/Siapa tolak ranking Malaysia sampai jatuh?

Siapa tolak ranking Malaysia sampai jatuh?

Lama betul Jang tak menulis, bukan takda isu, terlalu banyak! Tapi hari tu Jang main bola padang, punyalah letih sampai datang keinsafan pada diri Jang untuk tidak lagi mengata bolasepak Malaysia. Tapi itulah, benda insaf ni tak kekal lama.

Persoalan ranking ni benda lama. Di mana pun kedudukan pasukan Malaysia, ianya berpunca dari perancangan awal mereka (FAM) dan dalam perancangan awal mereka jelas ranking tiada dalam senarai. Maksud takdo tu mudah saja, lihat sendiri perlawanan yang diadakan, jadual liga yang di ubah untuk memberi laluan kepada kejohanan lain dan target mereka sendiri. Semua kucar kacir. Bukan Jang buat cerita, tapi keluar di semua akhbar utama dan berita radio. Ada kata perlawanan kelas A menentang Oman itu pun perancangan last minit dan hanya Oman yang ada. Itu yang kene GST 6 gol. Main macam sardin!

Kekalahan kepada Oman menyebabkan ranking Malaysia jatuh di belakang Bhutan. Dari segi Ilmu Alam, ini bagus sebab ramai juga baru tahu ada negara nama Bhutan. Dari situ Jang nampak satu benda la, elok la kalau Malaysia elakkan dari perlawanan kelas A sebab kalau semua kalah nanti ranking kita duduk dalam hutan terus. Macam monyet! Jadi perlawanan seterusnya menentang Liverpool dan Spurs memang bersesuaian lah dengan selera bolasepak kita. Kalah atau menang perlawanan itu nanti tidak menganggu gugat ranking kita tapi semua bersorak gembira. Apa lagi nak?

Sementara itu Malaysia di letakkan dalam grup A kelayakan Piala dunia 2018 bersama Arab Saudi, UAE, Timor Leste dan Palestin. Ikut sejarah 2011 ketika kelayakan Piala dunia 2014, Malaysia beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Arsenal dan Liverpool sebelum perlawanan penting kelayakan Piala dunia menentang Singapura. Ada gesaan supaya perlawanan sarkis itu dibatalkan bagi memberi ruang kepada pemain negara untuk berlatih atau takut jika berlaku kecederaan kepada pemain sebelum perlawanan yang lebih penting. Tetapi FAM sebagai tokey Sarkis tegas untuk meneruskan penjajahan bentuk baru dan Malaysia di kalahkan Arsenal dan Liverpool.

Akibatnya dalam perlawanan penting menentang Singapura, atas faktor keletihan, kita kalah di Jalan Besar dan seri di Bukit Jalil lalu tersungkur dan terkeluar dari kelayakan piala dunia. Jang ada di Bukit Jalil malam itu bersama 100 ribu lagi penonton lompat pagar, tiket palsu dan masih terasa lagi lukanya di hati kami ini. Persoalannya, kenapa ada usaha untuk memastikan pasukan kita terus gagal dan tersungkur? Siapa yang mendapat untung dari kegagalan secara berterusan ini? Apakah yang patut kita lakukan untuk memastikan pasukan Malaysia benar-benar power dan boleh dibanggakan dipentas utama?

Kau nak tunggu jawapan dari Astro Arena, kan? Puii!

fifa rank2

Sikit punya cantik dia menjunam.