/Punca Harimau Malaya kene 10 gol terjawab!

Punca Harimau Malaya kene 10 gol terjawab!

 

Banyak analisis akan keluar tentang kekalahan Harimau Malaya kepada UAE dikelayakan Piala Asia. Tapi, sebagai Polis Bolasepak Dunia, Jang menyiasat dari sudut sukar kekalahan memalukan ini. Siasatan secara analisis, taktikal semua tu tak boleh selesaikan misteri ini. Jang terpaksa berjumpa ‘seorang tua dari gunung Angsi’ untuk mencari punca sakit kepada Harimau Malaya ini.

Jang kongsikan apa orang tua ni bagitau;

Dizaman dahulu, di Kuala Pilah, bila menjelang hari raya korban akan berlangsung satu majlis ‘mantai’ iaitu suatu aktiviti menyembelih lembu dan kerbau secara besar-besaran untuk dijual kepada orang ramai. Ianya satu majlis meriah dan bagaikan pesta berlaku di sepanjang jalan di Kuala Pilah ini. Lembu dan Kerbau disembelih dan dilapah dan dagingnya digantung dipondok-pondok kecil jualan. Orang nogori ni memang kuek makan daging masa raya. Buek rondang dan juga gulai.

Diberitakan lagi, pada zaman dahulu, ada seeokor harimau yang sangat kuat dan garang tinggal di Bukit Putus. Harimau ini menjadi igauan buruk kepada orang ramai yang akan melalui jalan Bukit Putus. Telah ramai menjadi korbannya.

Pada satu hari ketika majlis mantai sedang meriah berlaku, harimau tadi telah terhidu akan bau darah dari daging lembu dan kerbau lalu dia pun turunlah dari Bukit Putus dan mencari dimana daging lembu. Apabila sampai harimau tadi ketepi jalan, maka terperanjat beruk lah dia melihat akan kemeriahan dan kegilaan umat manusia menyembelih lembu dan kerbau dengan banyaknya. Menambah peluh dikening harimau tadi bila melihat manusia bergembira beramai-ramai melapah daging lembu dan kerbau dan kemudian menggantungnya untuk jualan.

Menggeletarlah lutut sang harimau dan kecutlah perutnya apabila dia menyedari bahawa bukanlah dia seekor saja yang kuat makan daging, tapi manusia lagi gila dan gembira menyembelih berpuluh ekor lembu sekaligus. Maka terdetiklah dihatinya yang garang itu, lebih baik aku lari masuk ke hutan semula sebelum aku pun disembelih dan dilapah oleh manusia.

Maka harimau tadi pun terus mengundurkan dirinya secara perlahan-lahan masuk kedalam hutan Bukit Putus. Selepas peristiwa itu, tiada lagi kejadian manusia dibaham harimau di Bukit Putus. Mengikut kata orang-orang tua, harimau tadi telah insaf lalu menjadi vegetarian. Makan ulam-ulam dan rumput. Ketika jalan Bukit Putus diluruskan, Harimau tadi dipercayai telah lari ke Kelana Jaya lalu menjadi simbol logo persatuan bola.

Sehingga kini majlis ‘mantai’ terus kekal menjadi tradisi di Negeri Sembilan terutama di Kuala Pilah dan harimau pula akan kecut perut dan jadi bahan bila raya korban menjelang.

Begitulah cerita orang tua-tua.

………………………………………………………………..

Jang angkat dua tangan. Akhirnya Jang mengaku kalah pada pasukan Harimau Malaya dibawah kendalian Dollah Salleh. Tak dapek Jang nak koba apo-apo laie dah. Mereka memang bangang abadi.

Kongsi artikel ini: