April 20, 2024

Terengganu FC 1-1 Negeri Sembilan ( Matchday 6 Challenge Cup 2018)

3 min read

Negeri Sembilan gagal mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2018. Nak sedih atau kecewa pun dah rasa jemu. Skrip sama berulang lagi. Kegagalan di hujung musim. Setelah mencatat 3 kemenangan berturut-turut, kemenangan ke-4 akan membawa Negeri Sembilan ke separuh akhir. Namun, seperti tahun-tahun sudah. Kita ambil keputusan untuk tidak menang. Coach Mario Lemos dalam post match interview turut akui pasukan Negeri Sembilan tidak bermain dengan baik. Sangat berbeza dengan persembahan ketika menumbangkan UKM FC di STAR minggu lalu. Sebab main away ke?

Kalau berdasarkan perlawanan tadi, Negeri Sembilan bermain tidak sebagai pasukan. Yang defender bertahan, Yang striker menyerang. Yang midfield hanya melengkapkan jumlah pemain. Gol Fauzan sedikit sebanyak berjaya buat den bersorak kejap lah. Tapi hanya untuk 5 saat je. Lepas tu kembali menonton perlawanan tanpa perasaan sambil membelek telefon pintar. Tempo perlawanan yang tiada beza dengan keadaan trafik di ibu kota ketika waktu puncak, menyukarkan den untuk memandang kaca smart TV di rumah. Kalau TFC II yang tak beriya nak main tu fahamlah jugak sebab mereka dah layak pun ke separuh akhir. Yang kita ni. KITA NI!!! Macam tengah main gol kecik petang-petang kat Kompleks lah gayanya tadi. Beyond imagination betul!

 

Bila Fakrul Aiman dapat bola, tiada support. Bila midfield dapat bola, pass ke belakang. Berapa peratus completion forward pass Flavio tadi? Dalam 90 minit, berapa meaningful attack berjaya dicipta? Kalau nak pass ke depan pun payah, macam mana nak jaringkan gol? Kalau nak jaringkan gol susah, macam mana nak menang? Semua ni soalan retorik. Kau semua tak perlu jawab.

 

Kecederaan Osman tadi turut tidak membantu. Langsung Akanni Sunday tadi bergerak dengan lebih bebas. Ye lah, kalau dari segi fizikal, Osman je lah mampu bersaing. Yang lain tu kalau dilanggar Sunday, ibarat dedaun kering gugur yang ditiup bayu lah perginya. Separuh masa kedua TFC II masukkan seorang lagi awang import berbadan sasa. Yang seorang pun tak terkawal, inikan pulak dua. Bukan marahkan TFC II sebab masukkan pemain berfizikal besar, tapi marahkan pemain kita yang sepatutnya dari sepak mula bagi tekanan pada TFC II. Dalam perlawanan do or die seperti tadi, risiko memang kena ambil. Ini tidak. Main bertahan. Siap lengahkan masa lagi. Macam TFC II pulak yang kena menang untuk layak ke separuh akhir.

 

Kemasukan Angel pun den confuse. Berapa game dah dia tak main? Kalau dia main pun buat naik blood pressure je. Tapi dimasukkan jugak. Ingatkan nak main target man. Tidak tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, dia ganti tempat Ferris Danial. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Di sayap kiri. Fuuhh. Masa ni patutnya Adlin Aman Ramli masuk padang dan jerit “WAKENABEB!” kepada semua penyokong Negeri Sembilan. Tak pun beruk Bang Bang Boom! tu. Barulah kena dengan situasi. Kemudian, perlawanan dimulakan semula. Barulah penyokong tak marah.

 

Sebaik TFC II jaringkan gol penyamaan pada minit ke-75, pemain Negeri Sembilan masih tidak menunjukkan urgency untuk menang. Bila pemain TFC II mula acah-acah cedera untuk melengahkan permainan, barulah pemain kita semua perasan bahawa masa perlawanan dah tinggal sedikit. Maka mulalah mereka bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mencari gol. Tapi semuanya terlewat. Tak ada nasib untuk kita menang. Walaupun menyerang bersungguh-sungguh tu cuma 5 daripada 90 minit, tetap nasib yang dikatakan tiada.

 

Den maleh nak single out player mano yang tak perform tadi. Kesimpulan eh semuo la tak perform. Nak nulih pepanjang pun takdo mood lah. Bak lirik lagu Black Dog Bone lah, 

“Haaaaaaarapan setinggi gunuuuuuuuunngg, berderai menjadi debuuuu”

Kepada pihak pengurusan baru, persiapkanlah pasukan untuk musim depan. Maklumkan kepada penyokong perancangan pasukan. Apa target? Pelan 3 tahun ke Liga Super ke? 30 tahun ke? 300 tahun ke? Maklumkan! Penting menyalurkan maklumat kepada penyokong ni. Lepas tu, pilih import biar betul-betul. Jangan injured je kerjanya. Biar coach ada kata putus dalam pasukan. Jangan campur tangan kerja coach. Bab coach ni pulak, jangan tukar coach setahun 3 kali! Tengok kelab-kelab yang berjaya dalam dunia bola sepak. Ada ke setahun 3 kali tukar coach? Template kejayaan dah ada dalam bab pengurusan. Tinggal nak ikut je. Kalau inginkan pandangan pemain mana yang perlu kekal untuk musim depan, hubungi UltraJang. Kami boleh bagi buah fikiran. Kalau nak. Kalau tak nak tak apa.

 

Sekian, jumpa musim depan.

Kid.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.