/Seri dipentas Eropah hasil gol sah.

Seri dipentas Eropah hasil gol sah.

Manchester United seri 1-1 dengan CSKA Moscow dalam perlawanan di pentas eropah yang elit malam tadi. Keputusan seri ini meletakkan United kekal ditangga kedua kumpulan B selepas Wolfsburg menewaskan PSV Eindhoven. Gol jaringan Martial memastikan United pulang dengan 1 mata berharga.

Oklah tu seri daripada menang hasil gol yang tidak sah seperti guna tangan atau bola belum melintas garisan gol seperti kemenangan Arsenal keatas Bayern Munich malam lepas. Tak manis menang dipadang sendiri guna tangan, terutama dipentas eropah, lepas tu celebrate siap sliding bagai. Tetapi sekurang-kurangnya Giroud mengaku;

Olivier Giroud appeared to admit he handled the ball as he scored Arsenal’s opening goal in their 2-0 win over Bayern Munich, but put it down to a “helping hand from destiny”. – The independent.uk

Arsenal-vs-Bayern-Munich-Champions-League-group-stage

Selepas kemenangan dengan gol tangan, Arsenal kekal ditangga ke 4 (empat la..apa lagi kedudukan kegemaran mereka) kumpulan dengan Bayern masih ditangga pertama.

Sebenarnya, United seri kerana strategi yang telah dirancang. Mereka mahu tumpukan pada perlawanan penting menentang Manchester City Ahad ini. Justeru mereka bermain ala kadar saja. Cuaca pula terlalu sejuk di Moscow. Main ala kadar pun United menguasai 72% permainan.

Kemenangan keatas Manchester City penting untuk mengejar kedudukan no 1 liga. Kalau pasukan kau duduk no 10 liga dan tidak bermain dipentas eropah yang elit, mana tau strategi macam ni. United akan bertemu semula CSKA Moscow di Old Trafford selepas itu dan pada masa itulah United akan membelasah mereka dengan jaringan-jaringan gol yang sah. Nampak tak?

Semua ini bukan benda baru pada United. Mereka dah menang 3 kali Champions League dan 20 kali piala liga.

Tapi ada satu benda yang Jang tak puashati sangat dengan Manchester United di Moscow semalam. Bukan pertahanan, bukan Rooney atau Herrera. Tapi bergambar ramai-ramai ditangga kapal terbang. United jika mahu menang dan jadi juara, jangan ambil gambar ditangga kapal terbang. Mengikut sejarah, pasukan yang mengambil gambar di tangga kapal terbang akhirnya akan seri.

CRzSoqdVEAAEJG1

Orang tua kata, jangan ambil gambar waktu nak turun tangga, nanti jatuh seri. Jang percaya cakap orang-orang tua ni.