April 20, 2024

#SayNoToCircusTeam – Raheem Sterling

2 min read

Ultrajang jarang mengangkat nama pemain luar didalam blog ini kecuali jika Ultrajang fikir mereka benar-benar ada menyumbang sesuatu kepada bolasepak negara, samada secara langsung atau tidak.

Perlu diingat! Ultrajang ada bercerita tentang Eric Cantona dan artikel pertama blog Ultrajang sendiri adalah mengenai kehebatan Carlos Tevez dan Juventus. Baca disini https://www.ultrajang.com/dari-sudut-sukar/

Kali ini Ultrajang akan mengangkat Raheem Sterling sebagai wira dunia bolasepak sebenar. Keenganan beliau untuk menyambung kontrak bersama Liverpool pada musim depan adalah sesuatu yang patut pemain kita ambil sebagai satu contoh. Kontrak bukan sesuatu yang boleh dibuat sebagai umpan atau wang gaji beratus ribu seminggu juga bukan penentu pasukan mana yang layak diwakili. Ianya hanyalah sekeping kertas tetapi bukan tanda harga diri. Ada pemain kita tu sampai 3 negeri dia sain kontrak! Amboi! Terer sangat kee?

Raheem Sterling menolak untuk terus bersama Liverpool walau ditawar gaji sebanyak 900,000 pound seminggu! wow! Baca disini; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3090694/Raheem-Sterling-not-sign-new-deal-Liverpool-offer-900-000-week-claims-star-s-agent-expects-midfielder-leave-Man-City-Chelsea.html

Beliau seorang pemain yang baik dan telah pun membuktikannya. Beliau tidak perlu risau, usianya masih muda dan hampir semua pasukan di EPL berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Tetapi apa sebenarnya yang menyebabkan Raheem Sterling begitu selamba blah dari sebuah pasukan midtable yang bertaraf sarkis? Adakah kerana di’boo’ semasa beliau menerima anugerah pemain terbaik Liverpool? Adakah kerana mulut ‘pandai bercakap-main serupa taik’ Jamie Carragher? Adakah kerana si bijaksana Brendan Rodgers?

Ultrajang, sebagai Polis Bolasepak Dunia telah pun menyiasat perkara ini dan berjaya mendapatkan satu video yang telah dirakam secara rahsia dimana Raheem mendedahkan niat sebenar beliau tidak mahu menyambung kontrak bersama Liverpool. Didalam video itu, Raheem berkata beliau tidak mahu menjadi sebahagian dari anggota sarkis yang membuat pertunjukan keserata dunia seperti perlawanan menentang Harimau Malaya di Kuala Lumpur. Ianya adalah satu penghinaan kepada dirinya sebagai seorang pemain professional. Beliau juga kesal kerana kehadiran pasukannya ke Kuala Lumpur mengakibatkan liga tempatan terpaksa berehat selama 2 bulan dan persiapan pasukan yang layak ke AFF terganggu. Tetapi punca utama  adalah; Raheem juga mengecam harga tiket yang terlalu mahal seolah-olah mahu digunakan untuk membayar gajinya.

Begitulah hebatnya pemain bernama Raheem Sterling ini. Jang akan upload video itu disini sebelum ianya menjadi viral. Hmm.. nanti juruteknik Ultrajang akan uploadkan.

Lihat dipenghujung video itu nanti, Raheem berkata yang dia tidak mahu menjadi pemain yang loyal kepada satu pasukan sahaja sampai tua dan tak berguna tetapi satu piala liga inggeris pun tak merasa. Jeng! jeng! jeng!

Tunggu ok!

0Shares

4 thoughts on “#SayNoToCircusTeam – Raheem Sterling

  1. cilako ko raheem..itu jo punco ko tak nak sain kontrak? ko tak nak jadi lejen cam si Gerrard ko, lejen yang tak pernah menang EPL? traitor!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.