/Waran Tangkap untuk Nazmi Faiz

Waran Tangkap untuk Nazmi Faiz

Belum selesai kertas siasatan Jang terhadap insiden pitch invasion di stadium Merdeka semalam, satu lagi insiden keganasan bolasepak berlaku di stadium Larkin malam tadi. 14 penyokong JDT ditahan polis sebenar. Bila polis sebenar ni dah masuk, Jang, sebagai polis bolasepak terpaksalah serahkan hal ni pada mereka. Nanti clash pulak siasatan.

Mana bas KL? Masa musim baru nak start dulu siap pos gambar bas dari sudut depan,belakang,sisi dan atas. Dapat sponsor bas..kemain! Sampai kehujung musim pemain kene datang naik teksi! Camno tu? Memang la pemain main sambil lewa. Agaknya berapa gaji pemain KL dapat? itupun kalau dapat la.

Penyokong KL ni bila dapat naik ke liga perdana, siap berpesta. Muka pun ada seri, tapi tak lama, dah nak kene turun liga balik. Sapa tak hangin! Tu yang sampai mengamuk!

Sementara itu, hero kita Nazmi Faiz buat perangai lagi. Sikap buruk yang dipercayai dikutip ketika beraksi di S.C Beira-Mar, Portugal itu semakin menjadi-jadi dengan dirinya. Tak padan kecik! Tapi itu la, orang kecik memang selalu berperangai besar macam tu…besar kepala!

Meludah, melawan pengadil perlawanan, enggan keluar padang dan membuat aksi kepada penyokong lawan adalah satu sikap tidak professional tapi, sebab dia pernah main di eropah, siapa la kita nak tegur dia.

Jika Selangor benar-benar ada misi, jadikanlah Nazmi Faiz sebagai misi utama mereka- Jual ke Melaka!