/Previu Piala F.A 2018 : Kedah vs Negeri Sembilan

Previu Piala F.A 2018 : Kedah vs Negeri Sembilan

Nampaknya minggu ini merupakan minggu yang busy bagi kem Negeri Sembilan. Hampir semua media massa memfokuskan kepada isu perlantikan jurulatih baru Azraai Khor Abdullah bagi menggantikan Jorg Steinebrunner. Dan den rasa rata-rata penyokong masih lagi berada dalam pink mood dan membicarakan tentang perlantikan beliau untuk membantu skuad Negeri Sembilan kekal bersaing bagi musim ini. Jadi belum terlambat rasanya untuk den mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Azraai Khor dan syukran jazilan kepada Jorg atas usahanya mengendalikan Negeri Sembilan sebelum ini. Den telah sediakan satu pantun khas untuk Azraai yang berbunyi :

Kenangan lalu sentiasa di ingatan,
Sentiasa tersemat di dalam hati,
Selamat datang ke Negeri Sembilan,
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi.

Berbalik kepada cerita utama, malam ini Negeri Sembilan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk bertemu Kedah dalam pusingan kedua Piala F.A 2018. Difahamkan, Azraai hanya akan menjadi pemerhati dalam usaha untuk menilai prestasi dan keupayaan para pemain dan Asri Ninggal akan bertindak sebagai care taker untuk perlawanan ini. Kedah akan turun selaku juara bertahan manakala Negeri Sembilan merupakan semi-finalist untuk Piala F.A musim lalu sebelum tumpas kepada Pahang.

Atas kertas, pastinya pemerhati bola sepak Malaysia memilih Kedah selaku pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan pada malam ini. Juara bertahan Piala F.A menentang pendatang baru Liga Super yang hanya menang satu dari empat perlawanan awal liga. Rekod pertemuan terakhir pula memihak kepada Kedah iaitu ketika suku akhir Piala Malaysia 2016 di mana kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Paroi sebelum Kedah menang besar 5-0 di Darul Aman. Namun, bak kata pujangga ‘bola itu bulat, dalam bola sepak tiada yang mustahil’.

Masih ingat bagaimana Selangor dijangka menang ketika pusingan kedua Piala F.A 2017 menentang Negeri Sembilan? Dengan ketangkasan Saiful Amar Sudar yang sentiasa menafikan percubaan pemain Selangor terutamanya Forkey Doe, Negeri Sembilan berjaya mengheret Selangor ke penentuan sepakan penalti sebelum memenangi perlawanan tersebut. Walaupun option ini boleh dijadikan pilihan, dengan Badrul Bakhtiar, Liridon, Akhyar dan Andik merupakan lawan yang perlu dihadapi, pertahanan Negeri Sembilan perlu benar-benar mantap dan barisan midfield perlu sentiasa membantu dalam situasi bertahan dan mengawal penguasaan bola.

Walaupun Asri Ninggal yang akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan pada malam ini, den mengagak akan ada perubahan dari segi pemilihan pemain. Den tak tahu tahap kecederaan Fakrul Aiman namun andai kata Fakrul dan Velez tidak dapat beraksi, den yakin Khairul Izuan atau Thanabalan sedia mengambil alih tugas selaku penyerang utama untuk merobek pintu gawang lawan. Ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada pemain lain untuk mengisi bahagian sayap dan berkemungkinan peminat Negeri Sembilan dapat menyaksikan aksi Khairul Anuar buat pertama kalinya pada musim ini.

Di bahagian tengah pula, jika mengikut taktikal Asri pada musim lalu, beliau lebih suka menggunakan pendekatan dua midfield untuk menguasai bahagian tengah dan seorang lagi akan membantu dalam bahagian serangan. Tidak kira siapa yang diturunkan, kedua-dua pemain ini perlu memastikan Liridon tidak bergerak bebas untuk menggerakkan bola ke hadapan mahupun di bahagian sayap. Jika gerakan Liridon berjaya dimatikan, ancaman pasukan Kedah sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

Di bahagian pertahanan, den lihat Rodes selesa beraksi bersama sesiapa pun. Nasriq Baharom, Rizal Fahmi, malah Fauzan Dzulkifli yang bukanlah pure centre back ternyata berjaya membina gandingan ampuh bersama Rodes. Negeri Sembilan berkemungkinan akan menghadapi masalah di bahagian sisi dengan speed yang dimiliki oleh pemain Kedah. Jika Akhyar dan Andik kedua-duanya diturunkan malam ini, siapa juga left back dan right back yang diturunkan perlu lebih berhati-hati sebelum mahu meninggalkan posisi masing-masing.

Kid ada cakap Negeri Sembilan perlu fokus dalam usaha untuk mengekalkan pasukan dalam Liga Super sebelum mencabar mana-mana kejuaraan. Walaupun den setuju dengan pendapat tu, den rasa Negeri Sembilan tetap akan all out pada malam ini atas dua faktor. Faktor pertama, presiden PBNS mensasarkan satu piala dan kekal liga pada musim ini dan piala F.A merupakan antara piala yang dipertaruhkan untuk dimenangi mana-mana pasukan yang mengidamkan cup. Faktor kedua, sudah tentu setiap pemain akan memberikan yang terbaik dengan aksi serampang dua mata, memenangi perlawanan dan memenangi hati Azraai Khor selaku jurulatih baru mereka.

Jadi, adakah Kedah selaku juara bertahan akan menepati ramalan atau Negeri Sembilan selaku underdog akan membuat kejutan malam ini? Sama-sama kita saksikan.

-Muhayat-

Kredit Foto : Kedah Channel Live