April 25, 2024

United tidak kalah…

2 min read

Ada yang bertanya dan marah-marah bila ultrajang.com tidak mengulas hal kekalahan Manchester United malam tadi. Sebagai Polis Bolasepak Dunia yang Mesra, Adil dan Betul Sangat, Jang terpanggil untuk memberi penerangan serba sedikit tentang perlawanan tersebut. Pertama sekali, Manchester United bukan kalah malam tadi, mereka cuma tidak menang. Ada berbagai kelas kemenangan dan kalah dalam bolasepak ini. Biar Jang terangkan kedudukan hal ini untuk rujukan korang dimasa depan.

90 minit permainan, United kalah pada Sanchez dan Ozil saja, bukan kepada Arsenal. United kalah kerana kesilapan pilihan pemain dibahagian tengah yang dikemudi oleh Carrick. United juga secara keseluruhan bermain seperti setan (hmmm..) dengan kerap kehilangan bola serta terlalu suka membuat passing tanpa membuat percubaan.

Tidak membuat percubaan kearah gol memang sampai siang la takda gol.

Ramai pemain yang tidak menunjukkan mutu permainan mereka selama ini, Antaranya Rooney dan Depaiii. Meletakkan Young sebagai bek kiri juga adalah satu kesilapan basic dari LVG. Serupa tak sekolah! Itu la, ada pemain dia pergi jual / loan kononnya ada pemain baru akan masuk. Bila transfer window tutup dan tiada pembelian, pertahanan United masih tidak cukup kuat.

Arsenal main biasa saja. Mereka cuma diberi ruang secukupnya oleh United untuk Sanchez dan Ozil menjaringkan gol. Bila kedua pemain ini dikeluarkan, mana ada gol dicetak lagi?

Jadi kat situ dah nampak, United tidak kalah kepada Arsenal, mereka cuma tidak menang saja. Banyak lagi contoh perlawanan yang mereka tidak kalah, cuma tidak menang saja. Kau cari la sendiri tapi Jang bagi contoh terbaik, Liverpool tidak kalah pada Everton semalam, cuma mereka tidak menang saja.

Kan?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.