Pre Match Kelantan United VS Negeri Sembilan (Liga Perdana 2020)

Setelah bermusyawarah, MFL menetapkan perlawanan keempat Liga Perdana 2020 akan bermain dalam stadium tanpa penyokong demi kepentingan manusia sejagat. Hal ini mungkin sedikit sebanyak akan menguntungkan pasukan pelawat yang tidak perlu untuk menyerap tekanan dari penyokong tuan rumah terutama pasukan Negeri Sembilan yang akan bertemu Kelantan United malam ini di Kota Bharu. Ia secara tidak langsung menaikkan nilai peluang untuk visiting team mencuri mata di gelanggang lawan.

Kelantan United yang hadir ke Liga Perdana selaku juara Liga M3 musim lalu, telah beraksi cemerlang menewaskan Perak II dan Kuching United sebelum tewas kepada Kelantan. Antara pemain yang harus diberi perhatian oleh pertahanan lawan sudah pastinya Fakrul Zaman, penjaring gol terbanyak M3 League musim lalu dan pemain import, Gassama yang hanya kurang satu gol berbanding Fakrul. Menariknya, kedua-duanya telah mencetak nama sebagai penjaring gol musim ini.

Untuk kem Negeri Sembilan, dijangkakan Sazali Saidon tidak akan menukar strategi dan kesebelasan utama melainkan jika ada kecederaan dalam kalangan pemain. Andai perkara ini berlaku, tumpuan sudah pasti akan diberikan kepada kedua-dua pemain flank, Almir Netto dan Shamie Iszuan melancarkan serangan. Cuma untuk mengurangkan beban kedua-dua pemain ini, Nazrol perlu memainkan peranan menjadi connector antara pemain tengah dan Igor.

Ini adalah peluang terbaik untuk Negeri Sembilan terus melebarkan rekod kemenangan. Negeri Sembilan tidak boleh keciciran mata lagi-lagi ketika bertemu pendatang baru seperti Kelantan United. Ada cakap-cakap mengatakan penyokong jangan terlalu memberi tekanan kepada pemain terutama pemain muda. Teori ini pula seolah-olah dibuktikan dengan kemenangan Selasa lalu ketika bermain di hadapan bilangan penyokong yang kecil. Jika benarlah, mungkin bermain di dalam stadium yang kosong adalah satu rahmat bagi pasukan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.