/Ultrajangdotcom : Menerajang dengan lebih kemas

Ultrajangdotcom : Menerajang dengan lebih kemas

Ultrajang kembali!

Kali ini ultrajang dengan angkuhnya (setelah dibantu kuat oleh beberapa individu di FAM) berlayar di ultrajang.com

Walaupun ultrajang bersekongkol dengan FAM tetapi ini tidak bermaksud ultrajang adalah seekor lembu yang boleh dicucuk hidungnya atau di perah susunya dan dijadikan korban dan dimakan dagingnya. Ultrajang tetap dengan konsep yang sama, iaitu sebagai buapak kepada bolasepak berpelembagaan, bolasepak beradat dan bersuku sakat. Kalau tak betul, ultrajang takkan kata betul, kok betul pula, ultrajang akan perjuangkan dengan penuh tertib.

Semuanya demi bolasepak kita. Kan bolasepak kita wajah kita. Kalau hitam kulitnya, penyek hidungnya, kurang pula skil dan gaya permainnya, itu bolasepak kita la tu. Buat apa kita nak berbangga dengan bolasepak inggeris? Dah la hampir keseluruhan pemainnya diimport dari berbagai negara seperti pasukan Arsenal dan Chelsea, dan meminggirkan bangsa inggeris itu sendiri, lagi kita nak sama-sama membangangkan diri jadi supporter mereka. hmmm..

Jang sebenarnya baru balik dari Manama, Bahrain. Jang ke sana atas jemputan FIFA menjadi pemerhati bebas undian untuk pemilihan EXCO untuk Asia. Jang perhatikan undian berjalan secara telus, bersih dan suci. Kempen pun dijalankan dengan kejujuran, tanpa perlu mendabik dada atau memburukkan ranking negara yang terlibat untuk meraih undi. Hal begini harus kita ikut dan dijadikan contoh.

Alhamdulillah, Presiden FAM, Tengku Abdullah berjaya memenangi satu kerusi sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA. Beliau dipilih bersama Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Eksekutif Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima dan Sheikh Ahmad Fahad Al Ahmad Al Sabah dari Kuwait. Hmm..tak habis lagi keturunan Sabah Kuwait ni.

Tidak pula diketahui atau dibincangkan kelebihan Malaysia apabila Presiden FAM menjadi AJK FIFA ini. Agaknya sebab ia masih baru. Harapan kita, ianya dapat menyumbang sesuatu yang lebih baiklah hendaknya kepada bolasepak negara. Adjust ranking, misalnya.

Ultrajang.wordpress.com dah berpindah ke ultrajang.com

Presiden FAM dah dilantik menjadi AJK FIFA

Persatuan bolasepak pulak macamana? Jadi lembu terus ke? Sedap ke kene tarik hidung tu? Pemain bolasepak masih dengan alasan sama ke? Dolah Salleh pilih pemain yang sama juga ke? Gaya memilih pemain pun sama juga ke? Lebihkan perlawanan menentang kelab inggeris dengan pemain bukan inggeris dari persahabatan dengan negara luar untuk perbaiki ranking?

Penyokong pula? Ah! penyokong ok, tak salah, tugas mereka dah betul, menyokong dengan bersungguh-sungguh dan memaki bila main serupa taik. Yang ini jangan diubah sangat.

 

 

Kredit kepada team IT ultrajang.com

 

Kongsi artikel ini: