April 19, 2024

Tips Turun Ke Stadium Daripada Ultrajang Dan SGSA

3 min read

Disebabkan kemeriahan dan kehangatan perlawanan separuh akhir piala AFF Suzuki sabtu ini, pihak FAM menjangkakan kehadiran penyokong di stadium kali ini bakal memecahkan rekod. Situasi ini sebenarnya berisiko dari segi keselamatan dan juga boleh menjadi keliru pada sesetengah penyokong. Kami di Ultrajang dan SGSA sentiasa peka dengan situasi semasa. Jadi menjadi tanggungjawab kami untuk memberi tips kepada penyokong-penyokong yang ingin datang ke stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini. Kemungkinan tips ini sudah biasa bagi mereka yang sudah selalu datang ke stadium. Tapi anggaplah ianya sebagai reminder dan ilmu kepada adik-adik yang baru hendak belajar turun ke stadium. Jika ada apa-apa jangan kata kami tidak nasihat!

 

  • Beli tiket awal dan jangan beli tiket dari ulat tiket. Ultrajang adalah belia benci ulat tiket. Hendak kenal mereka simple. Selalunya mereka muka tak handsome jerit-jerit cakap jual harga tiket pada harga yang sama. Ciri lain ketiak mereka selalunya basah.

 

  • Rancang perjalanan dengan lebih awal. Kami menyarankan untuk parking di luar perkarangan stadium ataupun menggunakan perkhidmatan LRT (Stesen Bukit Jalil). Boleh juga untuk membawa kenderaan sendiri dan motosikal adalah kenderaan yang terbaik. Kalau boleh naiklah train. Barulah macam orang Eropah berjalan sambil menyanyi dari station ke stadium.

 

  • Iklim di negara ini pada yang tidak tahu adalah Khatulistiwa. Jadi dengan kehadiran orang yang ramai dan ditambahkan dengan lampu limpah stadium yang panas. Suhu pada malam tersebut sudah pasti akan sama seperti di padang pasir. Pilihlah pakaian yang bersesuaian dan tidak mencolok mata. Sebagai tambahan, pakailah deodorant dan minyak wangi untuk kesejahteraan umat (Bau badan ini boleh mengakibatkan riot). Sediakan juga baju hujan jika mahu. Pakai kasut jangan pakai selipar!

 

  • Dengan kehebatan Maxis, Digi, Umobile dan syarikat-syarikat telco lain di Malaysia ini. Mereka masih tidak boleh melawan kehebatan crowd di Bukit Jalil. Jadi line sentiasa mengecewakan. Adalah langkah bijak untuk berbincang tempat berkumpul sebelum dan selepas perlawanan dengan memilih kawasan-kawasan yang obvious seperti khemah 100 Plus misalnya.

 

  • Sila bawa air mineral sendiri. Ini kerana sesetengah kawasan kemungkinan tiada air. Jadi susah untuk ke tandas dan berwudhuk misalnya. Hendak menjadikan situasi ini teruk, harga air yang dijual di kawasan stadium menjadi sama nilai dengan pound sterling pada ketika itu. Boleh juga bawa mafla ataupun bendera. Bukan sebab sejuk tapi boleh dijadikan sejadah dan lain-lain.

 

  • Sentiasa peka lokasi pintu kecemasan, pihak kecemasan dan tapak perhimpunan. Jika berlaku kemalangan, sila bertenang. Ikut arahan polis dan steward yang bertugas. Ini penting! Jangan kelam kabut macam Romelu Lukaku. Remember Heysel and Hillsborough guys, stay safe.

 

  • Pilih tempat duduk dengan bijak. Bukit Jalil walaupun kerusi bernombor, tetapi kita tidak pernah mempraktikkan tempat duduk selari dengan nombor tiket. First come first served. Jadi siapa yang nak bersama dengan Ultras boleh duduk di bawah scoreboard. Siapa hendak melamar gadis boleh duduk di kawasan bawah tengah stadium dan siapa hendak bersama polis boleh duduk di tempat penyokong Thailand.

 

  • Kepada yang membawa kanak-kanak pastikan sentiasa memegang tangan mereka. Tidak hilang macho pun jika ayah memegang tangan anak. Jaga percakapan ketika di stadium. Jangan memaki dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman. Bukankah kita mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita?

 

  • Stadium bukan kawasan merokok. Tapi kami tak mahu ulas panjang tentang ini. Cuma kami hendak ingatkan kami di Ultrajang sentiasa betul.

 

  • Jangan mulakan apa-apa pergaduhan dan provokasi. Bila ada orang provoke, kita ignore. Ini perlawanan bola sepak bukan sarkas. Simple!

 

Kami memuji usaha-usaha daripada rakyat Malaysia yang berkorban untuk hadir dan memberikan sokongan pada pasukan Harimau Malaya di stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Kami mendoakan ianya berakhir dengan kemenangan. Akhir kata, waktu pergi, semasa dan balik confirm sesak. Sabar adalah sebahagian daripada iman. Auuuuuummmmm.

 

Sekian daripada kami dari Ultrajang dan SGSA.

Misai Harimau Malaya

 

Tips ini dirangka khas oleh:

Yat, Chief Hooligan Ultrajang

 

Ditulis oleh:

Tom Bombadil

Kid the Greatness

Ahli-Ahli Radikal SGSA

Ahli-Ahli Ultrajang

 

Diluluskan dan dijampikan oleh:

Jang, Polis Bola Sepak Dunia.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.