/Semusim di Neraka Liga Super

Semusim di Neraka Liga Super

Negeri Sembilan sah diterajang kembali ke liga Perdana. Setelah semusim berkelana bersorangan di liga Super, mencari kesesuaian diri, akhirnya kita akur, tempat kita bukan di liga elit. Kita hanyalah gadis kampung yang tersesat kedalam kota kosmopolitan, tercari-cari dan teragak-agak untuk bergaul dengan warga elit yang tidak punya masa dan kasihan kepada kita. Sesuai dengan imej gadis kampung, kita dikekah secara bergilir-gilir dengan penuh rakus dan mereka ketawa puas melihat kita terkulai.

Begitulah dramatiknya nasib pasukan kampung. Tetapi bukan kita tidak ditolong untuk menjadikan kita hebat dan seangkatan dengan pasukan elit, malah, kita naik pun dipimpin tangan oleh FMLLP (Malaysian Football) cuma kita memang tekak dan selera kampung. Tiga orang jurulatih berlainan bangsa, agama, kepercayaan, negara, taktikal dan ideologi dibawa masuk. Dari Jerman, Kedah dan Portugal, kesemua mereka gagal ‘memodenkan’ mentaliti pemain yang tegas dan bertekad mahu mengekalkan imej pasukan. Kita adalah bangsa yang balik kampung setiap minggu. Itu sebab jalan ke Kuala Pilah manjang jemmmmm yo!

Terimalah hakikat yang kita tidak sesuai tinggal di Kelumpo. Kota itu terlalu asing buat kita. (bila nak habis melodrama ni? yelah..yelah Jang poie ke point utama)

Malas Jang nak cari kesalahan atau menyalahkan sesiapa kerana Jang yakin, setiap penyokong ada menyalahkan berbagai pihak. Ada yang salahkan pengurusan ada yang salahkan pemain, ada yang salahkan coach, ada yang salahkan pengurus dan macam-macam la. Kita pukul rata semua salah, kan senang. Bola sepak ini kita takkan dapat lakukan dengan seorang diri. Tak perlu kita target sesiapa. Bak kata Ozil, sewaktu menang Piala Dunia, orang Jerman anggap dia bangsa Jerman, bila kalah dan tersingkir awal, dia dihina seperti pendatang haram! (walau Ozil dan bapanya dilahirkan di Jerman tetapi dia adalah keturunan Turki)

Jadi kita pukul rata, pasukan kita tidak sesuai bermain di liga Super. Kita adalah material liga perdana yang bermain di petang Jumaat menentang pasukan Universiti dan Majlis Perbandaran. Kita adalah pasukan yang mentaliti bermain tenang tanpa tergesa-gesa kecuali 4 minit terakhir baru nak tunjuk ‘urgency’ tu datang. Kita adalah pasukan yang “mampuslah kau penyokong, siapa suruh kau datang!”. Kita adalah pasukan yang ditentukan oleh agen, siapa yang kita nak beli dan siapa yang kita nak jual. Kita adalah pasukan yang ditinggalkan tidak bertuan presiden.

Kita adalah Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan adalah kita. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan lagi dengan pasukan kita kecuali gaji ‘on time’. Ferris Denial nampak sedap bermain walhal dia main biasa saja. Maknanya apa? Ya, maknanya punya la teruk pemain lain sampaikan Ferris Denial nampak sedap! Bukan teruk la tapi ‘ordinary’. ‘mediocre’ ‘liga taman’ ‘average’ ‘nerd’ dan sewaktu dengannya. (ini komen seorang pengikut Jang di twitter)

Janganlah kita nak malu pula apabila pasukan tersingkir ke liga Perdana. Paling penting, jangan sekali-kali kita berharap ada perubahan lagi dalam liga Super sehingga mengakibatkan pasukan kita dapat bermain diliga elit. Perbuatan menagih simpati dan ehsan penganjur liga mesti kita buang dari dalam diri kita. Cukup semusim kita di neraka liga Super. Cukup semusim kita dikekah dan dimalukan. Takkan tak cukup lagi kot? Ke kau memang gatal dan suka kalah?

Jadi apa tindakan seterusnya?

Kita teruskan hidup. Kita lihat jadul seterusnya, lawan Melaka di Paroi Sabtu ini dan kemudian kita tengok samada kita bermain di Piala Malaysia atau Piala Cabaran (euwww!) Mana-mana Piala adalah sama, takda beza, selagi kita masih mahu mengekalkan mentaliti yang serupa. Selagi kita kekalkan Angel Guirado dan Aiman sebagai penyerang, maka semua perlawanan adalah sama. Sorry Aiman, i just cannot take it anymore! You maybe good but not good enough.

To Guirado, you are no Angel, you fall like a devil and you just useless.

Useless motherfucker. Simple!

Kongsi artikel ini: