March 29, 2024

Preview Match Day 2 2018 : Negeri Sembilan VS Kuala Lumpur

3 min read

Menjelang sepak mula perlawanan kedua Unifi Liga Super 2018 membabitkan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, kedua-dua kem pasukan pasti telah bersedia bersama taktikal yang akan digunakan untuk turun ke padang dan memberikan persembahan yang terbaik kepada penyokong yang hadir ke stadium mahupun yang menonton di kaca telefon. Kedua-dua pasukan yang sedang menduduki tangga tercorot berikutan kekalahan dalam perlawanan pertama pastinya mahu bangkit dan menumpaskan lawan masing-masing seterusnya mengelakkan diri dari terjerumus berada di zon bawahan.

 

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke Liga Super setelah lama mendiami kelompok Liga Perdana. Rekod pertemuan kedua-dua pasukan bagi musim 2017 agak seimbang di mana Negeri Sembilan menang 2-1 di Paroi dan Kuala Lumpur menang dengan jaringan 3-2 ketika di Selayang. Walaubagaimanapun, Kuala Lumpur melonjak ke kancah liga Super setelah menjuarai Liga Perdana 2017 manakala Negeri Sembilan yang berada di tempat kelima diberikan tiket bermain di Liga Super 2018 berikutan isu perlesenan pasukan.

 

Dalam aspek taktikal berdasarkan perlawanan pertama, kedua-dua pasukan mempunyai sedikit kelebihan dan kekurangan yang boleh diguna pakai dan dimanipulasikan dalam usaha memacu kejayaan pasukan. Kuala Lumpur dilihat sedikit berkelebihan dari segi keserasiaan pemain dan jurulatih kerana jurulatih mereka, Fabio Joaquim Maciel menggunakan khidmat pemain yang sama di musim lepas seperti Paulo Josue, Azmeer Yusof, Zhafri Yahya dan De Paula dan hanya menukar beberapa pemain di bahagian yang dirasakan perlu untuk penambah-baikkan.

 

Negeri Sembilan on the other sides, kesemua pemain import merupakan pemain baru dan dalam perlawanan pertama menentang PKNP, hanya Nasriq Baharom merupakan pemain lama yang berada dalam kesebelasan utama. Bagi Jorg pula, walaupun beliau merupakan penolong jurulatih musim lalu, setiap ketua jurulatih pasti mempunyai favorite taktikal yang akan digunakan di atas padang. Untuk itu, akan ada sedikit element of surprise untuk kem Kuala Lumpur dari kem Negeri Sembilan dan Jorg sedikit sebanyak pasti sudah mengetahui dan mengkaji taktikal kegemaran Fabio Maciel berdasarkan perlawanan musim lalu.

 

Tumpuan pasti terarah kepada kedua-dua penyerang import sandaran yakni Nicolas Velez untuk Negeri Sembilan dan De Paula untuk Kuala Lumpur. Kedua-dua penyerang ini gagal memberi sumbangan bermakna untuk pasukan mereka dalam perlawanan pertama dan sudah pasti perlawanan malam ini akan dijadikan medan untuk mereka membuka buku jaringan dalam kancah Liga Super 2018. De Paula dilihat mempunyai sedikit advantage kerana beliau telah lama bermain dalam liga Malaysia dan pasti memahami selok belok teknikal pemain Malaysia sendiri. Namun demikian, terdapat khabar angin yang bertebaran di media sosial mengatakan De Paula lebih selesa bermain dalam keadaan penyokong yang tidak ramai. Jika benar, pemain ke-12 Negeri Sembilan seharusnya bersedia memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada De Paula dari mempamerkan aksi yang terbaik.

 

Berdasarkan pemerhatian kasar, Negeri Sembilan dijangka tidak akan melakukan perubahan drastik dalam kesebelasan utama mereka. Kelima-lima pemain import Negeri Sembilan diturunkan ketika menentang PKNP termasuk pemain dari Kemboja Prak Mony Udom yang baru bersama pasukan kurang lebih dua minggu. Berbeza bagi Kuala Lumpur, mereka hanya menurunkan empat pemain import ketika menentang Selangor kerana seorang lagi pemain import dari Indonesia, Achmad Jufriyanto mengalami masalah mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa dan dijangka akan diturunkan pada malam ini. Dan jika kecederaan Zaquan Adha sudah beransur pulih, peminat-peminat yang hadir mungkin dapat melihat kelibat pemain tersebut dan mengalukan kepulangan beliau di atas padang.

 

Dari aspek sokongan, dijangka ribuan penyokong akan membanjiri stadium pada malam ini selepas meneliti semangat Sekalian Yang Setia yang hadir ke majlis pelancaran jersi pasukan dan ber awaydays ke Pulau Pinang demi pasukan Negeri Sembilan. Perasaan menyaksikan perlawanan Liga Super di halaman sendiri setelah sekian lama di Liga Perdana turut menjadi faktor untuk penyokong hadir ke stadium. Begitu juga halnya untuk penyokong Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa tidak sampai sejam pasti membuatkan ramai penyokong lawan akan memenuhi tempat duduk pelawat.

 

Kredit Foto : Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan – Rasmi

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.