/Taktikal, Teknikal, Pendrive atau Formula; Mana satu akan bawa kita kehadapan?

Taktikal, Teknikal, Pendrive atau Formula; Mana satu akan bawa kita kehadapan?

Mengikut pembacaan Jang (hal baca ni takkan Jang nak harap korang buat pulak) sebarang campur tangan kerajaan (in any form) dalam bola sepak kebangsaan adalah salah dalam undang-undang FIFA  dan boleh diambil tindakan seperti penggantungan. Ianya termaktub dalam Artikel 17 FIFA yang melarang sebarang campur tangan politik walau ianya bersesuaian.

The most common case of political interference is when a government perceives that the Executive Committee of the national association is not performing well enough and decides to take action. Often, because the national team is losing too many games, they decide that changes must be made and want to put someone else in charge. Other than that, it can be a lot of different things.

Nampak?

Apabila KJ kata dia akan mengumumkan satu formula dalam usaha memulihkan semula bola sepak negara, Jang tertunggu-tunggu juga. Bukan tertunggu tindakan FIFA tetapi lebih kepada ‘apa formula’ yang penggiat bola sepak kita ini bebal sangat tak tahu, tapi KJ boleh fikirkan. Maksud Jang, secara kasar, semua orang tahu apa masalah FAM dan semua tahu bagaimana ianya boleh diperbaiki. Budak umur 20 tahun yang main twitter pun, jika diberi peluang, boleh memperbetulkan semula bola sepak kita. Ianya macam open secret.

Seingat Jang, dalam bola sepak, hanya ada taktikal dan teknikal saja yang boleh dijadikan penentu hala tuju bola. Jang belum pernah dengar lagi mana-mana persatuan atau kelab yang guna formula untuk maju. Jika KJ ada formula, baguslah. Rasanya kami pun ada formula. Semua orang ada formula dan pendrive, yang membezakannya ialah siapa kita dan apa isi pendrive kita.

Kerja Teknikal Director, biar la Teknikal Director yang buat.

Jika pendedahan pendrive dari pihak Istana, Jang rasa FIFA takda lagi undang-undang tu, tetapi sebarang pendedahan akan disusuli oleh kemasukan SPRM, Polis dan mungkin PesuruhJaya Sukan. Ini boleh menjurus kepada campurtangan kerajaan juga dan apa jadi bila FAM digantung? Kita tiada liga dan semua pelaburan dan sponsor tidak berguna lagi. Tetapi bagaimana FIFA tahu jika hal ini berlaku?

In general, the association informs us. But in some places, they don’t want to inform us because they fear suspension or they are afraid of their Government. As football’s governing body we are constantly in the process of monitoring the situation of football in the world, including political topics. So we might hear from other football stakeholders, be it from the political world, the football world, or the local media even. The next step would be to ask the association to report about the issue and FIFA would then send delegates to examine the situation.

Faham?

Kerajaan boleh masuk campur jika benar-benar jujur mahu memperbetulkan keadaan dengan membubarkan FAM. Ini seperti terjadi kepada Brunei dan FIFA menggantung Brunei dari tahun 2009 hingga 2011. Selepas dibubarkan, Malaysia ada masa 2 tahun untuk membersihkan semula FAM dan mendaftar semula kepada FIFA. Simple.

Tapi itulah, kalau KJ masuk campur atas kapasiti bukan politik atau bukan Menteri Belia dan Sukan, tak tahulah Jang. Kat Malaysia ni biasa orang pakai banyak topi, kejap pakai topi Ketua Pemuda, esok pakai topi Menteri, lusa kata itu pandangan peribadi dan sebagainya. Itu tidak mustahil. Apapun, kalau ianya demi kebaikan, Jang sokong saja.

Jangan ingat Jang tak boleh sentuh hal politik kerana politik itu sendiri menjadi kepala sukan dalam negara kita. Ok, esok sambung lagi.

#BolasepakKitaWajahKita