/Setelah 31 tahun…

Setelah 31 tahun…

Ultrajang menerima satu artikel dari Saudara Kaizen yang bercerita tentang sakit lama FAM. Hantar pendapat anda ke ultrajangmag@gmail.com untuk di siarkan tanpa prejudis, pembetulan ejaan atau jati diri – Admin.

“TIDAK ada organisasi yang sempurna..”..

Gua peratikan je ayat ni dari pagi sampai petang…gua cuba hadam..gua cuba pahamkan..satu ayat yang mudah digunakan bagi nak cover line. Ungkapan ini di lafazkan oleh BELIAU (..kang sobot namo kang..ado yang tacing lak..an..)..kat tabloid popular kat Malaysia ni, bila dipertanyakan hal perletakan jawatan TMJ sebagai Penasihat badan induk bolasepak malaysia..

TMJ di katakan meletak jawatan setelah mengetahui badan induk itu tidak berlaku adil terhadap kelab atau persatuan negeri yang bernaung dibawahnya..eheh..Baru nak tau ke?..rakyat Malaysia dah lama tau pasal benda ni..rilek je..an..

Come on la..benda ni bukan sebab berlaku adil ke..apa ke..bagi gua ia disebabkan EGO masing masing..idea yang datang dari pemimpin muda macam TMJ ingat senang ke nak dihadam oleh orang2 tua kat dalam badan induk itu?..orang muda tegur orang tua?..dalam real life ni? Memang susah nak tengok orang tua boleh terima bulat2 idea yang diberikan.. Yang ada di badan induk tu sekarang ni dah selesa dengan kedudukan masing masing..kerja senang..nak susah2 kan hidup buat apa, ye tak?

Perubahan drastik yang dibuat oleh TMJ..gile ko..stadium LARKIN dah macam EPL ni..pehtu nak buat kat badan induk tu?..memang tak dapat la..an..

Tetiap tahun dapat bajet, dapat sponsor dari pelbagai pihak. Jalankan aje agenda yang sedia ada, habis season..cuti..pehtu buat friendly yang tak mendatangkan faedah kepada skuad negara..atas alasan memberi pendedahan kepada skuad negara bila bertemu dengan team star..dah..senangkan?..buat apa nak fikir pasal ranking?..nak fikir pasal kehendak penyokong?..lagi la tak payah..

Diorang cakap, kini mereka2 terbuka untuk menerima sebarang teguran dari mana mana pihak..ni lagi satu ayat bagi gua memang klise gile..nanti bila orang tegur, terus banned..terus keluar ARTIKEL yang famous tu..dan disokong oleh bermacam2 artikel lagi dan tukang kipas..terbuka ke tu?..bila kena bash dengan penyokong..akan keluar pulak statement..SI POLAN NI TAK MENGGUNAKAN SALURAN YANG BETUL..nampak tak skrip nye camane?..dah bulih agak kan?..

Nak perbaiki kelemahan yang ada?..alaaahai..banyak sangat ke kelemahan yang ada?..sampai amik masa betahun tahun nak settle? malas nak cakap dah pasal kelemahan ni, sebab semua orang dah tau, tapi diorang je yang masih teraba raba didalam kegelapan (..fehh!!..jangan sampai gua bersastera ok?..)

MP & Silva..dan dapat bas baru dari sponsorship..hmmmm…bangga gile tengok muka masing2 lam sokabar..ngalahkan dapat piala dunia..ntah apa yang nak dibanggakan..tak tau la..kita tengok je la tahun ni camana pulak kisah nya..makin kelaut ke..atau dah jumpa daratan..atau terus ghaib…

–kaizen–

fam

syhhhhhhh!