/SIAPA SEBENARNYA RAJA BOLA DI KOTA PENUH TRADISI, MANCHESTER.

SIAPA SEBENARNYA RAJA BOLA DI KOTA PENUH TRADISI, MANCHESTER.

ultrajang.com dah tau jawapan soalan mudah ini tetapi kita baca apa kata Mika Rot dari Jerman yang menghantar artikel ini 2 hari lepas tapi Jang lupa check emel. hmmm..

Seluruh rakyat jelata dari yang berstatus miskin mahupun kaya, rakyat yang setiap hari ikhlas serta taat bersedekah kepada kerajaan, golongan hipster ataupun poser bola, bahkan peniaga-peniaga restoran mamak yang datang jauh beribu batu mencari sesuap nasi juga dah mengetahui dimana pertemuan abadi diantara pasukan power, Manchester United bertemu dengan pasukan yang acah-acah power, iaitu Manchester City berkesudahan dengan keputusan seri. Ya, seri! tiada yang menang dan tiada yang kalah, itu lebih baik sebenarnya bila hidup berjiran. Engkau apa tahu, nama jiran sebelah rumah engkau pun engkau tak tahu.

“Hei kawan, ini malam kedai banyak untung la. Full house lah! cawan pun tarak cukup lah. Esok malam ini pasokan ada main lagi kah? Banyak syok lah!” – Raja, 48tahun, merangkap CEO Restoran OKS, Lido.

Walaupun pertemuan abadi diantara jiran ini bersudahan dengan seri, tapi bagi orang seperti aku, yang tak memandang cuma pada jumlah jaringan gol, Manchester United tetap menang. Persetan dengan papan ‘scoreboard’ yang digantung di Old Trafford Stadion itu. Ini beberapa tesis simple sebelum dan selepas perlawanan itu dan juga jawapan siapa sebenarnya raja bola di kota penuh tradisi, Manchester, bacalah dengan nafas yang teratur dan penuh perasaan.

1) Manchester Derby yang ke-169 yang berlangsung di Old Trafford Stadion pada bulan April 2015 berkesudahan memihak kepada pasukan Manchester United. Jadi siapa raja bola di Kota Manchester masih dipegang oleh ‘Setan Merah’, walaupun pertemuan yang ke-170 berkesudahan dengan seri. Engkau tak ingat, bagaimana Fellaini meng-ayam-kan Yaya Toure?

2) Penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pasukan bola sepak Inggeris juga datang dan bermain untuk Manchester United, bukan dari Manchester City bahkan jauh sama sekali dari Liverpool. Engkau tengok siapa power disini?

“Tak usah ditanya dan persoalkan mengapa Wayne Rooney masih berada di kesebelahan utama pasukan, walaupun semalam (menentang Manchester City) dia dengan cool langsung tiada membuat percubaan tepat ke pintu gol lawan. Dia jantung pasukan.” – Louis Van Gaal

3) “Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya, dia datang!” Ya, dia datang dari Argentina, bukan Zabaleta botak itu, tapi Marcos Rojo. Aku ketawa sampai nak pecah perut, apabila seorang mamat ultras bola yang duduk sebelah meja aku berkata dan berbisik kepada rakannya;
“Rojo power sial! De Bruyne dan Navas mengigil ketakutan bila berhadapan dengan Rojo”

Aku syak mamat ultras bola itu sedang menanti perlawanan diantara Liverpool menentang Southampton. Ini dapat dibuktikan bila aku melihat belakang jersi yang dipakai oleh mamat ultras bola itu tertera nama Gerrard, no.8. Engkau tengok sampai kelab no.2 Inggeris yang paling banyak merangkul gelaran liga (lebih tepat jenama lama liga) berminat dengan Marcos Rojo. Dia tak pilih Kolarov pun. Nampak? Manchester United ini power dan menang dalam pemilihan pemain yang akan beraksi.

4) Salah satu teknik asas bermain bola sepak yang dilatih oleh mana-mana akedemi bola adalah teknik hantaran, bagaimana membuat dan bertukar-tukar hantaran. Benda ini mungkin engkau jarang-jarang nampak pada pasukan bola sepak kita, sebab teknik ‘hantaran bola sambil mata tertutup’ masih diterapkan. Teknik asas ini juga menjadi faktor kemenangan Manchester United keatas Manchester City semalam di mata aku semalam. Berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi dari Ibupejabat Ultrajang, Manchester United menguasai padang hampir 60% berbanding Manchester City dan bertukar dan membuat hantaran sebanyak 568, dan Manchester City cuma melakukan 399 hantaran. Engkau tengok siapa raja bola di padang?

5) Percubaan liar ke arah pintu gol lawan juga dimenangi oleh Manchester United, dimana Manchester United melakukan 3 percubaan liar berbanding 4 percubaan liar yang dilakukan oleh Manchester City ke arah pintu gol lawan. Engkau tengok siapa yang power bermain bola dan siapa main serupa tahi?

6) Dari segi individu juga, pemain Manchester United juga menang bila melakukan tackle dan dribble bola, dimana Marcos Rojo memenangi 7 tackle berbanding Fernandinho sebanyak 6 tackle dan Anthony Martial melakukan gelecekkan bola sebanyak 7 kali dan meninggalkan Yaya Toure dan De Bruyne jauh terperosok di padang, Nampak?

Sebenarnya jika kita kembali ke fitrah bagaimana bola sepak itu wujud, jaringan gol adalah sangat penting dan menjadi penentu perlawanan. Ada yang menjaringkan cuma satu gol dah boleh merangkul piala dan ada yang menjaringkan 1 gol dan dibalas dengan 2 gol sudah boleh menghumban pasukan itu ke lembah penuh tragis dan pilu, itulah bola sepak. Kadang manis dan kadang pahit seperti hubungan di antara suami isteri dan jiran tetangga. Kesimpulannya, Manchester United tetap menang

p/s : Nama jiran aku Encik Baharuddin atau lebih mesra dipanggil Pak Kumis ‘wak doyok’, dia merupakan peminat setia Manchester United. Nama jiran engkau siapa?

Kongsi artikel ini: