Pre Match Negeri Sembilan VS UKM FC (Liga Perdana 2020)

Setelah dua kekalahan berturut-turut kepada JDTII dan Kuala Lumpur, sesungguhnya barisan pemain dan kejurulatihan Negeri Sembilan tidak ada masa untuk terus berkabung. Mereka perlu segera melupakan memori pahit terutama kekalahan Sabtu lalu memandangkan jarak perlawanan seterusnya menentang UKM FC hanya berbeza empat hari. Apa yang pasti, para pemain perlu bersedia bermain di dalam tekanan dan atmosphere yang tinggi kerana hanya kemenangan yang akan membuatkan situasi di dalam dan luar padang sedikit reda apatah lagi bermain di halaman sendiri dan menentang sebuah pasukan bertaraf universiti.

Dalam masa yang sama, Negeri Sembilan masih perlu berwaspada dan tidak mengambil mudah cabaran UKM FC. UKM FC dalam tempoh tiga tahun ini, telah membuktikan mereka masih layak untuk bermain dalam perlawanan berstatus tinggi dengan masih kekal bermain dalam Liga Perdana. Setelah layak ke Liga Perdana pada 2018, dengan barisan pemain dan bajet yang bersederhana, mereka terus mengorak langkah mencipta rekod terbaik sendiri menjadi naib juara Challenge Cup 2019. Den beranggapan, antara pemain yang akan menjadi tumpuan penyokong pada malam perlawanan ini ialah K. Ruben dan bekas pemain Negeri Sembilan sendiri, Kalaiharasan.

Rekod pertemuan Negeri Sembilan dan UKM FC pada musim 2019 agak seimbang, dengan kedua-dua pasukan tumpo ketika bermain di tempat sendiri selepas masing-masing tumpas 0-1 ketika menerima kunjungan pelawat. Kita perlu memastikan sejarah tidak akan berulang walaupun UKM mempunyai sedikit kelebihan dari segi fatigueness kerana perlawanan mereka ketika bertemu Kelantan Sabtu lalu dibatalkan. Andainya pasukan gagal mencapai kemenangan, isu kecergasan ini tidak seharusnya dimainkan kerana UKM juga boleh menggunakan alasan rehat yang lebih lama membuatkan pemain mereka kurang bersedia.

Di kem Negeri Sembilan sendiri, kemasukan Almir Netto sebagai pemain gantian ketika bertemu Kuala Lumpur, mungkin sedikit meredakan keresahan kita. Den berharap Almir telah benar-benar pulih dan itu bukanlah satu tindakan menekan butang panik jika Almir belum sembuh sepenuhnya kerana ia boleh menjejaskan pemain dan pasukan sendiri. Berdasarkan dua perlawanan sebelum ini, nampaknya belum ada tanda-tanda pemain yang boleh step up untuk menjadi backup jika pemain utama cedera/tidak dapat bermain. Sazali juga nampaknya mempunyai tugas mencari pengganti Danial Hadri yang menerima layangan kad merah ketika bertemu Kuala Lumpur.

-M.A-

Kredit Gambar : FB Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan – PBNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.