/Preview: Liverpool Vs Manchester United

Preview: Liverpool Vs Manchester United

Mustahil untuk peminat bola sepak Inggeris mengatakan mereka tidak tahu tentang perlawanan di Anfield pada sabtu ini. Abang percaya sekarang semua yang mempunyai rancangan untuk bercuti pada hari tersebut sudah pun dibatalkan. Malah, kedai-kedai mamak di serata negara sudah pun bermesyuarat tentang persediaan untuk menghadapai perlawanan keramat ini. Kehangatan perlawanan ini sudah dirasakan walaupun ianya masih belum bermula.

Jadi abang telah terpanggil untuk mengulas serba sedikit berkenaan perlawanan terhebat tahun ini, Liverpool menentang Manchester United.  Ianya sebagai tanda sokongan abang terhadap kelab Eropah terbaik di England iaitu Liverpool. Kelab yang penuh dengan tradisi dan juga trofi. Anda setuju ke tidak ni?

Musuh Tradisi

Selain daripada Everton, Manchester United atau nama singkatannya Man United (Ada juga yang panggil United ataupun Man U) juga adalah merupakan musuh tradisi Liverpool. Kedua-dua kelab ini telah berdendam dan bercakaran sejak dahulu lagi dan pertemuan mereka ini dikenali sebagai North West Derby. Kerana apa mereka pantang berjumpa? Kerana dua kelab ini adalah dua kelab terbaik di England, cuma United kadang-kadang bernasib baik.

Di atas kertas, memang tidak dinafikan Man United lebih gagah tiap kali berjumpa Liverpool. Tapi perlu diingatkan juga, yang statistik Klopp ke atas Mourinho adalah lebih baik setiap kali mereka berjumpa. Tambahan pula mereka akan bermain di stadium keramat Anfield!

International break juga akan memberi impak kepada kedua-dua pasukan. Ini kerana pemain-pemain akan lebih cepat penat, cuba mengadaptasi taktikal baru dan masalah kecederaan. Keadaan ini mungkin boleh mengakibatkan form Man United sedikit lari ataupun memberikan kelebihan Liverpool membaiki pertahanan mereka yang mana bukan professional pun tahu ianya lemah.

Harapan Kepada Liverpool

Abang sedih bila ada suara-suara sumbang yang mengatakan Liverpool sudah terkeluar daripada perebutan liga perdana Inggeris. Mereka lupakah tahun Leicester menjuarai EPL, mereka tidak bermula dengan baik. Lagipun ayam masih berlaga, masih terlalu awal untuk membuang Liverpool daripada saingan Liga Inggeris.

Sebagai penyokong kental Liverpool, abang percaya Liverpool boleh menang pada perlawanan kali ini. Apalah sangat dengan kelibat Valencia, De Gea dan Baily jika hendak dibandingkan dengan kelajuan dan ketangkasan Coutinho, Firminho dan Salah. Abang percaya mereka bertiga ini akan merobek kubu pertahanan Man United pada sabtu ini.

Namun, boleh menang atau tidak bukan menjadi persoalan utama untuk Liverpool. Persoalanya sekarang ini, adakah Man United akan berani bermain open game pada sabtu ini? Ataupun mereka akan menggunakan taktik tradisi mereka iaitu parking bas sekolah. Kita lihat sahaja sabtu ini nanti!

Tom Bombadil Prediction

Liverpool 2 – 1 Man United

P/S: Nasib baik Mane Injured. Korang jangan terkejut Ox yang score lawan Man United nanti.

Kongsi artikel ini: