/Tuhan Selamatkan PBNS

Tuhan Selamatkan PBNS

Walaupun Jang sibuk bersama skuad England di Piala Dunia, jangan ingat Jang lupa dimana bumi dipijak. Bak kata pepatah ‘dimana bumi dipijak disitu dia buat kelakar’. Dihujung anak mata, Jang perati saja kelakuan admin page rasmi Persatuan Bola sepak Negeri Sembilan memuat naik status berbunyi;

“Tun Fiazal mula nyanyikan lagu Allah selamatkan Najib di arah berhenti oleh penguatkuasa dan penyokong Najib akur”

                                                    

Siapa Tun Fiazal ni? striker baru Negeri Sembilan keeee? Kepala ultras ke? Siap menyanyi pulak dia. Hebat!

Hal admin page tersilap memuat naik status politik ke dalam page PBNS ini bukan sekali dua berlaku. Dah banyak kali dan berbagai isu politik dah termuat naik untuk bacaan umum. Mula-mula lucu la, tetapi bila selalu sangat, maknanya apa? Maknanya bola sepak kita ini lucu? Admin page boleh beselindung disebalik FB, takda siapa yang tahu atau kenal tetapi reputasi PBNS tercemar, siapa nak bertanggungjawab?

Jang dapat maklumat, page PBNS dijaga oleh satu unit media. Maknanya ramai la tu. Mereka juga dipercayai menjaga unit media untuk (bekas MB) Tokmat dan politik lah. UMNO, BN atau MIC tak kisah la. Mungkin juga beberapa akaun penting lain lagi. Jadi kesilapan boleh berlaku tetapi tidak boleh diterima. Jika mereka anggap tugas ini serius, atau bola sepak Negeri Sembilan ini serius, kesilapan ini tidak akan berlaku. Mungkin minat mereka yang sebenarnya adalah politik, jadi carilah admin yang betul-betul boleh fokus pasal bola. Jang kan ada?  Ini tidak, semua kek dia nak makan, kan dah tersedak.

Nway, yang Jang tak faham, kenapa mereka tutup page PBNS? Adakah ianya bersifat sementara atau selamanya? Adakah page PBNS milik mereka? Likers dah lebih 40K, sayang kalau ditutup. Page itu perlu perubahan dan rombakan, bukan ditutup atau dibuat lain. Page mestilah bersifat informative dan sentiasa berkomunikasi. TV3 pun dah berubah dan pandai menggunakan caption menarik untuk orang kembali menonton siaran sukan mereka.

Berubah la. Ini bukan kerajaan lama. Jangan bermimpi lagi. Bila penyokong marah dan mengamuk, disalahkan penyokong. Bila diserang, kata jangan libatkan politik dalam sukan bola sepak. tapi dia jadikan bola sepak sebagai platform politik, tak pa pulak?

Bola sepak kita dah la jadi bahan ketawa dalam liga, page persatuan pulak pergi tambah luka dihati. Alahai!

p/s: Kau semua dah try makan nasi kat restoren Rakyat bawah Wisma PBNS? Jang bagi markah penuh kek gulai eh. Macam Shukor Adan pokat eh.

Kongsi artikel ini: