/Preview Melaka United vs Negeri Sembilan

Preview Melaka United vs Negeri Sembilan

Sengaja den lambat up artikel ni sebab nak pastikan semangat awayday kau semua tak terpadam dengan cepat. Tambahan pula tiada perlawanan EPL yang besar malam ni. Setakat perlawanan North London Derby tu apalah sangat jika nak dibandingkan dengan Naning Derby esok, betul tak?

 

Kedua-dua pasukan kini mengutip 3 mata daripada 2 perlawanan pertama mereka. Melaka United menang perlawanan pembukaan mereka dengan Kelantan 2-1, kemudian tumbang 4-1 kepada Selangor. Sebaliknya pula, Nismilan tumpas perlawanan pembukaan kepada PKNP FC 0-1 sebelum menang bergaya ke atas Kuala Lumpur 2-0. Jika dilihat kepada statistik pertemuan kedua-dua kelab ini, ternyata kelebihan memihak kepada Nismilan. Justeru itu, den meramalkan Nismilan mampu mengutip mata penuh apabila bertandang ke Stadium Hang Jebat malam esok.

 

Statistik pertemuan Nismilan dengan Melaka United.

Namun harus diingat, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertembung keputusannya memihak kepada Melaka United. Nak dijadikan cerita, mereka menang di STAR pula tu! Nismilan sebagai pasukan daripada negeri beradat tak akan nak biarkan sahaja perkara ini kan? Bukanlah berdendam, cuma tak manis kalau kita tak ‘membalas budi’ Melaka United 2 musim lepas. Betul?

 

Memandangkan Nismilan mempunyai peratusan tinggi untuk mengutip 3 mata untuk esok, den nak bincang mengenai kesebelasan utama mereka. Berkemungkinan Syihan akan kembali mengambil tempat sebagai penjaga gol utama esok. Walaupun Saiful Amar membuktikan mampu menjaga gawang dengan baik, namun Syihan mungkin dimasukkan semula ke dalam kesebelasan utama sekiranya fully fit. 

 

Barisan pertahanan Nismila mungkin sama seperti perlawanan sebelum ini dan Faizal Sepet mungkin akan bertindak sebagai defensive midfielder sekali lagi. Ini selepas dia mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan ketika bertemu Kuala Lumpur, Rabu lalu. Kalau tidak, takkan lah Buapak bola sepak kita menobatkan Faizal sebagai Man of The Match tempoh hari kan?

 

Midfield juga den jangkakan bakal dibarisi muka yang sama. Cuma trio serangan kita mungkin ada perubahan. Menurut pekembangan terakhir Nicolas Velez, dia sedang jalani rawatan untuk kembali cergas pada pertemuan ini. Namun sekiranya dia belum cergas, tak menjadi masalah untuk Nismilan. Fakhrul Aiman, Udom, Khairul Izwan Rosli, Nizam Ruslan, Khairul Anwar Shaharudin, Izwan Salahuddin. Nama-nama ini den yakin mampu menggalas tugas sebagai attacking trio kita tanpa sebarang masalah. Itu den tak sebut nama Super Thana lagi tau! Haa, nampak tak betapa deep nya skuad Nismilan tahun ini?

 

Untuk kesebelasan utama Melaka United pula kita tak perlulah beriye sangat nak ramal. Dengan Selangor yang dibarisi beberapa pemain muda Nismilan pun dia tak boleh makan, maka kita biarlah mereka begitu. Lagipun tak manis kalau kita sibuk jaga tepi kain jiran kita. Betul tak? Yang penting Nismilan. Ingat tu!

 

Sudahlah, den izinkan kau semua sambung tengok North London Derby kau tu. Walaupun perlawanan tu tak best.

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

 

Kredit Foto : Team N9FC