ada gol yang datang dari set piece ataupun penalti. Seperti cari umbut kena buku, open and risky game untuk mencari gol boleh mengundang bahaya.

Kunci pada perlawanan ini mungkin datang dari bahagian tengah. Liverpool seperti sedang memeram Naby Keita untuk perlawanan ini dan City pula seperti yang abang Tom katakan tadi kelihatan cuba memalsukan kecederaan De Bruyne. Pertarungan di bahagian tengah pasti menjadi hebat pada pagi Jumaat ini.

Kesan Dari Perlawanan Ini

Secara fizik dan matematiknya, perlawanan ini akan menjadi penentu untuk Manchester City dan bonus untuk Liverpool. Ini kerana Pep Guardiola sedar jika kalah di perlawanan ini, jurang mata agak jauh untuk dikejar oleh mana-mana pasukan. Jika menang mereka boleh lagi untuk mengejar dan menjadi juara. Untuk Liverpool, jika menang atau seri perlawanan ini sudah cukup untuk memberi tekanan pada pengejar-pengejar yang lain. Ini kerana banyak big six yang lain masih belum berjumpa di antara mereka. Sekaligus memberi ruang untuk Liverpool bernafas daripada dikejar.

Inilah hebat tentang liga. Apa sahaja keputusan daripada setiap perlawanan akan berkait dan akan mempengaruhi orang lain. Taktikal jangka masa panjang itu penting. Sometimes we need to lose the small battles in order to win the war (Sun Tzu, The Art of War). Persoalannya adakah ini perlawanan ‘small’ bagi Pep dan Klopp ataupun perlawanan yang penting untuk dimenangi.

Namun tenang anak muda. Ini hanyalah dari segi teori. Tiada yang pasti dalam bola sepak. But bear in mind, nombor biasanya tidak menipu dan tidak kekal kecuali Manchester United yang kekal di nombor enam. Perlawanan ini juga menjadi kayu ukur untuk pasukan lain seperti Chelsea dan Spurs yang boleh mengambil kesempatan untuk mencilok kedua-dua pasukan dengan tenang. Dalam masa sama pasukan lain juga akan mengintai top four jika peluang datang bergolek. Semuanya sedang berkira-kira sekarang ini.

P/S: Prediction abang Tom? Rahsia.

 

– Tom Bombadil, KTM Stesen Batang Benar –

unsplash-logoThomas Serer