/Tentang Kami

Tentang Kami

Ultrajang ditubuhkan pada tahun 2013 bagi mengisi kelompongan usaha dalam memberi maklumat dan pandangan kritikal tentang bola sepak serta budaya menyokong yang baru kepada umum.

Bola sepak bukan tentang perlawanan dipadang sahaja tetapi tentang perasaan penyokong, momen dari membeli tiket hingga duduk diteres stadium, penghamburan emosi lelaki yang sebenar – baik ketika menang lagi-lagi ketika kalah. Ultrajang merakam dan mengulas momen ini dengan penuh jiwa kerana kita semua adalah sebahagian dari pasukan.

Ultrajang bukan sahaja menyampaikan maklumat/propaganda secara digital, malah menerbitkan majalah bola sepak sendiri secara fizikal semenjak January 2014 sehingga sekarang. Untuk rekod, Majalah bola sepak Ultrajang adalah satu-satunya majalah bola sepak yang ada di Malaysia ini.

Ultrajang menampilkan barisan penulis dan penganalisis bola sepak yang mengulas bola sepak kebangsaan dan internasional terus dari dalam hati dan jiwa tanpa sedikit pun rasa ingin memplagiat maklumat dari internet. Power gila!

Teruskan menyokong Ultrajang!

Ingat! Bolasepak kita wajah kita