/Sain sini..sini..dan sini. ok good!

Sain sini..sini..dan sini. ok good!

Artikel kali ini adalah sumbangan Saudara Nizam Archibald dari Teres Harimau Malaya, Kota Damansara. Kongsi pandangan anda dengan menghantar artikel ke ultrajangmag@gmail.com 

 

Kisah perpindahan pemain di Malaysia tak pernah tak kelakar.  Kalau luar negara, untuk beli pemain kena lalu kelab dulu, di Malaysia lain sikit. Kalau ada mana mana kelab yang berminat dengan player mana mana, dia boleh terus direct ke pemain tu tanpa perlu melalui kelab yang menjadi majikan kepada pemain tu. Contoh sebelum ni adalah Mat Yo, Amirul Hadi Zainal dan yang terkini Gary Steven Robbat.

Kes Gary ni lain sikit. Dia bekas pemain Harimau Muda dan dikatakan dah sign dengan Pahang. Namun, time Malaysia dan dia tengah busy main di Piala AFF, JDT dan Kedah announce yang Gary akan bermain dengan mereka. Kelakar sebab sebelum ni dah tersebar berita dan gambar Gary sign kontrak dengan Pahang. Tiba tiba nak main dengan JDT pulak.Habis je Piala AFF, Gary dilihat berlatih dengan pasukan JDT dan ikut pergi friendly. Pahang terkebil kebil tengok Gary main dengan JDT.

Inilah dia masalah pemain, kelab dan liga kita. Nak capai taraf professional tapi semua minda amatur. Sign kontrak ikut suka hati, lepas tu buat u-turn atau tiba tiba pindah kelab lain. Kelab pulak, tak reti nak jumpa majikan pemain tersebut. Ingat beli ikan kat pasar gamaknya. Nak beli ikan pun kena deal dengan tokey ikan dulu lah. Yang FAM pun satu hal, bab transfer ni tak ketat langsung. Takkan tak ada peraturan dan undang undang untuk sign pemain?

Selagi benda ni tak berubah, sampai ke sudah bola sepak kita takkan ke mana mana. Urusan kontrak, jual beli pemain ni yang menunjukkan tahap keprofesionalan kita. Pemain ingat kontrak ni isu remeh, tak baca kontrak terus sign. Itu yang ramai kena tipu bab gaji dan bonus. Nasib baik sekarang ada PFAM. Harap PFAM bolehlah ajar pemain, pasukan dan FAM pasal benda penting ni. Jangan jadikan Liga Malaysia jenaka kepada kami penyokong.

B3ImDMNCUAAz38o

 

“Awak orang mana?”

*Tenung reporter

“Ok..ok..orang JDT!”