April 25, 2024

Safawi Rasyid | Perlu musuh untuk kekal relevan

4 min read

Jang jarang fokus kepada seseorang pemain, lagi-lagi mahu mengakui kehebatannya. Selagi Jang belum benar-benar puashati atau merasai sendiri aura kehebatannya. Bukan salah mereka, cuma taste Jang tinggi dan oldskool (tak beli online, hanya beli dikedai). Selalu juga Jang baca komen-komen dan ciapan di laman sosial tentang kehebatan beberapa pemain seperti Luqman Hakim (U18), Akhyar Rasyid dan Shahrel Fikri yang mendapat pujian. Selalunya Jang buat dunno dan abaikan sahaja. Masih terlalu awal untuk diberi perhatian.

Ramai juga pemain yang dipuji sedap tapi hanya semusim. Selepas itu jadi tawar dan kelat mengumpul minit permainan yang tak kunjung tiba. Ini senario yang tidak seronok dalam bola sepak kita. Kenapa ada beberapa pemain yang kelihatan menjanjikan sinar kebahagiaan ditengah padang akhirnya menjadi mediocre? Kelipan bintang yang cepat malap sebelum sempat menyinar. Cuba namakan beberapa pemain yang menjadi biasa sebelum sempat merasai nikmat superstar. Dengan mudah kita akan dapat petik 5 nama. Fikir lama sikit, dapat petik lagi 10. Maknanya apa?

Maknanya mereka majoriti dan majoriti pemain kita adalah mediocre, average, tidak konsisten dan bersifat semusim. Urmmm..agak keras tapi rileks, baca sampa habis.

Jang perhatikan Safawi Rashid agak berbeza. Selepas tiga tahun bersama JDT, Safawi kelihatan konsisten dan menjanjikan sinar cemerlang. Mesti ada sesuatu yang Safawi buat atau lakukan untuk kekal pada prestasi tinggi selama ini. Kedatangan pemain import atau pembelian baru JDT langsung tidak menggugat nama beliau untuk diletakkan sebagai pilihan utama. Apa agaknya rahsia Safawi?

Safawi Rashid sama seperti pemain lain, mula bermain bola pada usia muda. Mungkin mula bermain pada usia 8 tahun atau 10 tahun dan kemudian pada usia 15 tahun menyertai akademi T-Team Dungun dibawah kendalian jurulatih Jibang Marzuki. Sama seperti pemain lain, takda beza, kena berlatih walau malas, kena bermain setiap minggu walau penat hingga akhirnya, kerana bakat luarbiasa yang tidak tertahan lagi, dipanggil menyertai latihan pusat T-Team dibawah kendalian Rahmad Darmawan. Pada waktu itu Safawi kena bermain untuk dua pasukan serentak, T-Team dan Sekolah Sukan Bukit Nenas.

Hmmm.. ya, takda beza dengan sejarah pemain lain. Takda apa-apa kelebihan, takda short cut, takda guna Pawang dan takda fasiliti membanggakan. Safawi Rashid terus disambar JDT pada tahun 2017 dan bak kata pepatah Inggeris, the rest is Liverpool (history). Safawi terus cemerlang bersama JDT dan Harimau Malaya. Tendangan kaki kirinya cukup menakutkan penjaga gol lawan. Untuk rekod (wiki) Safawi telah menjaringkan 43 gol sepanjang 5 tahun bermain bersama T-Team, JDT dan Malaysia.

Siapa musuh Safawi?

Korangs agak, siapa musuh Safawi? Siapa mampu cabar rekod Safawi? Siapa mahu tandingi statistik masa permainan, jumlah jaringan, jumlah assist, shot on goal, work rate dan segala macam bentuk statistik yang boleh dibandingkan. Cuba kau petik satu (1) nama yang boleh beri persaingan (yang SEHAT!) kepada Safawi selama 3 tahun ini, jika ada?

Takda? Itulah masalahnya.

Safawi perlu persaingan yang sama seperti persaingan diantara CRonaldo dan Messi di La Liga. Jika hari Sabtu, Messi jaring 2 gol, hari Ahad, CRonaldo pasti akan cuba dapatkan 3. Persaingan sehat ini nampak macam permusuhan tetapi tidak. Kita perlu cipta satu persaingan untuk Safawi agar dia terus bermotivasi untuk jadi nombor 1. Jang khuatir, jika tidak ada pemain yang mampu menggugat Safawi, beliau akan rasa selesa dan akhirnya beliau kalah kepada diri sendiri jadi selesa duduk bench dengan gaji sedap adalah musuh dan persaingan untuk Safawi pada ketika ini.

Hazwan Bakri kena keluar dari zon bangku simpanan. Pasukan dan fasiliti dah sama tapi kenapa Hazwan (bagi Jang sangat berpotensi sebelum ini) tetapi kelihatan jauh tertinggal? Shahrel Fikry juga perlu tambah masa latihan, jika perlu upah jurulatih peribadi, kena buat. Buktikan pada diri sendiri yang kamu hebat. Hadin Azman juga jangan selesa dan jadikan Safawi sebagai ‘musuh’ yang harus ditewaskan. Baru bola sepak kita jadi sehat dan TCH pening nak buat pilihan.

Attitude

Bukan hanya pada Safawi, tapi kedudukan pemain tengah, tepi dan penjaga gawang juga perlu persaingan. Bek kanan jadi rebutan Mathew Davies dan Syahmi Safari, midfields ada Brendan Gan untuk dijadikan lawan. Mujur Kapten Chopot dah bersara, kalau tidak mesti sedap tengok gandingan Chopot dan Brendan mengemudi bahagian tengah. Persaingan ini perlu untuk jadikan bola sepak meriah. Persaingan akan menjadi motivasi untuk menjadi lebih baik.

Sebab Jang pun takda data statistik bagaimana Safawi menjalani latihan dan kenapa dia sentiasa pada prestasi tinggi, jadi Jang terpaksa assume semua ini kerana attitude Safawi sendiri yang mahu jadi terbaik. Fasiliti terbaru, gaji tinggi, kereta sukan dan makwe sedap tidak pernah menjadi punca kepada naik turun prestasi selagi attitude untuk jadi pemain terhebat dijadikan pendinding kekuatan jiwa. Jangan mimpi nak bermain di Jepun jika work rate Safawi pun tak dapat nak lawan.

Semoga Safawi dan pemain lain terus bermotivasi tinggi menjadi pemain yang hebat seterusnya memberi kejayaan kepada pasukan dan Malaysia. Jangan sekali-kali rasa rendah diri dan putus asa lalu membiarkan jurulatih terus meminggirkan kita. Semua pemain bermula pada waktu yang sama (kanak-kanak) dan lakukan perkara yang sama (berlatih setiap hari), jadi tidak ada alasan untuk rasa junior atau senior. Kalau pagi kau motong getah atau jadi nelayan, petang baru main bola, baru Jang akan keluarkan nama kau dari senarai pemain yang dibenarkan untuk tidak bersaing.

Jang,
Tidak pernah bersaing, sentiasa dihadapan.

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.