/Selamat Datang Liga Perdana Inggeris 2018

Selamat Datang Liga Perdana Inggeris 2018

Selamat datang Liga Perdana Inggeris 2018. Tidak manis jika Ultrajang hanya berbual tentang Negeri Sembilan dan Malaysia tanpa mengambil peduli liga-liga lain seperti Liga Perdana Inggeris ini. Tahun ini Liga Perdana Inggeris dijangka lebih sengit daripada tahun-tahun sebelum ini. Mana tak nya, pasukan midtable seperti Stoke, Newcastle dan Manchester United pun banyak membawa masuk pemain-pemain bertaraf dunia. Pening kepala kami di Ultrajang untuk memikirkan siapa yang akan menjadi bakal juara. Hmmmm. Siapa pasukan yang bakal juara pada pendapat pembaca semua?

Malam ini juga merupakan perlawanan pembukaan Charity Shield antara juara EPL yang lepas Manchester City menentang juara  FA Cup yang lepas Chelsea. Terus terang abang Tom katakan peluang kemenangan lebih berpihak kepada Manchester City kerana pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri, nampak tidak berbakat. Kebanyakan pasukan juara di EPL ataupun liga-liga lain, selalunya pengurus mereka adalah dikalangan pengurus atau pemain yang penah berjaya. Jarang sekali mereka amik pengurus yang tidak menyerlah pada on paper untuk membimbing pasukan yang dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia. Di tambahkan pula dengar rumors yang pemain-pemain utama mereka seperti Eden Hazard dan Willian ingin mengangkat kaki, ini menambah luka kepada penyokong-penyokong Chelsea. Tapi mana tahukan dahulunya Chelsea menang Liga Juara-Juara pun dengan Roberto Di Matteo sebagai pengurus. Itulah bola sepak. Penuh dengan kejutan.

Selamat datang juga abang Tom ucapkan kepada pasukan baru yang masuk seperti Fulham dan Cardif City. Teringat abang Tom ketika Negeri Sembilan berjaya masuk ke Liga Super tahun lepas. Excited dan penuh makna pada mulanya dan berakhir dengan pembaca sambunglah sendiri. Tapi itu cerita lepas, pedulikan dan fokus kepada Challenge Cup pada Selasa ini. Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus juga mampu mengurangkan peminat La Liga dan mungkin mereka akan berbalik semula kepada Liga Perdana Inggeris. Tipulah jika di Malaysia ini abang Tom cakap majoriti peminat bola sepak adalah dari liga Itali. Jika di Indonesia betulah. Ini dapat dibuktikan dengan fanbase yang telah wujud. Di sini, Newcastle United pun ada fanbase mereka sendiri.

Prediction abang Tom? Mestilah Liverpool juara. Tiap-tiap tahun abang Tom predict Liverpool juara. Cuma nasib masih belum menyebelahi mereka. Walaubagaimanapun dengan keagungan Liverpool, abang Tom masih rasakan Manchester City adalah pasukan juara yang sebenar. Sebabnya kerana mereka ada Pep Guardiola. Simple! Tapi jangan kita ketepikan pengurus Arsenal yang baharu Unai Emery yang terkenal sebagai UEFA Europa League specialist dan juga pengurus pujian Sir Alex Ferguson, Mauricio Pochettino daripada Spurs. Mereka juga mampu membawa pasukan-pasukan big teams ini mengangkat piala agung ini pada tahun hadapan.

 

P/S: This year is still our year