/Rumput oh rumput..

Rumput oh rumput..

Kalau kita kaji lagu Bangau oh Bangau, kita takkan jumpa di mana salahnya masalah keadaan padang stadium Merdeka dan juga stadium lain serta susunan jadual perlawanan. Nak salahkan El Hadji Diouf, dia kata dia dah biasa main di padang yang berkualiti tinggi. Nak salah KLFA, dia kata pengurusan stadium bukan di bawah mereka, nak salahkan FAM dia kata.. “memang makanan aku..memang makanan aku”

Takkan ada yang bersalah pun, walau di bawah hidung mereka sendiri.

Biarlah Jang bersusah payah memikirkan jalan penyelesaian masalah bolasepak kita ini. Sebenarnya semua masalah di Malaysia ini tidak ada yang peliknya. Semua orang pernah lalui jalan yang di turap menggunakan kaki, berlubang sana-sini, tak rata dan sebagainya. Salahkan PBT dia kata hal jalanraya di bawah JKR, salahkan JKR dia kata jalan tu di turap semula oleh kontraktor yang menanam paip di bawah JBA. Tanya JBA dia kata ada kerja menanam talian telefon bawah TM akan di lakukan selepas ini, Tanya TM, dia kata bukan salah dia, tapi JKR, tanya JKR semula, dia kata kuari yang goreng batu tar tak panas, tanya kuari dia kata site jauh, tu sebab batu goreng jadi sejuk, tanya lori kata JPJ kacau, sudahnya ada pengguna jalan raya yang turap sendiri guna konkrit. Itupun PBT marah pulak.

Samalah dengan rumput ni, tak payah salahkan sesiapa. Takda siapa pun nak mengaku bertanggungjawab. Jang baru tanya tukang kebun sekolah yang jaga rumput padang sekolah Labu yang menghijau dan menggiurkan selera lembu di luar pagar. Katanya rumput ni perlu di baja, samada guna baja kimia atau organik atau tahi kambing selang 2 ke 3 minggu sekali. Kemudian di siram di awal pagi setiap hari. Jika cuaca panas seperti sekarang, siram juga di lewat petang lagi sekali. Insyallah, rumput cowgrass atau  nama saintifiknya Axonopus compressus akan menghijau.

Pehh! siap bagi nama saintifik. Inilah tukang kebun berilmiah.

Rupanya tak susah jaga padang rumput! Perlu baja dan siram aje. Budak Piala Presiden pun boleh buat kerja ni. Jadi kepada penyokong bolasepak dan pemain, siram dan bajailah sendiri padang anda. Kalau nak harap persatuan atau stadium,mereka nak lantik kontraktor baru untuk kerja menanam semula padang dan kosnya mencecah 1.5 juta. Ala, macam padang SNBJ la, belanja juta-juta, Kucing Safik Rahim cakar sikit dah tercabut semua.

….memang makanan aku..memang makanan aku..

mexico2b

Rumput miang Mexico ni kalau di kaji genetiknya dan di ubahsuai, boleh ganti rumput SNBJ

– Tukang Kebun berilmiah sekolah Labu

TAGS:
Kongsi artikel ini: