Sang Rusa Menang Walaupun Tempang

Langit gelap pada malam semalam. Keadaan suram dan sunyi itu seperti mengambarkan keadaan negara yang masih berperang menentang virus Covid 19. Namun tidaklah ianya mematahkan semangat-semagat peminat bola sepak baik kecil mahupun besar di Malaysia ini. Ultras Negeri Sembilan masih menyanyi di luar stadium menyatakan dengan jelas semangat mereka tidak berbelah bahagi pada pasukan Negeri Sembilan.

Skuad Rusa terpaksa bermain dengan beberapa permain yang cedera. Mengikut info yang dimaklumkan oleh Sazali Saidon. Ada beberapa pemain utama Skuad Jang telah mengalami kecederaan seperti Zamani Misbah, Izaaq Izhan dan Shahrom Kalam pada malam itu. Malah Selvan Anbualagan perlu menyarung jersi permain utama untuk beraksi dibahagian hadapan. Selain daripada larian deras daripada Almir Neto, Negeri Sembilan juga mempunyai satu lagi peluru berbisa iaitu Selvan Anbualaga. Abang Tom gemar menggelarkan dirinya sebagai honey badger. Garang, berdesup, tidak mudah mengalah dan rajin. Mungkin kehadiran beliau menjadi faktor Almir Neto sedikit bebas pada waktu itu.

Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan nampak seperti bermain dengan cara bola sepak moden yang sebenar. Setiap bola dihantar kemas dan pressing daripada Selangor ii nampak tidak berkesan. Walau bagaimanapun Selangor yang dahulu berjaya menjaringkan gol pembukaan oleh Quentin Cheng Jiun Ho pada minit ke 29. Negeri Sembilan dengan cepat membalas sebaik sahaja permainan dimulakan semula dengan gerakkan solo daripada Almir Neto untuk menyamakan kedudukan 1-1 dengan jarak hanya beberapa saat selepas gol Selangor ii. Jelas Negeri Sembilan bermain pada malam itu untuk menang. Kedudukan separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Separuh masa kedua pula mempunyai cerita yang berbeza. Negeri Sembilan yang pada mulanya garang nampak seperti kembali menjadi pasukan di Penang pada perlawanan sebelum ini. Selangor ii mula menyerang dari kiri dan kanan sayap Negeri Sembilan. Tetapi dengan peluang-peluang disajikan, Selangor ii kelihatan layu di hadapan gol. Tiada penyudah yang akhirnya menggigit mereka sendiri. Pada minit ke 86, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti apabila serangan balas Negeri Sembilan hanya mampu dimatikan dengan menggunakan tangan. Almir Neto menyudahkan dengan mudah pada minit ke 87. Negeri Sembilan bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan dan keputusan berkesudahan 2 berbalas 1.

Terdapat beberapa sorotan yang boleh dinyatakan di sini. Pada pemehatian kami mutu pengadilan sekali lagi boleh dipertikaikan oleh penyokong dan pengurus pasukan. Walaupun kelebihan itu banyak bersandar kepada Negeri Sembilan namun tidak adil untuk kami tidak menyatakannya. Ini juga telah dikeluhkan oleh jurulatih Selangor ii Michael Feichtenbeiner tanpa ragu-ragu. Seperkara lagi kami lihat pemain-pemain muda Negeri Sembilan nampak yakin apabila diberi peluang untuk bermain bersama-sama dengan skuad senior. Ini hanyalah pandangan amatur sahaja tetapi kenyataan ini diselit dengan bukti-bukti fakta seperti menang bola, jumlah block dan passing rate.

Negeri Sembilan masih dalam proses membina kepercayaan. Kemenangan semalam serba sedikit menaikkan moral pasukan Negeri Sembilan. Abang Tom masih merasakan roda nasib Negeri Sembilan kembali berada di atas masih jauh. konsistensi adalah petanda keyakinan itu sudah datang. Usaha ini perlu diambil dari pihak pemain, pegawai, penyokong dan media Negeri Sembilan. Semua anggota badan dalam pasukan Negeri Sembilan perlu terlibat. Kemudiannya barulah nasib akan menyebelahi kita nanti. Ingat! Luck favours the brave.

P/S: Abang Tom suka apabila Michael Feichtenbeiner bukan sahaja komen tentang Selangor ii tetapi juga komen tentang pasukan muda Malaysia as a whole.

– Tom Bombadil, Kubu Kuat Negeri Sembilan Stadium Paroi-

Tom Bombadil

The coolest kid on the block

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.