Pre Match Negeri Sembilan vs JDT II (Liga Perdana 2020)

Setelah lamo peminat bola sepak tempatan tertidur dek liga bolum bermulo dan ketiadaan perlawanan antarabangsa, minggu ini waktu yang sedang elok untuk para penyokong berjago dari tidur yang panjang dan memenuhkan stadium berhampiran termasuk penyokong Negeri Sembilan kito ni. Jangan pulak ado yang nak sambung tidur sebab banyak pihak dah perlahan-lahan kojut kau semuo seperti MFL yang dah keluarkan jadual awal, persatuan dah buek majlis pelancaran jersi dan pemain, dan Ultrajang menyeru kau semuo penuhkan Paroi malam minggu ni. Tapi itulah, harap eh jangan pemain pulak yang tidur ateh padang nanti menengok gayo friendly sebelum-sebelum ni.

Jadual dah atur, jersi dah dapek, coach dah ado, pemain dah umum, tinggal nak main yo malam ni dan Negeri Sembilan akan bertemu JDT II. Walaupun sekadar feeder team, den raso kito semuo kono akui yang JDT II ni akan menjadi pengacau dalam liga berbekalkan status juara Challenge Cup 2019. Rekod tahun lepas tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan hanya bertemu dua kali dalam perlawanan liga dan masing-masing mencatat kemenangan di laman sendiri dengan menjaringkan tiga gol. Yang membezakan hanyalah Negeri Sembilan melepaskan satu gol di Paroi.

Advertisements

Memandangkan ini perlawanan pertama liga, sukar untuk mengagak siapa barisan utama yang akan diturunkan. Kedua-dua jurulatih juga tiada peluang untuk mengekploitasi kelemahan musuh berikutan kekurangan informasi. Namun di kem Negeri Sembilan sendiri, den yakin penyokong pasti ternanti-nanti untuk melihat adakah kelibat muka baru seperti Azriddin, Shahurain dan pemain yang baru dinaikkan pangkat, Selvam akan diturunkan atau tidak disamping muka-muka lama yang berjuang ketika kempen Piala Malaysia musim lalu.

Walaupun mungkin ada yang mengeluh kerana terpaksa bertemu JDT II, bagi den ini adalah perlawanan terbaik untuk Negeri Sembilan melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan lain yang Negeri Sembilan serius untuk mengharungi liga musim ini dengan mencatatkan kemenangan. Ini juga secara tidak langsung memberi amaran kepada pasukan lawan yang akan bertandang ke Paroi bahawasanya Negeri Sembilan tidak akan sekali-kali memberi jalan mudah ketika bermain di laman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *