/Rahsia disebalik kemenangan Liverpool

Rahsia disebalik kemenangan Liverpool

 

Banyak betul game yang Jang tonton malam tadi. Puas betul marathon dari jam 8.45 malam sampai pagi. Memang betul-betul balas dendam selepas  nafsu bolasepak berpuasa teruk dek panggilan antarabangsa. Sebut hal international break ni, Jang dah ulas dalam artikel lepas, perihal momentum yang dirosakkan oleh cuti selama 2 minggu ini. Bagaimana pasukan yang konon power, lepas international break jadi bangang sampai jaring gol sendiri dan kalah. Arsenal la tu!

International break juga melahirkan pemain yang cedera menjadi cergas semula dan yang cergas mendapat kecederaan. Semua ini mempengaruhi prestasi pasukan dan kalah menang malam tadi juga banyak disebabkan faktor ini. Semua liga didunia ini kebanyakkan pemain mereka terlibat, kecuali Malaysia. Break tak break, momentum sama saja, lepas tu liga disusun ikut cuti sekolah.

Kecuali kalau pasukan kau dah kebal dengan international break seperti United. Sebelum bercuti mereka menang, selepas bercuti pun mereka tetap menang walau beberapa pemain utama mendapat kecederaan di medan antarabangsa. Perkara ini telah dikaji dan diselesaikan oleh Pak Alex lama dahulu. Pool of players United ramai dan sedia untuk bermain dalam berbagai kejohanan berprestij yang begitu mencabar. Tanpa Rooney dan Martial, Smaling pun boleh menjaringkn gol.

Comeback yang yang dibuat United benar-benar melepaskan dahaga peminat United yang sudah terlalu lama tidak menyaksikan jaringan gol penting disaat akhir. Kalau kita kenang kembali gaya ini ditahun 90an, atau Fergie’s Time ni, ketinggalan atau seri ketika masa masih berbaki 15 minit tidak memberi sedikit kerisauan kepada penyokong United. Malam tadi Abang Long Basti telah mengulangi kecemerlangan ini dan percayalah, ianya akan terus berulang sampai sangkakala ditiupkan.

Rupa-rupanya United hanya perlu bermain satu jam awal saja dari City dan Arsenal untuk kembali merampas kedudukan liga sebelum dirampas penuh bermaruah oleh Leicester. Tapi Leicester dan Vardy ni ubat dia senang saja, taulah Pak Long Basti dan anak buah mengajar mereka nanti.

Sementara itu, kemenangan Liverpool malam tadi dipengaruhi oleh 2 faktor utama. Pertama, ketiadaan Kompany dibahagian pertahanan City banyak memberi peluang kepada serangan bertali arus Liverpool dan menghasilkan gol. Jika Kompany bermain, tidak mungkin Liverpool dapat menyumbat 4 gol. Itu saja.Tapi ada khabar angin kuat bertiup kencang, kemenangan Liverpool semalam telah direncanakan oleh Brendan Rodgers lama dahulu dalam satu klausa penjualan Raheem Sterling ke City. Raheem dijual sebanyak 50 juta pound sterling dengan satu syarat kecil, jika Liverpool melawan City, Raheem tidak boleh menjaringkan gol dan City mesti membenarkan Liverpool menang besar. Entah betul entah tidak, nama pun khabar angin.

Tapi kredit masih diberikan kepada Kompany dan Rodgers.

Akar umbi Liverpool perlu tau, kekuatan Klopp belum benar-benar teruji dan Jang masih belum boleh memuji beliau bersama Liverpool. Kekuatan Liverpool masih pada Cautinho. ultrajang sedia membuat ulasan adil kepada Klopp dan Liverpool jika mereka benar-benar konsisten dan menang secara terhormat. Liverpool naik satu tangga ke kedudukan ke 9, atau dengan kata lain, masih midtable.

Sementara itu, Jang baru tau Chelsea ada main malam tadi melawan kelab seangkatan mereka, Norwich. Mereka menang 1-0 hasil jaringan penyerang berbisa mereka, Costa. Perlawanan yang lebih kepada mengelak tersingkir ke championship ini langsung tidak mendapat liputan peminat mereka sendiri. Timeline senyap, facebook senyap, kedai mamak senyap. Bagaimana menonton bola senyap agaknya? Mesti payah. Chelsea juga naik ke anak tangga ke 15 tetapi relegation zone masih dekat dan baunya masih melekat.

Jaring gol sendiri dan tendang penalti tak masuk ni tak payah la kita buang megabytes dan bazirkan data mengulasnya. Cukup sekadar mengeja nama pasukan mereka dengan gabungan huruf dan nombor. Jang tak reti, kau semua la buat.