/Relevankah kita memboikot pasukan sendiri?

Relevankah kita memboikot pasukan sendiri?

Harapan palsu! Kalau macam ni main den maleh nak turun stadium lagi! Biasa kita dengar ayat macam ni kan? Di Facebook, di Twitter malah di stadium keramat Paroi sendiri ayat-ayat begini kita biasa hadap. Kenyataan seperti ini jika dibuat ianya dikenali sebagai boikot. Boikot ini bukan sahaja berbentuk kita tak mahu membeli tiket, jersi ataupun benci pada Manchester United. Tidak datang ke stadium juga merupakan satu bentuk boikot.

Ada juga beberapa pemain yang terkesan dengan suara-suara ini dan mula melepaskan kerisauan mereka dia media sosial. Ini tindak balas yang normal kerana menunjukkan risau kita pada pasukan itu real. Ada yang membalas kritikan penyokong itu sebagai tanda mereka tidak setia pada pasukan. Tak apa, yang ni abang Tom akan jawab di bawah. Disebabkan semua ini, sengaja abang Tom nukilkan isu boikot pada kali ini. Ini kerana jika tidak ditangani dengan betul, kemudian melarat, kesannya pasti akan menimpa pada diri kita sendiri.

Keberkesanan Boikot

Jika aktiviti boikot ini salah satu level menunjukkan rasa tidak puas hati, abang Tom meletakkan dia di level yang selamat dan antara yang bagus selepas tantrum kanak-kanak. Ianya tidak ganas dan nampak matang. Bola sepak merupakan sukan yang menggalakkan kekerasan tapi bukan keganasan. Jadi boikot ini juga tergolong dalam konteks yang dibenarkan dalam kitab undang-undang bola sepak beradat.

Jika diukur dari segi keberkesanannya, banyak contoh-contoh boikot yang telah berjaya dalam bola sepak ini. Kebanyakkanya berlaku pada waktu Piala Dunia. Boleh cari sendiri di internet abang Tom tak mahu ulas panjang. Terbaru, Borussia Dortmund juga telah memboikot syarikat penyiaran yang memanipulasikan jadual perlawanan. Kesan terhadap boikot tersebut (kebanyakan dari cara tidak datang ke stadium) memang sangat padu pada pihak yang diboikot.

Bila Masa Perlu Boikot

Simpan amarah sekalian yang setia semua. Tenang wahai anak muda. Boikot ini boleh dilaksanakan jika kena pada tempatnya. Ingatkah kita dahulunya Malaysia pernah viral dengan isu boikot McDonald’s? Kita dipanggil untuk memboikot atas sebab tidak setuju pada dasar negara Israel yang suka membuli Palestin. Ya, itu antara contoh waktu yang sesuai untuk menggunakan boikot. Kesan boikot ini pada perniagaan tersebut bukan sedikit wahai penyokong semua. MacDonald’s terpaksa mengeluarkan kenyataan media yang mereka tidak terlibat dengan Israel lantas menambah besarkan logo Halal di iklan-iklan baharu mereka.

Kita ada target (musuh itu sendiri) dan alternatif lain (yang lebih sihat) untuk menolak MacDonald’s tersebut. Jadi di akhir boikot itu kita akan menang. Musuh terasa sakit dan dengan makanan alternatif lain membantu kita untuk lebih sihat. Tapi jika kita boikot perniagaan sendiri, itu bukan boikot namanya. Tapi (isi tempat kosong). Target pada diri sendiri dan alternatif lain juga tiada. Boleh ke kita target pasukan sendiri dan tukar pasukan alternatif lain selain pasukan Negeri Sembilan?

Pasukan bola juga pernah beberapa kali berkecimpung dalam arena memboikot ni. Contohnya, memboikot keputusan pengadil, memboikot penyokong yang racist, dan sebagainya. Samuel Eto’o pernah memboikot di tengah-tengah perlawanan dengan keluar dari padang sambil menjerit “no mas, no mas” apabila diejek sebagai monyet oleh penyokong Zaragoza. Paolo Di Canio pernah merayu pada Harry Redknapp untuk mengeluarkan beliau sebab tidak setuju dengan keputusan pengadil. Malah, Malaysia juga pernah memboikot menyertai perlawanan bola sepak Olimpik. Ingat cerita Ola Bola? Tak tengok lah tu.

 Bokiot Dalam Konteks Negeri Sembilan

Seperti artikel Jang sebelum ni yang bertajuk “Negeri Sembilan, selagi sangka kala tidak ditiup”. Jelas menunjukkan kita perlu bersatu dan kembali bersemangat untuk pasukan kita. Bukan abang Tom melarang kita meluahkan rasa tidak puas hati pada pengurusan dan pemain, tapi janganlah sampai boikot. Maki di media sosial cukuplah. Pasukan yang kita sayang kita boikot balik apa faedahnya. Seperti contoh MacDonald’s yang abang Tom bagitahu tadi. Simple je contoh tu. Bila kita boikot PBNS kurang mendapat dana dari tiket dan sponsors pun tak berani nak melabur. Tak percaya tengok Perlis.

Bagi menjawab persoalan segelintir pemain yang meragui penyokong-penyokong Negeri Sembilan, abang Tom cakap beginilah. Memang naluri penyokong ni tidak puas hati sentiasa. Kalah 4-1 ke menang 12-0 ke, masih mereka akan bising juga. Namun tidak adil bila cakap mereka ini tidak setia. Merekalah paling setia di alam semesta ini. Tak percaya cuba perform baik-baik tahun ni dan tunggu tahun depan. Bila JDT bagi jersi pada pemain dan penyokong, kita tengok siapa yang buka baju dulu dan sarung jersi JDT tu. Fahamkan? Penyokong sentiasa menyanyi pemain silih berganti.

 

P/S: Kepantangan betul abang Tom menulis ni bila kopi takda. Kena ganti dengan air sirap pulak tu.