April 19, 2024

Tiada persahabatan dalam bolasepak!

3 min read

Mengikut kata Brian Clough, bolasepak adalah satu permainan yang mempunyai satu habit atau tabiat atau watak atau rutin dan habit atau tabiat tadi adalah mahu menang. Apabila kesebelasan pemain telah masuk padang, setiap pemain mesti ada habit atau tabiat mahu menang dalam diri mereka. Watak dan tabiat ini sebenarnya ada dalam diri kita juga walaupun kita hanya pemain bolasepak petang-petang di padang taman. Ambik contoh, walaupun main petang-petang dan pasukan kita kalah teruk, tapi kita selalu menamatkan permainan dengan ucapan ” sapa last gol dia menang!” Nampak? dah kalah pun kita masih mahu menang. Itulah habit.

‘there are no such things as friendlies!” – Brian Clough

Sebagai anak didik Brian Clough, Jang sentiasa berpegang teguh kepada kata-kata hikmatnya itu.

Bukan saja dalam permainan, menjadi penyokong juga mesti ada satu habit atau watak atau tabiat atau rutin yang mesti kita follow. Kadang-kadang rutin itu tercipta secara automatik dan kita juga mesti ikut. Tidak lengkap ciri seorang penyokong itu jika tidak mengikut tabiat atau habit yang wajib ada dalam diri seorang penyokong. Mengambil contoh mudah, untuk menjadi seorang penyokong Liverpool yang lengkap dan sempurna, orang itu mesti membenci Everton dan United. Atau jika tidak benci pun, tidak boleh la tunjukkan suka sangat.

Kita tidak boleh menyokong dua-dua. Tidak boleh menjadi penyokong United dan Liverpool secara serentak! Itu bukan penyokong sebenar kelab tetapi lebih kepada peminat bola neutral. Takkan kau tak tau beza penyokong kelab dengan peminat bola neutral? Contoh terbaik peminat bola neutral ini (mereka tidak menyebelahi mana-mana pasukan) adalah komentator siaran langsung dan pengadil perlawanan. Kau gila nak jadi pengadil? Boring dan makan maki? Kau nak jadi seperti pengulas Sherkawi Jirim? mana pasukan menyerang pun dia teruja. maun?

Dalam artikel Masao Sato dari MReds ada menceritakan hal persahabatan Liverpool dan United yang tersimpan dalam lipatan sejarah. Jang sendiri tidak tahu akan beberapa perkara dalam sejarah ‘persahabatan’ itu. Terima kasih Masao Sato kerana sudi berkongsi. Sekarang soalnya, bagaimana permusuhan Liverpool dengan United bermula? Jeng! Jeng! Jeng!

Banyak Jang baca tentang hal ini dan jika Jang mahu ceritakan satu-satu terlalu panjang! Dari hal ekonomi, perkilangan, revolusi perindustrian, pelabuhan, pengurus bola sehinggalah jumlah piala di dalam kabinet. Tapi Jang boleh simpulkan dari pembacaan Jang bahawa semuanya berpunca dari sikap cemburu warga akar umbi Liverpool. Semua benda mereka cemburu. Bila peniaga Manchester mahu membuat laluan (terusan) kapal di Manchester, pekerja pelabuhan di Liverpool membantah. Mereka menyebarkan kebencian kerana mahu memonopoli industri dan ekonomi. Tetapi terusan kapal itu berjaya juga dibina dan kita boleh lihat pada crest Manchester United dan City ada lambang kapal. Cerita ini boleh dicari dalam wiki.

Pada mulanya United tidak pernah mengangkat atau menganggap Liverpool sebagai musuh bolasepak mereka. United lebih suka Manchester City diangkat sebagai rival tetapi apabila Liverpool bersungguh-sungguh mahu dianggap sebagai rival United, timbul rasa kasihan dihati Alex Ferguson. Nanti apa pula kata peminat bolasepak dunia bila United tidak melayan Liverpool sebagai musuh? Sebagai membalas jasa ‘persahabatan’ Liverpool pada sejarah silam, Alex Ferguson pun menerima Liverpool sebagai rival United. Cerita ini tiada dalam wiki, tetapi Jang terpaksa pecahkan juga.

“i think Blackburn Rovers deserve to be our rivals, not some club with no epl title” Sir Alex Ferguson

Tapi itulah, sekarang dibawah LVG, satu tabiat atau rutin atau habit langsung takda. Habit nak menang langsung takda, habit nak bangun maki pemain takda, habit nak masukkan penyerang ketika mahukan gol pun takda. Taktikal serupa setan!

Tua kutuk! buang tebiat! nak mampus!

0Shares

2 thoughts on “Tiada persahabatan dalam bolasepak!

  1. United dah hilang habit paling power, habit last minit pun boleh menang. Spirit Roy Keane dah tak ada. Sebelum ni paling tidak pun ada Tevez yang beria dengan spirit nak menang yang boleh create atmosfera masa game. United dah hilang player macam Scholes, Fletcher, Tevez, Evra, Park Ji Sung. Fletcher walaupun tak ada skill yang menawan macam Depay, atau lari laju tapi spirit dia lagi besar dari Rooney. Arsenal dah pernah kena penangan Flecther. Roma, Barcelona (Xavi, Ineista) Chelsea, Ac Milan. Arsenal paling banyak terima bahana dari Fletcher. Sejak era LVG player yang mahal2 ni performance, spirit semua hancur. Macheda tu lagi bagus dari diorang.

    Babi! panjang pulak aku komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright ยฉ Ultrajang 2023.