April 25, 2024

SC BARAI: SEBUAH MIMPI YANG INGIN MENJADI REALITI

4 min read

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia Alep ucapkan pada seluruh rakyat jelata internet yang sedang membaca nukilan ini. Sebelum Alep mengupas tentang tajuk kita hari ini, suka untuk Alep ingatkan korang semua tentang Tifo Arena, ingat lagi tak Tifo Arena? Ingat? Bagus. Tak ingat? Tak tau? Tak apa lah, dunia kan dihujung jari. Alep sarankan korang pergi jelah cari kat Youtube. Untuk mereka yang tahu, Tifo Arena kini dalam fasa “indefinite hiatus” maksudnya diorang tengah berehat untuk suatu tempoh yang tidak dinyatakan. Tapi kau orang tahu ke bahawa serpihan Tifo Arena kini mengusahakan sebuah projek perintis yang sangat power?

Meet, SC Barai. Sebuah komuniti bola sepak yang terlahir pada tahun 2019. Asalnya SC Barai ini wujud kerana majoriti pemain daripada program “Bola Minggu Ini” (antara program terakhir Tifo Arena) masih tak puas main bola sepak dan kalau boleh, tiap tiap minggu nak meet up, main bola dan bersuka ria bagai tiada hari esok. Jadi daripada perjumpaan yang tidak formal dan santai ini lama lama menjadi sesuatu yang serius kerana kumpulan individu ini mempunyai matlamat serta impian yang lebih tinggi serta didorong passion yang sama, bola sepak.

Untuk sebuah kumpulan kecil yang hanya mengumpulkan pemain bola sepak amatur, SC Barai bukan saja platform untuk kamu semua bersuka ria dan bermandi peluh. Seperti komuniti bola sepak yang lain, SC Barai mendidik dan mengajar ahli kelabnya supaya lebih bertanggungjawab dalam menunaikan janji serta amanah. Iya lah, buatnya kalau member cancel last minute main bola padang, tak ke teruk kena lipat member lain nak bayar sewa padang? Di SC Barai, kami mengenakan denda untuk pemain yang datang lewat dan amaran serta hukuman kepada “pelipat” ini.

“Kenapa SC Barai serius sangat ni? Main bola je pon?”

Ini lah masalah orang kita, mengaku diri bangsa bola tapi hakikatnya tak cakna dengan budaya bola sepak. Berapa ramai dari kalangan kita yang sanggup beli pas bermusim? Beli official merchandise? Sanggup hadir ke stadium dan sanggup beraway days dan sebagainya? Dan berapa ramai pula yang tahu tentang kerja behind the scenes dan kerja pengurusan untuk sesebuah kelab? Perkara-perkara seperti inilah yang cuba diperkenalkan dan diterapkan oleh SC Barai kepada ahli ahlinya. Tahukah anda bahawa SC Barai diterajui oleh suatu organisasi terpimpin? Bukan setakat itu ja, malahan kami juga ada editor grafik kami sendiri! Bukan besher besher! Design mereka bak kata Thierry Henry “Oooh La La”. Sekarang bandingkan pula dengan kelab Liga Super? Kadang kadang ada yang poster match day nya “hmmm” dan update di media sosial pula ala kadar sahaja. Kalau lah SC Barai, sebuah kelab dan komuniti bola sepak amatur boleh buat benda benda macam ni lebih baik dari pasukan pro, maknanya apa? Maknanya kita pun boleh wujudkan sesuatu kalau kita betul betul inginkannya!

“Wow! Macam pro je?”

Tak adalah pro mana but everyone have to start somewhere kan? Lagipun kita semua ni rakyat marhaen saja. There are bound to be limitations to what we can do. Kita buat mana yang mampu dulu.

“ Jadi macam mana rasanya main bola sepak bersama SC Barai?”

Orgasma, mungkin itulah perkataan yang paling tepat sekali untuk menggambarkan perasaan sebenar apabila anda bermain bersama SC Barai. Main dengan SC Barai ni mudah ja, kita main santai santai, have fun dan gelak ketawa. Bimbang ditackle seperti Aaron Ramsey? Jangan bimbang kami mengamalkan peraturan 50-50, dimana kalau anda tak dapat bola bila one on one, biar saja lah, lagipun kami di Barai kebanyakannya telah mengalami kecederaan yang serius (Read: ACL), jadi masing masing sudah arif untuk kemaslahatan masa hadapan (lutut nak pakai lama tu :’) ). Dari segi permainan, jika anda ke SC Barai hanya untuk mempamerkan skill ala ala Lionel Messi, maka inilah platform terbaik untuk anda. Di SC Barai, kami menggalakkan anda untuk mempamerkan mutu dan kualiti permainan bola sepak yang indah nian. Jadi jangan segan untuk mengeluarkan skill gocekan bola seperti Egy Maulana atau dribbling solo ala ala Akhyar Rasyid, tetapi biarlah pada waktu yang bersesuaian (Hello, decision making?) Anda punya long ball seperti Paul Scholes? Sure, why not? If it helps the team to play better, more beautiful then we see no harm to it. Stoke City pun main long ball, tapi cantik dan kemas je depa kawal., Tiki-Taka seperti Barca? Gegenpressing? Semuanya kami alu-alukan. Semua pemain digalakkan untuk menyentuh bola, dribble dan pass dengan gaya yang tersendiri (walaupun mungkin gaya anda Barai). Kerana di SC Barai, kami tidak mencari gol, kami mencari ole. Dan untuk setiap satu ole, kami raikan seperti seluruh pasukan telah menjaringkan gol.

Tapi bukan itu je manfaat yang korang dapat kalau join SC Barai, tahukah semua bahawa untuk setiap kali sesi permainan bersama SC Barai sudah habis berlangsung,kalian akan dikenakan caj kurang daripada RM 10? Tak kisah lah sama ada ianya futsal, bola padang atau badminton, cajnya tetap tidak akan melebihi RM 10?

“Waduh biar benar pak?”

“Iya benar Ferguso”

Kami sedar akan kepentingan dan keseronokan bolasepak kepada rakyat marhaen seperti kita semua. Kadang kadang murung juga bila terpaksa keluarkan duit yang agak banyak selepas sesi bola sepak/ futsal (kerana 1) Kena lipat dengan member 2) Caj sewa venue untuk setiap sesi seperti Firaun). Oleh itu, kami sedang berusaha untuk menjadikan ciri ini sebagai satu “reoccurring theme” atau “niche’” kami lah to be exact. Kami tidak memaksa atau meletakkan apa apa syarat kepada ahli kami, namun kami menggalakkan mereka untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada komuniti, baik dari segi bola sepak ataupun kehidupan masyarakat sejagat melalui kebolehan, kemampuan dan kepakaran masing masing. Melalui cara inilah kita mampu melahirkan komuniti bola sepak yang sihat, bertamadun and eventually leads to our own (properly defined eh?) Bangsa Bola Sepak. Because at the end of the day, football without fans is nothing. Kita lah nadi sebenar disebalik kemeriahan scene bola sepak negara, baik dari skala marhaen mahupun professional

PS: Dengar cerita SC Barai ada surprise besar 1 Januari nanti, nak tahu? Apa kata kalau korang jenguk laman media sosial kitorang? Hint ada dalam salah satu gambar di atas.

IG: @baraiofficial
Twitter: @SCBarai

By: Alif Azizan

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.