/RASMI: Negeri Sembilan rehatkan Azraai Khor dan lantik Mario Lomes sebagai pengganti.

RASMI: Negeri Sembilan rehatkan Azraai Khor dan lantik Mario Lomes sebagai pengganti.

Bertenang semua! Bertenang Orang Muda! Izinkan Jang menerangkan kedudukan sebenar pasukan baru Negeri Sembilan untuk mengharungi pusingan kedua Liga Super ini. Tapi sebelum itu, Jang ingin mengucapkan tahniah kepada kau semua kerana mendapat kerajaan baru dan terima kasih kepada kerajaan lama. Ingat! Tanpa yang lama, takkan ada yang baru.

Petang semalam Jang (dan beberapa lagi wakil penyokong) telah diberi kesempatan/dijemput ke padang latihan pasukan dan melihat sendiri perubahan yang dilakukan oleh pasukan. Semua wakil penyokong yang hadir terperanjat apabila diberitahu yang coach Azraai Khor telah direhatkan dan diganti oleh Mario Lemos. Jang seorang sahaja yang tenang dan tidak terperanjat kerana terperanjat ini adalah sifat orang yang lemah. Hmmm.

Petang semalam juga menyaksikan kemasukan pemain baru untuk memperkuatkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pusingan kedua liga Super. Kepada yang masih belum tahu, pasukan kita duduk didasar liga dan berpotensi untuk dilemaskan ke liga Perdana. Walaupun kau semua dah biasa di liga Perdana, tapi maruah melawan kita mesti dijaga. Takkan sebab nak jaga sentimental kenangan lama mengusik jiwa bersama Azraai Khor, maka kita tak kisah kekal didasar liga?

Ini persoalannya: APA YANG KITA PERLU LAKUKAN UNTUK KEKAL DI LIGA SUPER? APA SOLUSI?

Selepas Jang bertanyo-tanyo maklumat dari sumber yang sah dan cepat, tindakan PBNS mengugurkan Azraai Khor adalah kerana mahu keputusan positif dalam pasukan. Dibawah Azraai Khor, kita menang kosong perlawanan dan kalah 5. Ada 2 perlawanan kita kalah besar. Benar, pemain sediaada bukan pemain pilihan Azraai tapi sebagai jurulatih, beliau tidak boleh menggunakan alasan itu untuk semua kekalahan. Mengikut sumber lagi, sebelum menerima tugasan sebagai jurulatih, Azraai telah menilai pasukan dan mendapati kelemahannya adalah taktikal, bukan pemain. Maknanya apa?

Juga banyak lagi kisah dan khabar angin yang tak manis Jang nak ceritakan semua. Jang kene hormati Azraai Khor sebagaimana dia menghormati keputusan PBNS. Beliau gentleman dan menerima keputusan tersebut dengan baik. Mengikut temubual Jang dalam Majalah Ultrajang isu 7, beliau faham keadaan dimana jurulatih digugurkan oleh pasukan. Sepertimana Jorg ketika Jang minta beliau mengulas selepas digugurkan, menerima keputusan dengan tenang demi kebaikan pasukan. Ingat! Tiada yang lebih besar dari pasukan dan tiada pasukan yang lebih bermakna pada kita semua lebih dari Negeri Sembilan.

Sementara itu, Renars Rode juga terpaksa digugurkan kerana masalah kecederaan. Ingat tak dia hanya bermain 7 minit sewaktu kita kalah kepada JDT? Mengikut laporan, beliau terpaksa direhatkan 3 minggu. Kita tidak ada cukup masa dan jumlah perlawanan untuk dilalui tanpa bek tengah yang power. Apa guna jika ada pun tapi tidak boleh dipakai? Jadi Renars Rode juga menerima keputusan pasukan dengan baik. Beliau faham, jumlah perlawanan liga Super tidak banyak dan kita tidak boleh nak sentimental sangat. Kedudukan pasukan dah la paling bawah, kau ajak pulak sentimental. Renars Rode digantikan oleh Alex Moraes, pemain ketinggian 2 meter dari Brazil. Harap pengganti beliau ini lebih baiklah!

Prak Mony Udom, ketika dibawah Jorg dan Azraai Khor juga gagal mempamerkan mutu persembahan yang diharapkan. Azraai juga telah tidak membawa dia lagi dalam 2,3 perlawanan jadi pengguguran beliau adalah dijangka. Size dia juga kecil dan kini diganti dengan Angel Girado, pemain ketinggian 2 meter dari Filiphina. Angel akan membantu Nico Velez yang juga bersaiz kecil.

Negeri Sembilan juga memasukkan David Rowley, pemain kacukan yang mempunyai IC Malaysia. Jadi dia bukan import. Beliau pernah bermain bersama pasukan PDRM dulu. Sama-samalah kita harap suntikan pemain dan jurulatih baru ini dapat membantu pasukan bermain dengan lebih baik. Kita mahukan pasukan yang melawan dan compact. Kita mahu kemenangan untuk kekal diliga Super. Takkan kita tak boleh naik kekedudukan nombor 3 dari bawah? Takkan kita begitu hina? Kesemua tindakan ini adalah satu solusi dalam mencari perubahan positif dan kemenangan. Itu saja, takda kene mengena dengan perkara lain.

Kesemua pemain kelihatan dapat menerima pembaharuan ini. Latihan pertama dibawah Mario Lomes berjalan dengan sangat baik. Beliau sangat vokal seperti Jorg tetapi lebih mesra. Jorg garang nak mampus! Selain fasih berbahasa Inggeris, Mario Lomes juga menggunakan bahasa yang sama dengan kesemua import (cakap Portugis) dan ini memudahkan komunikasi kesemua pemain. Lebih cun, dia boleh cakap Korea sebab bini dia Korean. Makno eh, Kapten Kim masih selamat!

Jang sempat bertanya kepada beberapa pemain seperti Kapten Erix, Fauzi Latiff, Khairul Bentong dan Faizal Sepet, rata-rata menerima perubahan ini dengan positif. Semua ini demi pasukan Negeri Sembilan. Kita beri perluang kepada semua pemain kita mencuba resipi baru dari tukang masak baru. Bagi Jang, bondo ni macam memasak nasi goreng juga. Bahan-bahan eh samo saja tapi nak tau sedap atau tidak, kita kene tengok tukang masak. Sama situasi dengan pasukan, pemain adalah sama tapi bagaimana nak bentuk mereka dan taktikal, itu bergantung kepada jurulatih.

Kita semua dah terima Malaysia yang baru dengan tenang dan baik, apa salah kalau kita terima perubahan baru dalam pasukan dengan positif juga? Jang tau kau semua boleh dan berani. Tahniah anak muda!

Hobin Jang Hobin!